Friday, April 29, 2011

Nasi Lemak Bersalah?

Henti salahkan nasi lemak

SEREMBAN 28 April - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ibu bapa supaya menguruskan pemakanan anak dengan baik dengan membawa bekal ke sekolah setiap hari.

Katanya, langkah itu adalah jalan terbaik memastikan anak-anak sihat daripada terus menyalahkan penjual nasi lemak, pengurusan kantin sekolah dan penjual 'jajan' di luar kawasan sekolah.

''Ini pandangan saya, sama ada makanan tidak sihat dijual dalam sekolah, mahupun luar sekolah, sebenarnya ia bergantung kepada pembeli.

''Jika anak kita menggemarinya, maka berlakulah urusan jual beli itu. Tetapi jika tiada pembeli, jual apa pun, pasti tiada siapa yang peduli untuk membelinya," katanya di sini, hari ini.

Mohamad memberitahu, kenapa cepat sangat melenting dan menyalahkan nasi lemak, kononnya menyebabkan anak menjadi gemuk.

''Orang di Amerika sana, tak makan nasi lemak pun, tetapi gemuk-gemuk juga. Jangan cepat 'melantun-lantun' dalam membuat keputusan. Kita tidak mahu pentadbiran yang 'melantun-lantun'," katanya.

Tambahnya, individu yang berniaga di luar sekolah mahupun dalam sekolah, semuanya hendak mencari rezeki.

''Mungkin mereka diberhentikan kerja atau berhadapan kesukaran untuk mendapatkan kerja. Maka mereka berniaga kecil-kecilan dan hendak sara anak serta isteri.

''Kita kena tengoklah perkara ini, kepayahan orang ramai berniaga. Ini sampai hendak suruh tangkap penjual 'jajan' dan kompaun peniaga nasi lemak," katanya.

Justeru Mohamad mahu ibu bapa dahulu memainkan peranan dan pastikan anak-anak membawa makanan yang sihat dari rumah dan menyediakan wang poket yang seimbang atau tidak berlebihan.

''Kalau semua pihak mainkan peranan dalam hal ini, tanpa menjejaskan periuk nasi orang lain dan kepentingan mereka, akhirnya semua akan merasa gembira,'' katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*setuju dengan pendapat beliau

Wednesday, April 20, 2011

Al Kisah...

21April 2011

Pagi ni jahitan di gusi Muhd telah dibuka, semua ok except doc suruh bersihkan betul2 gusi Muhd bagi mengelakkan gigi kekal tumbuh kurang cantik kelak. Muhd makin riang, kemalangan minggu lepas tidaklah meninggalkan trauma yang teruk. Aku rasa kemalangan itu bukan penghalang untuk dia terus aktif, Alhamdulillah itu rasanya adalah tanda positif.

............................

Rabu lepas Muhd mengalami kemalangan apabila menaiki basikal kakak dia yg agak besar, kata kakak, Muhd dah pandai kayuh, cuma pada masa itu kayuhan dia agak laju dan mungkin hilang kawalan lalu terbabas masuk longkang.

Sedang aku baru sampai ke Seremban ketika pulang daripada kerja lebih kurang pukul 630pm , baru perasan ada 2 missed call dari rumah. Bila aku call semula suara Fiqah yang menjawab agak panik suruh aku balik cepat, kedengaran suara tangisan Muhd, bila aku tanya kenapa, Fiqah jawab Muhd jatuh basikal masuk longkang.

“ Kejap lagi Mama sampai” aku sengaja tak mahu tanya lebih, takut kusut, lepas tu aku berdoa pada Allah moga kecedaraan Muhd tak begitu serius. Aku masih memandu tenang hingga sampai ke rumah.

Sampai-sampai depan gate, kelihatan semua dah keluar rumah, mungkin nak ke hospital, Muhd meluru kepada aku. Mak aku cerita, si Muhd juga yang beria nak cepat ke hospital sebab tak tahan sakit. Itu yang semua dah get ready nak naik kereta Ateh.

