Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Monday, March 26, 2012

Mari Melompat

mari melompat bagai johan!..ini anak-anak punya program sempena mak dia buat CSR tempohari, acara merakam gambar-gambar lompatan yang pelbagai. Terima kasih la Pak Long nya yang meminjamkan kemera canggih tersebut hehehe..........tergelak sakan saya sorang2 tengok gambar-gambar mereka ni aduhai!


 cucuk daun



 ohh kelakau

 formasi selari hahaha


 kah kah kah!




















Anak yang jadi penghibur dikala maknya tensen..:) Love u alls muah muah

Thursday, January 19, 2012

Naik Kuda

Ni kejadian masa cuti tahun baru tempoh hari.. memasing merasa naik kuda, bukan kuda padi ok..kuda racing lagi (oo berlagaknya bunyi) takde sebenarnya kuda-kuda ni ada bekas kuda lumba tapi sebab dah tua atau pernah cedera jadi owner tempatkan mereka di tempat kawan suami saya ni. Anak-anak paling seronok dapat naik kuda, Muhd terutamanya confident je dia, tak takut pun. Si Kak Ngah le dia kalut kalut skit hehehe.

Si penjaga kuda tu, lupa pulak nak tanya nama dia, ada suruh masukkan budak-budak ni kelas menunggang kuda. Bagus kata dia. tak mahal RM350 je, pastu dapat sijil. Lepas tu boleh, beli kuda seekor untuk tunggang sambil beriadah. Mak oii, dia suggest cam la saya ni ada duit berguni. Hehe. Kalau ikutkan berkuda ni adalah salah satu sukan yang digalakkan dalam islam. Tapi ongkosnya tinggi. Cemana tu? Tapi kalau suggest kat KOHM untuk buat aktiviti riadah meredah hutan dengan menunggang kuda best jugak kan? (cc AJK KOHM)

 si kecik ni, dia pulak ajar Mama dia nak tali tu cemana

 sikit lagi nak kena cium dengan kuda ni hahaha


 susah nak suruh kakak2 yang dua org ni bergambar dgn kuda tu sbb takut kena cium hahahah

 fiqah..

syifa

Wednesday, January 18, 2012

Satu Kepuasan Seorang Ibu

entry emosi seorang ibu lagi..(sila muntah hijau hehe)

Sejak dua menjak ni busy manjang, balik pun lewat. Bila En Asben bagi komen dia compare pulak saya dengan Dato Maznah yang kerja 14 jam. Aduhai (itu makna saya tak dapat tagih kesian dr dia hehe). Jadi  saya dengan rasmi membawa kereta yangtakberapanaklawaitu berulang dari Seremban ke Putrajaya hari-hari mulai Isnin lepas. Tapi dalam pada itu, saya berpeluang menyediakan sarapan yang lengkap (sebelum ni buat air je, Wan dorang buat selebihnya, bersarapan bersama (ini paling best, sebab bila tgk anak2 makan dengan semangat dan laju je lps tu anak puji sedap..uih rasa bangga), menghantar mereka ke sekolah dan yang paling mahal dapat salam, peluk, cium dan lambai 'bye-bye' kepada mereka bertiga hari-hari (sebelum ni saya lepas subuh dah kejar naik bas, sempat bangunkan dorang je untuk gi sekolah). Ahh rasa seronok pulak. Rasa bertambah motivasi untuk memulakan hari dan datang bekerja.



Monday, November 14, 2011

1 11 11

Rakan-rakan baru sahaja sibuk mengucapkan tahniah. Tapi...mungkin bukan rezeki saya dan keluarga. Saya mengalami keguguran pada 1 11 11 yang lalu. Agak sedih namun redha dengan ketentuan Allah.  Saya yakin ada hikmah disebalik kejadian ini.  

Thursday, October 27, 2011

Kali Ke Empat

Alhamdulillah, rezeki Allah. Setelah mengconfirmkan dengan Dr. kelmarin, sah saya pregnant 9 minggu. Dr. kata next week boleh start check up, buka buku merah. Anak-anak saya yang bertiga tu paling excited sebab nak dapat adik. Muhd nak adik lelaki supaya dia ada geng. Tengoklah nanti ye Muhd, boy ke girl. Estimated due date akhir bulan 5 atau awal bulan 6 tahun depan.




