Hari ini hari Isnin, hari permulaan sekolah setelah bercuti 2 minggu. Pagi tadi lagi dah diuji kesabaran dengan kerenah si bungsu, Muhammad yang tiba2 moody. Saya agak dia malas nak bangun la tu sebab dah 2 minggu cuti dan bangun lewat. Ke bilik air pun siap berdukung, mata tak boleh bukak..aduhai budak bertuah ni. Dah mandi, pakai baju..saya nampak dia macam taknak pergi sekolah. Bila ditanya tak berjawab, protes la tu.
Geram juga..give up...saya kata kalau tak sekolah dah lah..(dengan nada merajuk huhu). Bila semua dah bergegas ke kereta barulah dia bergerak amik kasut dan masuk kereta dengan muka yang ketat hahaha..Tahu-tahu bila sampai depan sekolah kakaknya cakap, kenapa Muhammad tak pakai kasut lagi? Bila saya tengok..rupanya dia dah ambil kasut sebelah lain dan sebelah lagi lain. Dia pakai sebelah. Saya tengok muka dia. Alahai muka sedih. Mesti dia taknak cakap on the way tadi sebab takut saya marah. Tak sampai hati nak gelak hahahahaha. Takan nak suruh dia pakai sahaja? Terus je saya cakap "kita balik rumah tukar kasut ye?" Muhammad pun angguk.. :) tanda mood dia dah ok le tu. Kalau saya gelakkan mahu dia punya protes melarat. Jadi saya diam sahaja.
So pusing ambil kasut. Bila sampai dihadapan sekolah, setelah salam dan cium, Muhammad turun kereta dia lambai sambil senyum...hmmm dah ok le tu. Bertuah punya anak. Nasib baik sekolah dekat...
*gambar dari google image
No comments:
Post a Comment