Thursday, March 18, 2010

Team Building

Esok nak pi team building di El-Azzhar Camp di Morib sebagai peserta merangkap urusetia. Packing pun idak lagi...Kalu ikut modul yg konsultan bagi tu..lain skit la drpd yang lain..hopefully best la..siap nak masuk paya bakau time malam..

Harap semuanya selamat dan berjalan lancar..

Tuesday, March 9, 2010

Mari Berjongging Malam

Sejak dua tiga menjak ni..saya dan anak2 rajin la pi berjogging every weekend...kami ada dua tiga tempat yg regular utk melunaskan aktiviti ni...antaranya:-

1. Kompleks Belia dan Sukan Paroi
2. Taman Bunga depan Allson Klana Resort
3. S2 City Park, Seremban Dua
4. Taman Tasik Seremban

Tapi kami paling kerap ke Kompleks Belia dan Sukan ni sebab lokasinya yang paling dekat dengan rumah. Niat dihati mmg nak berjogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, tapi memandangkan opis saya ni jauh...balik hari2 pun dah dkat pkul 7 (tu tak masuk kalu ada meeting..mau kul 9 atau 10 mlm sampai umah).
Bagai pucuk dicita ulam mendatangkan, kompleks ni promote program Mari Berjogging Malam...so kelmarin lepas je Maghrib kami ke sana utk berjogging...best jugak jogging memalam ni..tak panas..kalu berpeluh cepat je kering..lebih relax...bole nak achieve bersenam 3 kali seminggu..harharhar..


Trek dia macam trek larian di mana2 stadium..ada playground untuk anak2..trek refleksologi..gim rakyat..gelanggang futsal..wall climbing...tenis..bola keranjang..apa lagi yekk? Pendek kata macam2 le..Sebenarnya saya mmg aktif masa skolah dan u dulu..bila dah bekeluarga ni, sy stop..kalu dulu gi playground pun sibuk perati anak2 takut dorang jatuh ke apa ke..tu yang berat badan naik semacam..lepas lagi satu point ramai dah yang baya saya, kengkawan dan sepupu yang ditimpa pelbagai penyakit..especially penyakit keturunan macam darah tinggi dan kecing manis..saya pun ada keturunan tu jugak..so berjogging ni adalah sebagai langkah awal dan pencegahan yang mampu saya lakukan la buat masa ni....

Monday, March 8, 2010

Gunung Tampin - 6 Mac 2010

Alkisah pada mulanya niat saya dan Hazel (cousin saya) nak join Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Tampin pada Sabtu lepas. Sebulan sebelum tarikh sirkit saya dah faxs borang penyertaan..punyalah semangat. Dalam pukul 7.30..kami berdua dah sampai di kaki gunung..adalah nampak beberapa peserta...tapi yang peliknya kami tak nampak urusetia atau tanda sirkit akan berlansung...tunggu punya tunggu adala orang bagitau yang sirkit tu rupanya start di stadium dan penamatnya juga nanti distadium. Congak punya congak kami cancel nak join sirkit...bukan apa, kang belum daki gunung dah pancit cemana nak daki plak (jarak antara kaki gunung dengan stadium tu agak jauh juga..)

So saya dan Hazel buat keputusan untuk daki sendiri..untuk makluman semua sebenar trek naik Gunung Tampin ni bertar sampai ke puncak sebab ada stesen pemancar TM kat puncak tu..


Masa awal pendakian...maintain lagi masing bleh gelak..pot pet..tiba saya cakap sorang..takde sepatah pun kuar dr mulut Cik Hazel..bila sy toleh..dia senyum..tgh catch up nafas..heheh

Apapun tahniah utk Hazel ssb sampai jugak kat puncak walaupun tak prepare dari segi stamina...sian gak tgk dia..tapi saya yakinkan dia boleh..yeahh Hazel Bolehhhh! Heheheh

On the way, skit lagi nak sampai puncak tu..peserta2 Sirkit kategori international memintas kami..laju dorang lari..yang dari Kenya ke Nigeria ke..kurang pasti..ramai jugak dorang ni..lepas dalam 7-8 org baru ada dr Malaysia ketegori Lelaki Open agaknya..bleh tahan depa ni..