Wednesday, October 19, 2011

Udate Anak2

Anak dara saya yang dua orang tu tengah exam akhir tahun minggu ni, dalam masa yang sama cikgunya suruh training senamrobik setiap petang bagi persembahan Hari Sukan pada hari Ahad nanti. Kesian tengok mereka. Muka sunburn jangan cakaplah. Keterujaan mereka tentang persembahan senamrobik makin merosot bila terasa penat dan berlatih berulang2. Sampai demam. Saya sebagai ibu mestilah tak puas hati dengan sikap cikgu yang terlampau mementingkan persembahan senamrobik, hingga sanggup menjejaskan masa ulangkaji dan rehat anak2 murid pada minggu peperiksaan. Aduhai! Kalau prestasi peperiksaan anak saya merosot atau terjejas nanti, tahulah saya nak cari siapa hehe.

Anak bujang yang sorang tu pulak. Masih dengan masalah tak mahu pergi sekolah. Dalam seminggu mesti ada sehari dua ponteng. Harus saya usahakan sesuatu tentang si bujang ni. Tahun depan dah Tahun 1. Parah kalau dibiarkan.

Thursday, August 25, 2011

Ibu Yang Risau

Lama betul tak ber update blog ni. Saya dah tukarkan Muhammad pergi kindy KEMAS sahaja mcm kakak-kakak dia sebelum ni. Muhammad nampak lebih seronok, lebih-lebih lagi Adif kawan sebelah rumah bersekolah di situ. Pembelajaran di KEMAS lebih relaks pada pendapat saya jika nak dibanding di tadika yang sebelum ini. Tadika yang sebelum ini memang bagus, english medium, silibus pembelajaran yang agak tersusun dan fokus kepada percapaian akademik anak2 muridnya. Pada tanggapan awal saya dan suami dulu, kami harap anak kami ini akan jadi one of the excellence bila masuk darjah satu nanti.

Tapi rasanya harapan kami terlalu tinggi buat dia, lebih-lebih lagi anak lelaki. He is very playful. Sedangkan di sekolah yang dahulu, slot bermain dan aktiviti adalah sangat kurang. Kalau saya sendiri, saya akan rasa tidak mahu ke sekolah kerana 'ten sen' dengan keadaan yang serius dan terlalu akademik.

Di tadika KEMAS sekarang, Muhammad ada juga ponteng...tapi tidaklah sekerap semasa di tadika yang lama. Okla tu i guess.

Semalam saya menghadiri Kursus Kreatif dan Inovatif yang dianjurkan oleh pejabat dan fasilitator adalah daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Sebenarnya kita dari kecil memang telah sedia kreatif. Saya masih ingat ketika masih kecil ketika bermain dengan kawan2, walaupun tiada lambakan permainan yang canggih macam sekarang tetapi kami masih dapat bermain dengan rasa yang sangat seronok, buat khemah pakai selimut, main naik keretapi pakai kotak dan macam2 lagi. Itulah yang dinamakan kreativiti. Tetapi bila umur meningkat, membesar dalam norma yang kononnya teratur dan sopan atau sistem pembelajaran dari sekolah hinggan ke universiti telah mengurangkan atau menlenyapkan daya kreativiti dalam diri kita apabila kita dewasa.

Lagi satu isu yang dibangkitkan untuk focus group dalam kursus tersebut ialah tentang statistik pelajar lelaki yang tidak seimbang dengan pelajar perempuan di universiti. Macam2 pendapat yang diutarakan kenapa situasi ini berlaku, budak lelaki malas, tidak fokus, lebih minat kepada kemahiran daripada teori, lebih dimanjakan, tidak diberikan perahatian sebagaimana budak perempuan atau budak lelaki telah dibiarkan lepas bebas tanpa pengawasan yang ketat tidak seperti budak perempuan dan lain-lain faktor.

