Tuesday, July 31, 2012

11 Ramadhan - 18 days to go

Hari ini dah masuk 11 Ramadhan
Pagi ni juga perjalanan ke tempat kerja dilimpahi rahmat hujan yang lebat..kereta pun harus dipandu dengan hati-hati dan perlahan..akibatnya satu minit lewat. Nampaknya angan2 nak masuk kerja awal bulan Ogos ni tak jadi sebab takut rushing di pagi hari..ditambah dengan gelagat anak bujang sorang yang liat nak bangun pergi ke sekolah...habis ilmu psiko mak dia nak pujuk dia pergi sekolah. Pergi juga akhirnya..

Ada 18 hari lagi...



Tuesday, July 17, 2012

Jungle Clean Up Tanjung Tuan PD



JC Tanjung Tuan yang berlansung pada 15 Julai 2012, telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar , Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam, SWM Environment, Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM) dan pelajar2 daripada Politeknik PD, Politeknik Merlimau dan Politeknik JB. 

Pelajar2, pensyarah dan peserta daripada agensi2 telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Sukarelawan daripada KOHM telah ditugaskan untuk menjadi leader dan membimbing para peserta program.


Kumpulan2 sedang diberi taklimat oleh Cleanup Leader (CL) masing2

Saya diberi mandat untuk merakamkan gambar bagi Kumpulan 1. So, entry dan gambar2nya saya akan lebih berkisar kepada Kump. 1 dan kumpulan2 yang melalui rentis yang sama. 

Kumpulan 1 terdiri drpd Tok Wan (CL), Cikgu Zaha, Imran, saya dan pelajar2 Poly PD + askar2 saya hehe. Kumpulan 1 pada awalnya ditugaskan untuk ikut laluan utama ke Rumah Api, bagaimanapun laluan telah diubah ke laluan pantai ataupun dipanggil Rentis Pantai dimana kami akan melalui kawasan paya bakau, tepi pantai dan seterus mendaki ke Rumah Api. 

Rentis Pantai adalah pantai yang bertentang dgn Pulau Masjid

Kalau tak silap saya, Kumpulan 9 dan 6 juga akan melalui rentis yang sama. Ketiga-tiga kumpulan ini diketuai oleh seorang guide drpd Jabatan Perhilitan Melaka. Check point penamat perjalanan semua kumpulan adalah di Rumah Api. Setiap kumpulan telah dibekalkan 5 hingga 6 plastik sampah. Plastik sampah hitam adalah untuk sampah biasa dan plastik putih untuk sampah yang boleh dikitar semula. Sampah yang akan dikutip adalah merupakan sampah domestik yang bermakna sampah tersebut memang dibuang di tempat tersebut. 

Kumpulan 1 diketuai oleh CL nya iaitu Tok Wan..bersama pelajar2 Poly PD


Begitu banyak sampah disepanjang rentis, dikawasan paya bakau sahaja semua plastik sampah yang dibekalkan telah penuh berisi. Jadi kami telah menghantar sampah ke tempat berkumpul. 





Kemudian kami kembali semula menyusur kawasan tepi pantai dengan plastik sampah yang lain, masih terdapat banyak sampah walaupun sudah terdapat dua kumpulan yang lebih awal mengutip sampah di kawasan tersebut. Akhirnya guide drpd Perhililitan menasihatkan kami patah balik ke kawasan berkumpul dan naik ke rumah api mengikut jalan utama memandangkan semua plastik sampah telah penuh. Adalah tidak praktikal untuk membawa sampah tersebut sambil mendaki ke rumah api. Mau patah pinggang memasing huhu..


Penat juga mendaki ke rumah api. Untuk pengetahuan semua, biasanya kawasan berpagar rumah api ini tidak dibuka untuk orang ramai. Bagaimanapun, untuk program ini, kami telah mendapat kebenaran khas untuk memasuki kawasan rumah api. Pemandangan lautnya sungguh cantik. Tapi tak nampak la pulak air pusar tu..mungkin kena pakai teropong kut..ke bukan masanya pada ketika itu..