Sampai tiang TNB yang no. 90..urusetia Sirkit (Majlis Belia & Sukan dan Jab Pertahanan Awam) blok kt situ dan peserta akan teruskan cabaran dgn melalui trek hutan lebih kurang 2km ke puncak lagi satu..then kena patah balik ke stadium..jauh tu..ni macam ala marathon jer..nasib baik tak masuk kalu tak sure tak sampai balik ..heheh

So sy cousin lepak rehat jap kat checkpoint sambil tengok peserta2 yang bersemangat meneruskan larian..dalam 10 minit kami pun turun semula..

On the way turun terserempak dengan Vee, Ajun dan Aidah..kenalan dr OrangHutanMalaya..sama-sama naik Bukit Broga minggu lepas...lepas tu terserempak dgn Aida, Yanti dan Zilah staff dr opis...kalu nak tahu sy bagai nak rak promote kt opis utk join sirkit ni, tapi last2 sy yang tak masuk. Menurut Aida lagi 20 minit dorang nak sampai puncak(last checkpoint)..urusetia yg jaga checkpoint akhir tu siap dah nak turun..lepas tu masa terserempak bleh cakap tak payahlah teruskan larian kt dorang...adalah dalam 20 peserta lagi yang belum sampai check point yg last tu..sian dorang..bagi la at least sampai check point akhir..dah datang dari jauh...

Monday, March 1, 2010

Bukit Broga - 26 Feb 2010

Cuti Maulidur Rasul, Jumaat lepas..saya menerjahkan diri mendaki Bukit Broga bersama-sama geng ORANGHUTANMALAYA. Bukan apa pukul dua baru saya call organizaer confirm utk join...bila lagi ye tak..terjah je le..lagipun nak training le konon sbb 6 Mac nak naik Gunung Tampin.

Pukul 5.40 petang saya dah sampai dan tunggu yang lain di kaki bukit. Tiba2 hujan lebat siap guruh dan petir...ish jadi ke nak daki ni..sempat gak studi buku Malaysia Kita dalam kete...hehehe

Pukul 5 lebih sikit, baru le En Garfu & Zeti (leader dr OHM) sampai. Hujan dah reda, so memandangkan dah ramai yang tiba...niat kena diteruskan. Taklimat disampaikan oleh En Garfu (dok Somban jugak ropenya) secar ringkas. Trekking diketuai oleh Zety dan sweper ialah Hamidy (kalu salah eja nama jgn marah..).


Bukit Broga 400m je tinggi dia..tapi mengah juga nak sampai..sampai puncak yang satu tu..hujan lebat balik..so hujan2 le kami redah naik puncak 2 dan 3. Sampai puncak tiga dah maghrib tapi oleh kerana hujan..tak nampak le matahari...



lalang yang menghijau dah terbakar sendiri mungkin sebab cuaca yang panas..






take 5 sekejap..





on the way turun...orang lain sume pakai head lamp..saya pakai torch light jer harharhar..baju merah berdua tu org kuat OHM Garfu dan Zeti






ni nak sampai first peak, yg pakai baju merah kt depan tulah Zeti





Memandangkan hari dah gelap, chief buat keputusan utk turun....ni yg agak mencabar skit..nak meraba...ada gak dua kali kami tak jumpa trek nak turun sebab kabus agak tebal...

Sampai kat parking, dapat tahu cermin blakang kete leader kami, Cik Zeti telah dipecahkan...satu beg baju telah dicuri..(sapa la punya keje ni kan..ada2 je). Lepas taklimat ringkas dan pendaftaran...satu derma kilat telah dilancarkan utk Zeti bg ringankan beban dia ganti cermin kete...(aku dulu penah gak kes gini..hampeh betul org tu)

Apa pun..i have a great time..dan dapat kawan2 baru...

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...