Friday, April 10, 2009

Wish List

Aku pasti setiap dari kita, maksud aku setiap individu pasti ada 'wish list'. Dan 'wish list' tu pulak mesti ada pelbagai kategori. Aku nak share 'wish list' yang kategori satu ni...aku harap aku dapat benda-benda ni sume satu hari nanti..dulu masa bujang tak sempat..hahaha. Aku ingat tunggu anak2 besar sikit, ajak dorang la jadi aku punye team adventure..heheh.


1. Nak dapatkan lesen scuba diving..



2. Sky diving..



3. White Water Rafting


4. Bungee jumping..


Ada lagi..tapi aku nak buat yang ni dulu..hahaha..tah bila la tu?

Tuesday, April 7, 2009

Antara Pendidik dan Pentadbir

Antara pendidik dan pentadbir...masing-masing ada peranan dan tanggungjawab tersendiri. Ni kisah beberapa bulan yang lalu, dimana masa tu aku berbelah bahagi...aku menconggak sendiri pro and kontra kedua-dua peranan, ambil kira pendapat orang-orang terdekat dan solat sunat pohon petunjuk. Setelah beberapa hari, aku tekad untuk jadi pentadbir. Bukan bermakna kerja sebagai pendidik itu kurang bagus...tapi aku rasa terdapat kesesuaian jiwa dengan kerja pentadbir sekarang.

Kalau nak ikutkan mak abah suruh aku jadi pendidik kerana katanya;

" Senang je keje jadi cikgu ni, lebih-lebih lagi bahasa inggeris, budak2 suka"

Pendapat aku:

(Ye ke senang...aku rasa nak mendidik satu tanggungjawab yang besar, dunia perguruan lebih mencabar skrg, tak macam mak abah aku dulu....mak abah pesara guru so mmg mereka akan suka kalu anak perempuan dia ni jadi guru..heheh)

Kata husband aku:

"Jadi gurulah, nanti ada banyak masa dengan anak-anak"

Pendapat aku:

(Ishh..ye la tu..aku tak boleh terima alasan ni..keje pentadbir pun boleh ada banyak masa dengan anak2..Tapi banyak masa pun tak guna kalau tak berkualiti..ye tak?)

Kata anak2 pulak:

"Mama jadilah cikgu..lepas tu Mama ngajar la kat sekolah kita!!!"

Kata aku:

"Kalau Mama jadi cikgu pun, belum tentu Mama boleh mengajar di sekolah korang...hahaha"

Tapi apa-apa pun ini soal hati ..so aku pilih jadi pentadbir. Pada pendapat aku apa jua pun pekerjaan yang kita buat, mestilah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal dan berkat, mengumpul bekal untuk dibawa ke akhirat.

Ya Allah, semoga jalan yang aku pilih ini punya keberkatan dan permudahkan perjalanan hidupku. Amin.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...