Thursday, June 21, 2012

Riadah Kos Rendah

Hujung minggu lepas, Muhammad request untuk ke Taman Basikal. Jadi berbondong2lah kami petang Ahad yang lalu ke Taman Basikal di Seremban ni. Taman Basikal dah wujud sejak zaman saya sekolah rendah lagi..cuma masa tu rasanya takdelah diarong sewakan basikal. Taman ni memang antara tempat favorite anak-anak sejak basikal mereka masing dah jadi oversize (mereka dah membesar sebenarnya haha.  Dulu masa beli beskal tu masa dorang kecik2 lagi) dan rosak. Nak dibelikan baru..tak mampu rasanya nak belikan 3 biji beskal sekaliguss..beli satu dulu kang..ada yang kecik ati pulak..

Jadi solutionnya, kita sewa je la kat taman ni, setengah jam RM2 untuk satu beskal..bolehlah tu kan? Bukan main seronok lagi dorang tu..maknya pun jeles je dari jauh tengok dorang mengayuh-ngayuh dengan girang.. maknya pun nak ngayuh jugak huhu..tapi basikal disewakan untuk anak2 aje ye..dewasa tarak

Ok. Layan gambar je la..






sejak accident jatuh basikal dulu..Muhammad tak berani nak naik basikal tanpa dua roda kecil penyokong tu..tapi hari tu saya yakinkan dia yang dia boleh bawa basikal tanpanya dan dia berjaya!

snap gambar sendiri hohoho..

Mama! saya nak airrr..

Syifa : oop oop berhenti isi minyak...ehh tapi mana pam minyaknya?
Fiqa : eeh kita naik beskal mana pakai minyak daaaa...
Muhamaad : (sambil tepuk dahi dan geleng2 kepala)..a'ala kakakkkk

Syifa : aa..aaa dah dekat round about..kita amik pukul 3, lalu depan Mama tu, dia nak tangkap gambar kita tu"
Fiqa : ok..ok maintan cun dan hensem jap lagi lalu depan kamera

Syifa : ok semua semua senyum ..cheeseeee..ok control jgn tengok kamera..buat tak tau
(hahahaha Mama korang suka buat caption/ dialog ikut imaginasi hahahaha, padahal anak2 tade apa2 pun)









main di taman pulak..

time goes by..super fast..






Monday, June 11, 2012

Aik! Sebelah Lain Sebelah Lagi Lain?

Hari ini hari Isnin, hari permulaan sekolah setelah bercuti 2 minggu. Pagi tadi lagi dah diuji kesabaran dengan kerenah si bungsu, Muhammad yang tiba2 moody. Saya agak dia malas nak bangun la tu sebab dah 2 minggu cuti dan bangun lewat. Ke bilik air pun siap berdukung, mata tak boleh bukak..aduhai budak bertuah ni. Dah mandi, pakai baju..saya nampak dia macam taknak pergi sekolah. Bila ditanya tak berjawab, protes la tu. 

Geram juga..give up...saya kata kalau tak sekolah dah lah..(dengan nada merajuk huhu). Bila semua dah bergegas ke kereta barulah dia bergerak amik kasut dan masuk kereta dengan muka yang ketat hahaha..Tahu-tahu bila sampai depan sekolah kakaknya cakap, kenapa Muhammad tak pakai kasut lagi? Bila saya tengok..rupanya dia dah ambil kasut sebelah lain dan sebelah lagi lain. Dia pakai sebelah. Saya tengok muka dia. Alahai muka sedih. Mesti dia taknak cakap on the way tadi sebab takut saya marah. Tak sampai hati nak gelak hahahahaha. Takan nak suruh dia pakai sahaja? Terus je saya cakap "kita balik rumah tukar kasut ye?" Muhammad pun angguk.. :) tanda mood dia dah ok le tu. Kalau saya gelakkan mahu dia punya protes melarat. Jadi saya diam sahaja.

So pusing ambil kasut. Bila sampai dihadapan sekolah, setelah salam dan cium, Muhammad turun kereta dia lambai sambil senyum...hmmm dah ok le tu. Bertuah punya anak. Nasib baik sekolah dekat...


