JC Tanjung Tuan yang berlansung pada 15 Julai 2012, telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar , Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Perbersihan Awam, SWM Environment, Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM) dan pelajar2 daripada Politeknik PD, Politeknik Merlimau dan Politeknik JB.
Pelajar2, pensyarah dan peserta daripada agensi2 telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Sukarelawan daripada KOHM telah ditugaskan untuk menjadi leader dan membimbing para peserta program.
Kumpulan2 sedang diberi taklimat oleh Cleanup Leader (CL) masing2
Saya diberi mandat untuk merakamkan gambar bagi Kumpulan 1. So, entry dan gambar2nya saya akan lebih berkisar kepada Kump. 1 dan kumpulan2 yang melalui rentis yang sama.
Kumpulan 1 terdiri drpd Tok Wan (CL), Cikgu Zaha, Imran, saya dan pelajar2 Poly PD + askar2 saya hehe. Kumpulan 1 pada awalnya ditugaskan untuk ikut laluan utama ke Rumah Api, bagaimanapun laluan telah diubah ke laluan pantai ataupun dipanggil Rentis Pantai dimana kami akan melalui kawasan paya bakau, tepi pantai dan seterus mendaki ke Rumah Api.
Rentis Pantai adalah pantai yang bertentang dgn Pulau Masjid
Kalau tak silap saya, Kumpulan 9 dan 6 juga akan melalui rentis yang sama. Ketiga-tiga kumpulan ini diketuai oleh seorang guide drpd Jabatan Perhilitan Melaka. Check point penamat perjalanan semua kumpulan adalah di Rumah Api. Setiap kumpulan telah dibekalkan 5 hingga 6 plastik sampah. Plastik sampah hitam adalah untuk sampah biasa dan plastik putih untuk sampah yang boleh dikitar semula. Sampah yang akan dikutip adalah merupakan sampah domestik yang bermakna sampah tersebut memang dibuang di tempat tersebut.
Kumpulan 1 diketuai oleh CL nya iaitu Tok Wan..bersama pelajar2 Poly PD
Begitu banyak sampah disepanjang rentis, dikawasan paya bakau sahaja semua plastik sampah yang dibekalkan telah penuh berisi. Jadi kami telah menghantar sampah ke tempat berkumpul.
Kemudian kami kembali semula menyusur kawasan tepi pantai dengan plastik sampah yang lain, masih terdapat banyak sampah walaupun sudah terdapat dua kumpulan yang lebih awal mengutip sampah di kawasan tersebut. Akhirnya guide drpd Perhililitan menasihatkan kami patah balik ke kawasan berkumpul dan naik ke rumah api mengikut jalan utama memandangkan semua plastik sampah telah penuh. Adalah tidak praktikal untuk membawa sampah tersebut sambil mendaki ke rumah api. Mau patah pinggang memasing huhu..
Penat juga mendaki ke rumah api. Untuk pengetahuan semua, biasanya kawasan berpagar rumah api ini tidak dibuka untuk orang ramai. Bagaimanapun, untuk program ini, kami telah mendapat kebenaran khas untuk memasuki kawasan rumah api. Pemandangan lautnya sungguh cantik. Tapi tak nampak la pulak air pusar tu..mungkin kena pakai teropong kut..ke bukan masanya pada ketika itu..
Kemudian kami menapak pulang ke Pej. Perhilitan bagi acara seterusnya. Selepas makan tengahari dan solat zuhur, acara seterusnya adalah mengasing dan menimbang sampah. Dan paling acara bergambar beramai2.
hasil kutipan sampah di selurih kawasan Tg Tuan
Kemudian acara penutup dan penyampaian hadiah diadakan bagi pertandingan peserta paling aktif, pertandingan foto dan penghargaan kepada agensi.
ucapan MC, peg. dr JAS, ucapan drpd En Rusman dr Perhililitan, Kelihatan yang duduk dihadapan adalah orang kuat drpd agensi yang berkerjasama
Ucapan Ketua Penolong Pengarah JAS
tahniah utk peserta aktif dr setiap kumpulan disampai oleh Pn Afzan dr Perhilitan Melaka
peserta aktif bagi setiap kumpulan
Secara keseluruhannya Program Jungle Cleanup ini berjaya. Kekurangan sana dan sini adalah lumrah dalam mana2 event pun. Insyaallah kita akan perbaiki pada event2 akan datang. Bagaimanapun usaha KOHM adalah sangat murni bagi menerapkan semangat sukarelawan kepada pelajar-pelajar Politeknik dan agensi-agensi yang terlibat. Saya dengar program JC telah menarik minat syarikat swasta yang besar ..jika ianya menjadi, saya pasti ianya akan menjadi batu loncatan untuk KOHM untuk pergi lebih jauh..
Rasanya memang kena buat JC lagi di Tg Tuan ni kerana masih banyak lagi sampah yang tidak dapat dikutip.
Apapun, seronok berkumpul ramai-ramai dengan ahli KOHM macam ni disamping menabur bakti secara sukarela.















No comments:
Post a Comment