Peristiwa buruk yang pernah kita alami dahulu, contohnya seperti ternampak kemalangan ngeri. Takut dengan binatang tertentu boleh dipadamkan hampir 100% dengan ingatan atau kenangan manis kita. Pada 3 hinnga 5 Julai 2012 yang lalu bertempat di D Ambang Resort Pekan Pahang seramai 30++ ahli Rakan Pembimbing Jabatan Perdana Menteri atau nama barunya AKRAB telah berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik NLP Dalam Kerjaya. NLP adalah singkatan bagi Neuro Linguistic Programming yang dapat diertikan seperti berikut;
Neuro: Sistem saraf otak di mana maklumat dan pengalaman diterima melalui 5 deria.
Linguistic: Sistem bahasa dan komunikasi bukan percakapan (non verbal) dimana sistem representasi mengkod, mengatur dan memberi makna.
Programming: Keupayaan untuk mengatur sistem neurologi bagi mencapai matlamat yang spesifik atau hasil diingini.
Jadi sepanjang pembelajaran kami semasa program ni, kami akan mengulang kembali dengan menyuarakannya dengan jelas kepada kawan disebelah apa yang kami pelajari.
Contoh:
"NLP adalah cara kita berfikir, cara kita bercakap dan cara kita bertindak!"
cakap sambil pandang dan pengang bahu kawan
Selain itu, permulaan hari dan sesi program kami akan dimulakan dengan state management..dimana kita memberitahu diri kita tentang penyataan2 yang positif seperti;
"hari ini saya hendak merasa gembira, ceria dan bertenaga!!!! yes!! yes!! yes!!"
Penyataan tersebut hendaklah dilaungkan dengan penuh emosi dan gaya...walaupun nampak macam tah apa2 mulanya tapi hakikatnya kami semua mmg rasa gembira, ceria dan bertenaga sepanjang program tersebut..tidak mengantuk dan tidak sedar masa berlalu.
Daripada program ini juga, kami diajar bagaimana kita boleh rancang kejayaan kita..kerana apa yang kita fikir, apa kita cakap dan apa yang kita rasa adalah doa. Oleh itu, kita kena guna elemen Visual (Penglihatan), Auditori (pendengaran) dan Kinestatik(Perasaan) untuk mencapai kejayaan yang kita kehendaki katanya. Bagi orang Islam, apabila kita berdoa lebih elok jika doa kita itu adalah lebih spesifik.
Contohnya penggunaan VAK dalam konteks harian;
"Pada 11,12 dan 13 September 2012 ini, saya boleh rasa anak saya Nur Assyifa akan dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan tenang dan cemerlang. Saya boleh lihat Nur Assyifa di dalam dewan peperiksaan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul, teliti dan cemerlang . Saya juga boleh mendengar Nur Assyifa dapat menjawab dengan cemerlang apabila saya tanya dia samada dia boleh menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR tersebut"
Dan apabila kita berdoa elok dimasukkan elemen VAK supaya apa yang kita pohon dan hajat kepada Allah itu adalah specific dan tepat, contoh:
"Ya Allah! kurniakanlah RM1 juta kepada kami tahun ini, agar tangan kanan kami ini kemudiannya dapat mengagihkan rezeki itu kepada keluarga kami dan mensedekahkannya juga kepada fakir miskin dan orang yang memerlukan agar rezeki yang Kau berikan itu menjadi lebih berkat"
... kalau nak dibanding kalau biasanya kita berdoa secara general kepada Allah, contoh;
"Ya Allah! murahkanlah rezeki kami"
En Mus - Mekanik Minda
Group VG (Very Good)
Program ini juga diselitkan dengan aktiviti outdoor hehe..tu dia! aktiviti outdoor kali ini adalah jungle trekking tepi sungai, water confident dan berakit di Sg Pahang yang luas itu.
Azah, Wahida, Kak Tim..dan akak ni saya lupa
jungle trekking..ni ladang kelapa sawit nih hehe
sebelum sesi water cofident
Ketua Group saya adalah Abg Misai a.k.a En Rosli dr APMM
ok bersiap sedia...
celup kepala dulu amik feel
go set go! formasi sebaris
"saya takut!!"
"Rilek puan, baring je, kaki lurus"
yang ni tak tau formasi apa da..haha
peace! - azah
Lepas water confident, kami sambung jungle trekking dan buat rakit drpd buluh dan pelampung..group adalah group terpantas membuat rakit dan sbg hadiah kami dibenarkan mula dahulu berakit..
bergambar dengan rakit kami yg dh siap
brgambar dgn jurukamera Tn Hj Azam
group azah
bersedia nak berlepas
tgk2..luasnya sungai pahang
dayung..dayung..
1 2..1 2
in..out in..out
Macam2 gaya mendayung..siap tukar2 posisi beberapa kali..untungnya berakit kat sungai ni kita ikut arus air jd kayuh sesikit je..tapi pada masa itu air sungai cetek..kejap2 kami sangkut kat pasir..apalagi turun dr rakit tolak la sambil berlari haha sebab nak sampai dulu untuk dpat no. satu hehe semangat sungguh...kami berakit lebih kurang 3km
dah sampai point penamat..main air dulu
dah sampai kena bula semula rakit ye..yg baju merah tu jd mandur ke apa?
Sesi malam, adalah teknik terapi fobia & trauma..
en mus sdg melakukan terapi kpd wahida
lepas abis kelas..pesta makan durian
fikirkan bola getah..bola getah..
wahida cuba menjatuh mentol lampu di atas tiles
mmg tak pecah..
fikiran kita boleh mengawal agar mentol jd bola getah?
majlis penutup
bergambar kenangan bersama2 TSUB JPM En Mohd Aripin dan Konsultan, En Mus
No comments:
Post a Comment