*gambar dari google image

Friday, June 8, 2012

Mari Baca Komik Online



Korang sekolah-sekolah dulu ada baca komik tak? saya adalah peminat setia komik Gila-gila, Ujang..dan tak ketinggalan komik citer lawan-lawan tu macam Jejak Wira, Alam Perwira dan lain-lain lagi. Semua komik tu abang-abang saya yang punya..hehe. Mereka tukang beli, saya tukang pinjam. Al-maklumlah menjadi anak perempuan tunggal dikalangan adik beradik lelaki seramai 4 orang memang cam gini la jadinya..hehe. Mana ada komik princess2 macam sekarang ni..anak saya sekarang ni merasa la komik gegirl gitu hahaha..

Surf punya surf, saya terjumpa satu site ni seperti di link http://www.i-komik.com/...ada banyak komik lama yang boleh dibaca secara on-line huhu...kat sini juga mereka ada jual komik. 

Tiba2 terasa haruskah saya menyelongkar stor kat belakang rumah mak, mencari komik2 lama tersebut..ada sesapa nak beli? hehe






Thursday, June 7, 2012

Musim Durian Dah Kembali!

Kalau nak tahu, hampir setiap hari saya menggunakan laluan Seremban-Labu-Nilai-Salak/ Salak Tinggi-Jenderam-Putrajaya untuk pergi dan balik kerja bagi menjimatkan kos. Kadang-kadang sahaja menggunakan highway bila nak cepat atau bila ada hal. Kalau tidak saya akan bersantai-santai memandu dan kadang-kadang makan angin sambil follow kereta yang slow atau lori...huhu tensen.


Sejak dua menjak ni, musim durian dah kembali nampaknya, laluan harian saya ni memang kebanyakkannya adalah kawasan kampung. Penduduk kampung dah mula menjual durian nampaknya, di Pekan Salak, Labu...kat Seremban pun ado haha!

 pakcik jual doyan..memandu sambil tangkap gambar..saya snap je, tu yang buah doyan nye tak masuk hahah (jangan tiru aksi tangkap gambar sambil memandu ni ye..aksi tersebut adalah berbahaya)

 doyan rm10?

 alamak itu nenas la bukan doyan..hahaha

lagi doyan haha

Sehubungan itu, bagi peminat buah durian, silalah dapatkan buah durian. Kalau takde kebun, bolehlah beli. Pada saya, saya lebih sukakan durian kampung, walaupun isi tak banyak dan tak setebal Duriang Musang King tu, ianya sangat sedap, lemak dan manis..kalau buah kuah durian pun sedap. Kalau buah gulai atau sambal tempoyak lagi marvelos uih! hahaha..

Nasib la nenek dan atuk saya dulu dah tanam pokok durian bebanyak kat kampung, jadi saya dan family tak yah la nak membeli sakan. Gi je ambik kat kampung tu...bahagia rasa jiwa makan.

Tuesday, June 5, 2012

LEAD Camp Bil 8 Siri 3 Tahun 2012

Citer kisah ni dah lama dok dekat deraf..baru la ni nak publish....


LEAD Camp kali ini disertai oleh 79 peserta 44 perempuan dan 35 lelaki dengan campuran Batch 1/2010, 2/2010 dan sedikit drpd batch 2009. Lead Campa kami kali ni PULAPAU Baling Kedah..

Malas nak cerita detail..cuma seronok menempuh aktiviti bersama rakan-rakan sebatch dan rakan-rakan baru. Roomates adalah Yana Imigresen dan Noryn KPT. Teamates Kumpula S2 adalah Syed, Shukri, Jefri, Firdaus, Yana, Azrah dan Noryn..korang mmg terbaik! Tak boleh lupa semasa aktiviti kompas marching kita berjalan non-stop dr CP2 ke MI sejauh 1.8 km atas peta dan mungkin lebih bila on road..sgt determined untuk habiskan aktiviti..end up kita group ke 2 sampai ke finish line. Masa kembara pula kita end up 3rd group yang sampai ke finish line walapun mengusung mangsa..nak patah bahu saya pd masa tu..huhu. Bagaimanapun, masa aktiviti Orientering saya merasa menjadi mangsa yang diusung oleh rakan2...kasihan mereka..mesti rasa nak patah bahu mereka. Tapi fasi yang pilih saya..kalau bangkang kang tak pasal plak..potong markah..tapi korang tak banyak bunyi, buat jer..dan alhamdulillah selesai..

