Tuesday, April 27, 2010

Nenek telah kembali ke rahmahtullah pada pukul 9.30 malam hari Sabtu lepas...

Friday, April 23, 2010

Nenek

Nenek...

Nenek dulu orangnya cantik

Menjadi pujaan ramai jejaka

Nenek dulu orangnya gagah dan berani

Menjalankan bisnis

Menjaga kami lima beradik

Kini Nenek..

Sudah diusia senja

Terlantar tak berdaya

Tumpah kasihan padanya

Kami sekeluarga

Pohon nenek melalui saat akhirnya

Dengan mudah


Nenek saya sedang terlantar tak berdaya di rumah. Kami sekeluarga menjaga nenek terutamanya emak. Di masa lalu, saya kira ramai yang tidak begitu menyenangi nenek kerana sikapnya...tapi kini dia tidak berdaya lagi dan mungkin bergelut dengan saki baki usia tuanya. Nenek tidak boleh berjalan lagi kerana terjatuh lebih kurang dua tahun lalu. Pahanya patah dan tulang belakang telah beralih sedikit daripada posisi asal. Penbedahan kecil telah dilakukan. Sejak itu, mak yang menjaga nenek.Saya juga tolong emak jaga nenek. Kadang-kadang kami bergilir kalau nak kelura rumah. Walaupun begitu nenek masih aktif mengesotkan punggungnya untuk bergerak, mengaji, solat dan memanggil cicitnya.. Sejak tahun 2010 ini, nenek tidak lagi mengaji atau bersuara memanggil cicit-cicitnya. Nenek diam sahaja dan tidak membuka matanya. Kalu sebelum tu, nenk mampu duduk dan menyuap sendiri makanannya, tapi sekarang tidak lagi, hanya terbaring dan mak yang yang akan menyuapkan makan dan minumnya.

Saya tengok emak risaukan nenek...walaupun dihati emak berbuku dan kadang-kadang marahkan nenek (tension agaknya jaga nenek..emak ada darah tinggi pulak tu..lagi la) tapi saya tahu emak sayang dan kasihan pada nenek..buruk baik ..ibu sendiri. Saya tengok nenek makin kurus..sudah tinggal tulang dan kulit sahaja...

Ya Allah ampunkan segala dosa nenek, dia hanya seorang hambaMu yang lemah..permudahkan baki urusannya di dunia ini Ya Allah. Aku mohon yang terbaik untuknya.Amin Ya Rabbil Alamin.

Thursday, April 8, 2010

Balik Kampung dan Birthday Syifa

Pada 26 Mac 2010 lepas..saya diarahkan oleh bos untuk hadir series of meetings berkaitan dgn Banci 2010 di JB..so dengan kesempatan itu..saya berpeluang mengunjungi kedua mertua di Skudai..anak-anak saya bila dengar Mama dorang nak pi outstation..mmg pantang dgr mmg mesti nak ikut..lebih-lebih lagi ke JB..bleh jumpa nenek dan atuk..

last day di sana..atuk dan neneknya sempat le bawak dorang pi Hutan Batu di Mutiara Rini...(ala-ala Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa le..)

Memandangkan kami akan pulang ke Seremban pagi Isnin, malam tu MIL dan FIL nak sambut in advance birthday Syifa (sepatutnya 1 April 2010)...bukan main suka 3 beradik tu..ajak pulak cousin dorang Si Qila dan Abg Saiful..

Syifa..

Muhammad dan Qilah..berpusing satu taman dgn scooter

Fiqa, MIL dan FIL

Muhammad

Fiqah





Birthday Girl..10 tahun dahh



-


-


-


UNTUK SYIFA, MAMA UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR
MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH DAN BERJAYA APABILA DEWASA KELAK

Monday, April 5, 2010

WATER RAFTING @ SG KAMPAR

Tertunai jugak salah satu wish list saya..jom tgk gambar

Tarikh : 3 April 2010
Venue : Sg Kampar, Gopeng
Peserta : 15 OHM + 5 Travel Tales


ni b4 naik raft..kena angkat raft ke sg dlm 100 meter..

tu dia sg kampar kt belakang..
ni kt pekan gopeng..reramai kena naik 'bas' khas ni..kelakau

instructor den tgh bgi briefing ttg safety

hazel, saya dan vee

raft saya disertai oleh garfu, nik, hazel saya dan vee
yang ni sebelum bnermula sume kering lagi..

nilepak2 slps body rafting (float sambil dihanyutkan arus sg)

pedal forward..forward harder

awie, eqin, syed, saya, hazel, vee..sblm body rafting

mencabar..

senget lak gambar ni..

ni di end point...


best..kalu ada peluang nak pi lagi..mungkin kt tempat lain..(hint utk OHM anjurkan lagi white water rafting..hik hik)

Friday, April 2, 2010

Team Building Siri 1..The Story

Tarikh : 19 - 21 Mac 2010

Tempat : Kem El- Azzhar, Morib, Banting

Team building kali ni dirancang bagi merapatkan jurang yang lopong di dalam Bahagian saya...saya dan team telah berusaha untuk mengadakan bengkel ni dengan konsultan yang telah dilantik iaitu ZIQZUL Corp. Seramai lebih kurang 150 anggota telah dibahagikan kepada 2 siri. Pada siri yang pertama ini, saya telah bertugas sebagai urusetia merangkap peserta...