Adakah silibus dan kokurikulum disekolah sekarang lebih cenderung kepada cara yang sesuai untuk perempuan berbanding daripada lelaki? kenapa mata pelajaran kemahiran tidak dinilai atau boleh dianggap sebagi mata pelajaran teras? Adakah kerana pembuat silibus dan kokurikulumnya juga ramai perempuan yang menyebabkan silibus yang dihasilkan cenderung kepada cara pemikiran perempuan? Tengok sajalah jumlah guru lelaki sekarang? Berapa kerat sangat. Sebagai ibu yang mempunyai anak lelaki sudah tentunya saya risau dengan fenomena ini.

Mengikut psikologi, lelaki hanya boleh fokus kepada sedikit perkara pada satu2 masa sedangkan perempuan berkebolehan untuk melakukan multitasking. Tak tahulah, tapi itu yang saya belajar masa kelas rakan pembimbing. Bila diperhatikan memang ada betulnya. Tengok sahaja bila En Suami kalau time tengok TV, memang fokus giler sampai bila saya bercakap atau minta tolong apa2 time tu, jangan harap la responnya seperti yang diharapkan. Sedangkan kita jadi isteri ni, time tu la masak, time tu cuti kain, time tu lah tengokkan anak dan time tu jugalah tgk tv hahahaha. Sedar2 semua dah setel.

Tapi apa yang membimbangkan saya dan beberapa ibu yang lain adalah sistem pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia sekarang ini. Bila menyemak pelajaran anak-anak dara saya yang dua orang tu, saya menjadi kasihan kerana silibus pembelajaran diperingkat sekolah rendah makin susah. Darjah satu dah belajar bahasa arab, darjah dua dah kena buat karangan. Aduhai. Sainsnye pulak lebih kepada teori...bila anak tanya saya pun pening nak menjawabkan. Tapi masih ramai yang skor straight A. Saya tertanya-tanya bagaimanakah anak2 ini belajar? bila pula mereka nak bermain, mengasah kreativiti mereka?

Yang pasti saya sendiri akan mula mengasah kreativiti saya yang dah agak tumpul ni. barulah anak2 boleh ikut jejak langkah. Saya juga kena beri lebih kebebasan kepada anak2 untuk berkreativiti dan berimaginasi bagi perkembangan minda yang positif.

JUST DO IT, LETS BE CREATIVE AND INOVATIVE!




Tuesday, August 2, 2011

Double Birthday Celebration

Sabtu lepas, kami menyambut harijadi Muhammad (26 Julai) dan Fiqah (4 Ogos)..buat sekaligus senang, lagipun Fiqah nak sambut sekali sebab tarikh lahirnya dia jatuh pada 4 Ramadhan- puasa. Sambut kecil-kecilan saja..

Happy 10th Birthday Nur Syafiqah
moga Fiqah dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat

Happy 6th Birthday Muhammad
moga Muhammad dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

kek



Friday, July 22, 2011

Home Schooling


Rasanya abis ihktiar, saya akan menjadi guru dalam masa terdekat ini. Part-timer hehe.

Anak saya yang seorang ni, sejak bercuti panjang selepas accident jatuh basikal pada tempoh hari telah mendatangkan impak yang besar pada dirinya. Memang dia tak mahu pergi sekolah setelah lama berehat di rumah. Pernah saya ambil cuti 3 hari nak pastikan dia pergi sekolah, pergi berhantar, balik berjemput. Nampak dia ok. Biasanya ada van yang akan menjemput dan hantar dia balik. Almaklumla mak dia ni mencari rezeki jauh di perantauan huhu (bila la dorang nak luluskan permohonan tukar saya ni).

Memula dulu dalam seminggu ada 1-2 hari tak datang, sekarang ni dia tak mahu pergi langsung..aduhai. Dia ni pulak kalau malam sebelum gi sekolah kalau saya pujuk, kakak2 dia pujuk atau Atuk dan Wan pujuk, dia akan cakap ok, dia pergi. Tapi bila keesokkan paginya dia tak nak pergi. Puas dah Wan dia pujuk. Siap nak angkat dia gi bilik air pun dia keraskan badan dia. Bertuah betul yang seorang ni. Nak tukar sekolah pun dia tak nak.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, Muhd anak yang bijak dan sensitif..sebelum accident tu dia seronok ke sekolah, boleh kenal dan baca abjad dan nombor, mengira, membaca suku kata dengan baik. Sekarang bab nak baca tu agak lemah (teacher dia pun cakap gitu). Saya rasa setelah lama cuti dia agak ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Muhd seorang yang sukakan kemenangan dan rasakan apa yang dia buat betul dan hebat. Jadi bila dia ketinggalan begitu, dia rasa tidak seronok lagi nak ke sekolah. Kawan2 lain lebih pandai, kawan2 lain lebih hebat mengatasi dia. Saya nak explain bukannya dia faham lagi bab kena redha ni, bab tanggungjawab sbg anak nih.