Kenangan berkhemah di tepi padang.. mcm budak sekolah la pulak. Alhamdulillah sepanjang tempoh lead camp saya bebas drpd gigitan pacat, cuma diserang gegata sedikit.

Untuk persembahan kumpulan, kami bergabung dengan kumpulan S1 mempersembahkan tarian K-Pop hahaha dengan iringan lagu Nobody But You..sib baik pakai topeng muka ala masquerade so takla malu sangat..auuww!



Kami juga kena berkawad untuk  majlis penutup adalah dengan perbarisan. Bertambah gelap kulit muka saya huhu sebab muka ditadahkan ke matahari huhu. 

Azam saya nak kurang berat badan dan tambah stamina untuk mengahadapi DPA tahun depan...



Sunway Lagoon Trip

Minggu lepas (29 Feb 2012) akhirnya tertunai juga janji untuk membawa anak-anak ke Sunway Lagoon Theme Park. Syifa, Fiqa dan Muhd sangat gembira...saya juga seronok bila tengok mereka gembira. Ayahnya ke luar daerah..jadi anak-anak dan maknye sajelah..kalu ikutkan dedolu saya dah banyak kali pergi sini, zaman2 sekolah, zaman universiti..selalunya dengan Cik Hazel dan Cik Ayu, dua orang kazen tercinta hahaha..

Bayaran untuk masuk ke theme park ini bagi 3 park adalah rm60 bagi umur 12 tahun dan ke atas dan 11 tahun dan ke bawah adalah rm48 ringgit dengan MyKad. Zaman sekarang semua dah mahal...kalu nak masul semua park tambah lagi la duit nye...semua info boleh pergi ke sini http://www.sunway.com.my/lagoon/

 mula-mula masuk...

 bergambar dulu di depan kandang harimau..aum!!

 turun escalator menuju ke water park..untuk tukar baju dan bermain di amusemnet park..gambar di amusement park tiada sbb mamanye malas nak kendong kamera besar itu..heheh
oh ya..sebelum kami ke amusement park, kami ke Wold life Park..ala2 zoo juga la..ni pun gambar tiada..
tapi antara ride yang telah berjaya dinaiki adalah runaway train...fiqa tak naik ride ni sbb seram, muhd pula belum cukup tinggi, jadi mamanya dan syifa ajelah..menakutkan juga bila naik dah tua-tua ni huhu..tapi seronok la pulak lepas tu.
naik wagon wheel, kasut berpusing, dinosor terbang, train lembu..haha suka hati je namakan ride tu sendiri..yang naik kayu balak tu Syifa dan Fiqa je yang naik sbb mamanye mmg tak suka naik benda alah tu..heheh
ride yang berpusing 360 darjah semua out of list buat masa ni...tak sanggup nak pening2 kepala haha..

dah selesai di amusement park, berlari2 pulak ke water park


 tu dia budaj 3 org tu tgh tunggu air jatih dr atas




 dah puas mandi manda sehingga 5.30 petang..siap2 untuk balik..opps muhd nak pergi Sunway Pyramid nak cari Ultraman ler..

 lagi gambar depan kandang harimau

 tu dia harimau dah bangun..masa memula sampai pagi tadi dua ekor rimau tu tido sakan

 muka memasing dah penat

cuci mata tengok ice skaters..sambil makan di KFC

 apa yg best muhd?..terbaik la mama katanya

 anak2 saya dah nak sama tinggi dengan saya!!! oohh tidak..sok-sok mesti dorang ni tinggi dari saya huhu


 main games 

mooooo! lembu strawberry printed haha

ni dia koleksi terbaru patung ultraman en muhd ...dia dah ada 6 kesemuanya..ish..ish budak2 sekarang (sambil geleng kepala)


HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...