Thursday, October 27, 2011

Kali Ke Empat

Alhamdulillah, rezeki Allah. Setelah mengconfirmkan dengan Dr. kelmarin, sah saya pregnant 9 minggu. Dr. kata next week boleh start check up, buka buku merah. Anak-anak saya yang bertiga tu paling excited sebab nak dapat adik. Muhd nak adik lelaki supaya dia ada geng. Tengoklah nanti ye Muhd, boy ke girl. Estimated due date akhir bulan 5 atau awal bulan 6 tahun depan.




Wednesday, October 19, 2011

Udate Anak2

Anak dara saya yang dua orang tu tengah exam akhir tahun minggu ni, dalam masa yang sama cikgunya suruh training senamrobik setiap petang bagi persembahan Hari Sukan pada hari Ahad nanti. Kesian tengok mereka. Muka sunburn jangan cakaplah. Keterujaan mereka tentang persembahan senamrobik makin merosot bila terasa penat dan berlatih berulang2. Sampai demam. Saya sebagai ibu mestilah tak puas hati dengan sikap cikgu yang terlampau mementingkan persembahan senamrobik, hingga sanggup menjejaskan masa ulangkaji dan rehat anak2 murid pada minggu peperiksaan. Aduhai! Kalau prestasi peperiksaan anak saya merosot atau terjejas nanti, tahulah saya nak cari siapa hehe.

Anak bujang yang sorang tu pulak. Masih dengan masalah tak mahu pergi sekolah. Dalam seminggu mesti ada sehari dua ponteng. Harus saya usahakan sesuatu tentang si bujang ni. Tahun depan dah Tahun 1. Parah kalau dibiarkan.

Adakah?...

Lama tidak menulis di sini. Bukan apa, antara kekangan masa dan kemalasan untuk memerah idea untuk bercerita. Dua tiga menjak ini, saya rasa kurang sihat. Pagi ok malam tak ok tengah malam ok balik. Bukan sahaja badan malah minda juga turut mengalami situasi yang sama. Saya dapat rasakan ada sesuatu. Nanti saya confirmkan dulu.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...