Kemudian kami menapak pulang ke Pej. Perhilitan bagi acara seterusnya. Selepas makan tengahari dan solat zuhur, acara seterusnya adalah mengasing dan menimbang sampah. Dan paling acara bergambar beramai2. 

hasil kutipan sampah di selurih kawasan Tg Tuan

Kemudian acara penutup dan penyampaian hadiah diadakan bagi pertandingan peserta paling aktif, pertandingan foto dan penghargaan kepada agensi.


ucapan MC, peg. dr JAS, ucapan drpd En Rusman dr Perhililitan, Kelihatan yang duduk dihadapan adalah orang kuat drpd agensi yang berkerjasama

Ucapan Ketua Penolong Pengarah JAS
 tahniah utk peserta aktif dr setiap kumpulan disampai oleh Pn Afzan dr Perhilitan Melaka

peserta aktif bagi setiap kumpulan

penyampaian hadiah pertandingan fotografi dan penghargaan utk agensi2


Secara keseluruhannya Program Jungle Cleanup ini berjaya. Kekurangan sana dan sini adalah lumrah dalam mana2 event pun. Insyaallah kita akan perbaiki pada event2 akan datang. Bagaimanapun usaha KOHM adalah sangat murni bagi menerapkan semangat sukarelawan kepada pelajar-pelajar Politeknik dan agensi-agensi yang terlibat. Saya dengar program JC telah menarik minat syarikat swasta yang besar ..jika ianya menjadi, saya pasti ianya akan menjadi batu loncatan untuk KOHM untuk pergi lebih jauh..

Rasanya memang kena buat JC lagi di Tg Tuan ni kerana masih banyak lagi sampah yang tidak dapat dikutip. 

Apapun, seronok berkumpul ramai-ramai dengan ahli KOHM macam ni disamping menabur bakti secara sukarela.




Monday, July 16, 2012

Flora, Fauna & Permandangan Di Tg Tuan PD

Subhanallah...ianya menginsafkan diri apabila berada dekat dengan ciptaan Allah yang lain

yang mahal..dapat jumpa si ketam..hehe






Mandi Manda Di Tg Tuan PD

Pada 14 & 15 Julai 2012 
Bertempat di Tanjung Tuan PD
berada di sana untuk Jungle Clean Up Tg Tuan, next entry saya kan ceritakan..
bagaimanapun acara sampingan iaitu acara mandi manda di pantai adalah wajib bagi anak-anak..

14 Julai 2012

Petang lepas asar, survey dahulu kawasan pantai berdekatan dgn Rezab Perhilitan. Didapati kawasan pantai sebelah sini adalah sedikit kotor, terdapat banyak sampah yang dibawa ombak, pantai di sini agak landai dan berombak agak kuat.








mulanya rombongan cik kiah nak mandi di pantai cermin..tetap setelah meneliti, kami memutuskan untuk ke tanjung biru, pantai di seberang..jalan kaki merentas jalan..



 lari..cepat

 yeay!! dah sampai

 tanjung biru

budak-budak kecik lah yang seronok


 yang dewasa tumpang seronok sambil merasa geram sebab kena tgk je..huhu
dalam hati kata nk mandi nak mandi..geram je tgk air yang jernih
plan dibuat utk mandi pepagi esok pkul 7.00 pagi

 air di sini adalah sangat jernih, crystal clear
airnya tenang..boleh sgt kalu nak terkuak lentang, kuak dada, kuak kupu2 dan sebagainya

 Syifa

 Nabila - anak Uncle


 Damia - anak Rusman & May

 Amna - anak Rusman & May

 Fiqah

 Muhammad

 main pasir time




 pertandingan membina istana pasir..kunun2 hehe

 hasil tangan Muhammad






 Morry Dorry - sorry akak tak ingat nama betul hehe

 team Damia dam Mommy - buat penyu

 twin castle?

 hasil kedua team Muhammad dan Fiqah

 Ini Amna punye - cupcakes katanya



15 Julai 2012
Esok petangnya pula..mandi lagi...

















HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...