19 Mac 2010

Saya bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pg, maklumlah jarak dari Seremban ke Morib agak jauh juga, peserta dan urusetia lain bertolak dari pejabat di Putrajaya dalam pukul 9.00 pg. Dalam pukul 11pg kami semua sampai lebih kurang serentak.

Selepas sesi pendaftaran, ada kami disajikan dgn welcome drink dan berehat..lepas solat jumaat aktiviti dimulakan di dalam dewan. En Ismail dr ZIQZUL telah membuka tirai dengan pengenalan dan aktiviti ice breaking...pembentukan kumpulan..presentation.

Malam slps isyak, aktiviti perang bermula. Group saya kalah kena underestimated strategi group lawan. Tapi yang penting saya dapati semangat group saya sangat berkobar, bekerjasama dan berani mati..hahaha.

Selepas rehat dan minum malam...aktiviti trekking meredah paya bakau dalam gelap..air laut surut pada waktu ini, hanya lead yg ditengah dan sweeper shj yang pegang torch light...saya org ke 6 kot dr depan..mmg tak nampak ape..jln je le..tapi jalan kat lumpur paya sampai kt lutut menguki keseimbangan badan dan kesabaran. Kami semua berkaki ayam..bukan apa kalu pakai kasut confirm tinggal kasut dalam lumpur. setelah tiba di salah satu benting dan paloh kami disuruh membasuh lumpur dikaki sampai bersih.."Wak" ..panggilan kami kepada guide utk aktiviti ini mula bercerita ttg sedikit kisah PATI yang pernah cuba masuk melalui area yg kami dok berdiri tu..pati ni terkorban kerana menyangkakan mereka telah sampai di daratan, tapi sebenarnya pada waktu tu air laut surut dan mereka ada lebih kurang 30 benting dan paloh yang perlu dilepasi sblm samapi di daratan. Mereka semua menjadi korban..kesian plak aku dgr..mereka menjadi mangsa org yg mengambil kesempatan. Kami balik ikut jeti kem..Memasing balik tido kepenatan..

20 Mac 2010

Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman pagi seawal 7.00pg.. Jumli, anggota drpd office kami telah diberi penghormatan utk menjadi instructor senamrobik..dia siap bw audio system sendiri..caiyokk la. Walaupun stepnya agak mudak tapi dia punya berpeluh..sendiri mau ingat..basah baju..hehehe

Selepas sarapan...aktiviti di dalam dewan..ada games..oh ya..sepanjang 3 hari bengkel ni peserta akan dianugerahkan bintang jika berjaya menjawab soalan atau menang (atas keputusan juri..hihi). bintang ni nanti akan menentukan mereka mendapat gelaran Dato', Tan Sri dan Tun.

Slps mkn tghari, kami yg seramai 54 org dibahagikan kepada 2 kumpulan..satu kumpulan akan main paint ball dan satu kumpulan lagi akan melakukan aktiviti high rope+flying fox dan berkayak. Saya masuk kump main paint ball dulu. Ni le first main paint ball..first time dgr bunyi tembakan dilepaskan pun saya dh kecut..bukan apa sbb terkejut. tp bila dh main..tembak org tak ingat..saya turut ditembak..dikepala dan ditangan..birat tu..lps tu lebam le..group sy dapat no. 2 hehe..

Then kami tukar buat aktiviti saya berkayak dulu..pusing 3x kt tasik tu..best..so relaxing dgn angin bertiup sepoi..then high rope..memula tgk bwh mmg gayat..last2 sy tengok tempat nak pijak je then psycho diri sendiri yang badan dh secure diikat dgn safety rope..kurang skit gayat tu..masa flying fox best..sy tgk depan je..kalu tgk bwh mau sy tak turun..hehehe

Then aktiviti last petang tu..adala eco-challege..iaitu berenang ambik tembikai, bw tembikai berkayak, meniti bw tembikai, tanam duyung bunting dan makan tembikai sampai licin..sy masuk yg berenang dan berkayak..dan last makan tembikai samapi kenyang..hihihi..dpr no. 4 drpd 7...ok la tu..tapi mmg sgt fun

Mlm..samurai warrior games..tgk ketahanan mentak dan fizikal group..lwk skit la..Then kami kami mkn mlm dan seterusnya karaoke..ramai rupanya bakat2 terpendam kt Bahagian saya ni..

Lebih kurang kul 12 semua beransur balik dan tido..

21 Mac 2010

Senaman pagi dan aktiviti indoor di dewan..pertandingan rekacipta dan idea. ada yg emo bertekak mempertahankan idea memasing..hehe..last sekali penyampaian sijil...kami semua bersurai lebih kurang kul 3 ptg..aduh penat!

Gambar2 di bawah tidak ikut susunan..carca marba

Syuk tgh brief psl pejabat impian..group leadership 1

Nyanyi ramai-ramai..

Group 7

kayaking..

tgh tekun dgr intsruction dr Wak
tada...ada jeti tau kt kem ni..
(saya, ida dan amy)

presentation group

flying fox

high rope

tgh tunggu turn naik high rope

tu dia..pasukan paint ball saya nak gi perang
sy baju kuning dgn team

ni gambar kami reramai dgn semua jurulatih..





HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...