Friday, April 23, 2010

Nenek

Nenek...

Nenek dulu orangnya cantik

Menjadi pujaan ramai jejaka

Nenek dulu orangnya gagah dan berani

Menjalankan bisnis

Menjaga kami lima beradik

Kini Nenek..

Sudah diusia senja

Terlantar tak berdaya

Tumpah kasihan padanya

Kami sekeluarga

Pohon nenek melalui saat akhirnya

Dengan mudah


Nenek saya sedang terlantar tak berdaya di rumah. Kami sekeluarga menjaga nenek terutamanya emak. Di masa lalu, saya kira ramai yang tidak begitu menyenangi nenek kerana sikapnya...tapi kini dia tidak berdaya lagi dan mungkin bergelut dengan saki baki usia tuanya. Nenek tidak boleh berjalan lagi kerana terjatuh lebih kurang dua tahun lalu. Pahanya patah dan tulang belakang telah beralih sedikit daripada posisi asal. Penbedahan kecil telah dilakukan. Sejak itu, mak yang menjaga nenek.Saya juga tolong emak jaga nenek. Kadang-kadang kami bergilir kalau nak kelura rumah. Walaupun begitu nenek masih aktif mengesotkan punggungnya untuk bergerak, mengaji, solat dan memanggil cicitnya.. Sejak tahun 2010 ini, nenek tidak lagi mengaji atau bersuara memanggil cicit-cicitnya. Nenek diam sahaja dan tidak membuka matanya. Kalu sebelum tu, nenk mampu duduk dan menyuap sendiri makanannya, tapi sekarang tidak lagi, hanya terbaring dan mak yang yang akan menyuapkan makan dan minumnya.

Saya tengok emak risaukan nenek...walaupun dihati emak berbuku dan kadang-kadang marahkan nenek (tension agaknya jaga nenek..emak ada darah tinggi pulak tu..lagi la) tapi saya tahu emak sayang dan kasihan pada nenek..buruk baik ..ibu sendiri. Saya tengok nenek makin kurus..sudah tinggal tulang dan kulit sahaja...

Ya Allah ampunkan segala dosa nenek, dia hanya seorang hambaMu yang lemah..permudahkan baki urusannya di dunia ini Ya Allah. Aku mohon yang terbaik untuknya.Amin Ya Rabbil Alamin.

No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...