So sekarang, saya tengah berkira nak mengajar dia dirumah. Tengah plan kokurikulum yang sesuai supaya dalam masa tak sampai setengah tahun sebelum masuk sekolah rendah, dia bersedia untuk bersaing dengan budak sebaya dengan dia. Dah tengah survey bahan yang sesuai untuk pembelajaran dia. Doakan saya dan Muhd berjaya.

Monday, July 4, 2011

Tatu?

Pada malam hari Jumaat lepas saya berkesempatan membawa anak-anak ke Persembahan Tatu PDRM dan ATM di Stadium Paroi, Seremban. Rupanya ATM dan PDRM Negeri Sembilan terpilih sebagai perintis program Blue Ocean Strategy, iaitu pergabungan tenaga antara dua agensi ini bagi memantapkan pertahanan negara.

Lepas solat Maghrib kami pun bergegas bertolak ke stadium kerana nak mengelakkan sesak dan dan 'cop' tempat duduk 'baek punya'. Letak kereta di dalam area masjid dan kami berjalan ke stadium. Alhamdulillah, orang tak begitu ramai lagi, jadi dapat kami tempat duduk yang agak2 dapat tengok persembahan malam tu dengan view yang baik.
Persembahan dimulakan dengan persembahan music band daripada PDRM Seremban dengan artis jemputan Aris Ariwatan. Masa ni la baru rasa kalau ada DLSR sebijik kan bagus, tapi harus ada kemera biasa dulu, bila da nak beli. Tangkap gambar pakai handphone ni..alahai macam semut je nampak orangnya..kahkahkah.







Selepas ketibaan MB Negeri Sembilan, wakil PDRM dan ATM, acara dimulakan dengan persembahan 'gimmick' lakonan hijack pengganas merampas pesawat boieng 707 setelah mendarat di KLIA (ditunjuk di skrin 'score board' stadium). Kemudian Pengganas telah meminta kereta dan membawa tebusan. Acara kejar mengejar bermula sampai kereta tersebut masuk ke dalam stadium, dikejar dengan kereta, jeep, motosikal, 2 helikopter. Agak mencemaskan juga, anak-anak saya agak takut dengan bunyi tembakan dan letupan.

kereta-kereta polis dan helikopter

ni dah nak habis..semua pelakon berbaris kat depan pentas

Kemudian ada juga persembahan daripada para glider ATM keluarkan bunga api dan asap melintasi dan membuat reformasi di atas stadium.

bunga api!


Acara seterusnya adalah persembahan pancaragam daripada PDRM. Mereka siap pakai lampu dibaju dan peralatan.

Ini pula pancaragam daripada ATM, sangat best lagu2 yang dibawakan

Persembahan seterusnya adalah gerak tempur oleh ATM, ngeri juga dia punya gerak, sepak pakai kasut boot tu, aduhai. Bila part bersenjata dorang pakai pisau. Dan akhir sekali, adalah sesi pecahkan papan, yang pecahkan pakai kaki dan tangan saya tak kisah sangat, yang pecahkan pakai kepala tu yang aduhai..benjol la rasaya hehe. Bila diperhatikan betul2, macam gerak silat pun ada.

Ini pula adalah persembahan kawad patung oleh PDRM, sangat menarik, kalau di England dikenali sebagi toy soldier. Sangat kelakar dan lawak.


Akhir sekali dan yang ditunggu-tunggu adalah persembahan tatu oleh PSRM dan ATM. Gambar akan diupload kemudian sebab di kamera hp anakanda. Hp maknya dah abis bateri huhu. Ada yan naik motor dan kuda.

Anak-anak enjoy dengan persembahan tersebut walaupun mata dah mengantuk dan perut pulak minat diisi.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...