“Mamaaa!” panggilnya dalam tangis. Aku masih belum keluar dari kereta dan hanya menguakkan pintu. Mulut Muhd berdarah.

“Bukak mulut Mama tengok” mungkin beberapa batang gigi patah dan gusi juga, aku tak berapa pasti kerana penuh darah.

“Lagi kat mana sakit?” Muhd pun angkat baju, badan dia bercalar sikit.

Aku bergegas ke hospital dengan Ateh, adikku dan kakak2 Muhd, Syifa yang sulung dan Fiqah yang kedua. Muhd sudah tak menangis lagi mungkin sebab dah ada aku depan mata dia, dia rasa comfort sikit. Tapi dari air mukanya aku tahu dia tengah tahan sakit.

“ Saya tak nak pergi sekolah. Saya tak nak pergi sekolah” kata Muhd seolah merayu.

“Muhd tak payah pergi sekolah sampai Muhd dah baik ye. Nanti bagitau teacher Muhd” aku memujuk.

“Mama. Gigi saya dah takde” kata Muhd sedih.

“Muhd jangan fikir dulu, kita pergi hospital dulu ye, biar doctor check Muhd dulu. Muhd jangan risau. Yang penting Muhd selamatkan?” Muhd angguk.

Masa ni, mungkin Allah bagi kekuatan pada aku, aku tak menangis pun walaupun hati aku ni sayu dan hiba sesangat. Kang kalau Muhd dan kakak2 dia tengok aku emosi lelebih mau lagi havoc. Ateh pula bawa kereta persis ambulan cuma takde siren.

“Ateh bawa bertenang, tak payah laju2 sangat” kataku, walaupun aku sangat berharap kereta tu ada sayap dan boleh terbang segera dan sampai ke hospital.

Sampai di bahagian kecemasan, kami menuju kaunter triage, disini pemeriksaan dan diagnos awal dibuat bagi mengenalpasti keseriusan kecederaan.

Muhd dikategorikan sebagai G2, dimana pesakit yang tidak kritikal dan akan dirawat kurang daripada 60 minit. Kemudian Muhd diperiksa oleh Pembantu Perubatan, bagi mengambil bacaan nadi, tekanan darah dan pemeriksaan awal.

Kemudian setelah menghantar borang untuk pendaftaran, kami pun menunggu, dalam pada masa menunggu itulah baru aku tahu maksud G2 tu apa melalui siaran khas tv di ruang menunggu. G maksud Green Zone maknanya tidak kritikal dan 2 tu akan terima rawatan kurang dari 60 minit. Zon Merah untuk sangat kritikal, kuning untuk yang separa kritikal. Bagus juga sekarang, sudah bersistem. Dalam pada menunggu tu, mulut Muhd masih tak henti berdarah bercampur dengan air liur diluahkan pada tisu. Bibir atas pun membengkak. Sekotak tisu aku bawa selain towel kecil. Tidak sampai setengah jam nama Muhd telah dipanggil ke bilik rawatan 4. Seorang doc cina menanti memeriksa Muhd, kemudian kami tunggu sekejap kerana doc kena scan seorang lagi pesakit, busy betul mereka ni. Pesakit di ruang aku menunggu tadi makin bertambah. Setelah dipreiksa oleh Dr Onn dan ketua doctor yang bertugas, Muhd diberi syrup panadol untuk tahan sakit dan disuruh pergi buat xray dada dan skull. Setelah itu, dentist memeriksa gigi Muhd dan dibawa kebilik rawatan khas untuk cuci dan jahit gusi.

Aku tanya dentist tentang tu tentang keseriusan kecederaan Muhd. Katanya 5 batang gigi atas dan gusi sedikit koyak. Masa nak suntik ubat bius digusi adalah paling sakit bagi Muhd, menangis dia kerana tahan sakit dan tangan aku digenggam kuat. Sepanjang procedure bersih dan jahit tu aku genggam erat tangan dia, begitu juga dia. Tak sanggup aku tengok, rasa kesian yg amat sangat. 4 jahitan. Bila selesai aku mengucapkan terima kasih pada dentist dan pembantunya DSA Norliza. Nama dentist aku tak sempat Tanya.

Selesai ambil ubat, kami pun pulang lebih kurang 10.30 mlm, Syifa dam Fiqah ada ujian esoknya, aku cuma pesan baca doa minta Allah supaya dapat jawab semua soalan dengan baik sebab mereka tak sempat nak ulangkaji. Tergambar kerisauan diwajah mereka sepanjang berada di hospital tu, aku rasa mereka sedikit rasa bersalah kerana merasakan mereka sedikit bertanggungjawab terhadap perkara yang telah berlaku.

Aku tak kuasa nak marah2, sebab aku tahu Wan mereka dah ‘tembak’ mereka sebelum kami ke hospital petang tadi. Aku cuma nasihatkan saja, perkara dah berlaku dahpun berlaku dan untuk akan datang kakak2 kena main peranan dan tanggunjawab sikit. Aku denda mereka tidak boleh keluar bermain luar daripada kawasan rumah sebulan dan ditambah sebulan lagi kemudian atas cadangan mereka sendiri. Harap perkara ini jadi pengajaran buat ketiga2 mereka.

Aku mohon cuti dua hari untuk jaga Muhd. Muhd kalau sakit mmg akan banyak ragam, setiap kali Muhd dah tidur, aku akan menatap wajahnya, dgn bibir bengkak, mulut tak boleh dirapatkan dan gusi yg masih sedikit berdarah. Masa inilah aku menangis sebak, tak berhenti berdoa semoga Muhd cepat sembuh dan moga sakitnya berkurangan. Kalau boleh biar aku yang berada ditempatnya menahan sakit. Aku rasa mana2 ibu pun akan berasa demikian terhadap anak2, ibu mana yang tak sayang anak?

p/s: baru abis update entry ni pd 25 april 2011 dan Muhd masih belum mahu ke sekolah, dia kata nanti tunggu aku dapat gaji dan belikan dia 'jam bertukar' Ben 10 baru dia nk ke sekolah (rabu)..aduhai hehe

Tuesday, April 12, 2011

Taktik Sesajer..hehe

Saya suka manja bila Mama ada
Oooh saya suka kalau Mama ambil cuti..boleh hantar dan jemput pergi dan balik sekolah
Saya suka kalau Mama cium pipi saya dan peluk saya
Saya juga suka sesajer merengek manja kalau Mama ada ...sampai Mama pening kepala
Saya suka sesajer nangis sebab saja emo huhu.. takpun sebab Mama lambat buat milo untuk saya
Saya jeles kalau kakak sibuk nak manja dengan Mama
Saya cakap kat Wan "Buat apa nangis kalau Mama tak ade"
Ooooh saya tahu Mama sayang sangat kat saya


taktik muka monyok

taktik konon2 tutup mata mogok

taktik nangis dalam kete..

yehuu!! Mama baik la sbb blanje saya naik motor ni


Friday, April 1, 2011

Selamat Hari Lahir Yang Ke-11 Syifa

saya suka gambar Syifa yang ini..

Anak dara saya sorang ni genap 11 tahun hari ni. Rasa baru semalam melahirkan si sulung ni. Masa mengandungkan Syifa banyak jugak dugaan.. morning sickness mujur tak berapa teruk. Cuma dugaan emosi masa tu teruk sikit.

Sebagai anak sulung saya lihat dia tidak banyak karenah. Mungkin kerana tak berapa puas nak manja dah nak dapat adik lagi (belum cukup setahun saya dah mengandungkan Fiqa..rezeki Allah nak bagi). Susu badan pun tak lama mana 5 bulan je. So skrg dia sangat independent dan jenis tak kisah. Agak sukar menelah hati yang sorang ni sebab dia kurang meluahkan rasa hati dia, tak macam Fiqah dan Muhd yang outspoken dan sentiasa meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati.

Harapan Mama agar Syifa menjadi anak yang solehah dan berjaya di dalam kehidupan dunia dan di akhirat. Semoga Allah sentiasa memelihara dan merahmati Syifa.


HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...