Tuesday, April 7, 2009

Antara Pendidik dan Pentadbir

Antara pendidik dan pentadbir...masing-masing ada peranan dan tanggungjawab tersendiri. Ni kisah beberapa bulan yang lalu, dimana masa tu aku berbelah bahagi...aku menconggak sendiri pro and kontra kedua-dua peranan, ambil kira pendapat orang-orang terdekat dan solat sunat pohon petunjuk. Setelah beberapa hari, aku tekad untuk jadi pentadbir. Bukan bermakna kerja sebagai pendidik itu kurang bagus...tapi aku rasa terdapat kesesuaian jiwa dengan kerja pentadbir sekarang.

Kalau nak ikutkan mak abah suruh aku jadi pendidik kerana katanya;

" Senang je keje jadi cikgu ni, lebih-lebih lagi bahasa inggeris, budak2 suka"

Pendapat aku:

(Ye ke senang...aku rasa nak mendidik satu tanggungjawab yang besar, dunia perguruan lebih mencabar skrg, tak macam mak abah aku dulu....mak abah pesara guru so mmg mereka akan suka kalu anak perempuan dia ni jadi guru..heheh)

Kata husband aku:

"Jadi gurulah, nanti ada banyak masa dengan anak-anak"

Pendapat aku:

(Ishh..ye la tu..aku tak boleh terima alasan ni..keje pentadbir pun boleh ada banyak masa dengan anak2..Tapi banyak masa pun tak guna kalau tak berkualiti..ye tak?)

Kata anak2 pulak:

"Mama jadilah cikgu..lepas tu Mama ngajar la kat sekolah kita!!!"

Kata aku:

"Kalau Mama jadi cikgu pun, belum tentu Mama boleh mengajar di sekolah korang...hahaha"

Tapi apa-apa pun ini soal hati ..so aku pilih jadi pentadbir. Pada pendapat aku apa jua pun pekerjaan yang kita buat, mestilah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal dan berkat, mengumpul bekal untuk dibawa ke akhirat.

Ya Allah, semoga jalan yang aku pilih ini punya keberkatan dan permudahkan perjalanan hidupku. Amin.

5 comments:

Dee said...

jd guru tu satu tugas yg mulia..tp kenalah disertai dgn minat..sy xleh jd guru..sy garang..huhuhu..tugas guru skrg mkn mencabar..sbb anak murid ramai yg dh kurang ajar..sedihnyer..

MrsMama said...

saya pun sama tak sesuai...takut nanti budak2 kata ni cikgu ke tarzan?

adiratno said...

Diana,

Saya dulu Cikgu Kontrak, sekarang nie kontraktor pulak...heh..heh..heh

DzuLagiL said...

salam 'alaik....
ada pesanan utk saya x?
saya nie kira cam bakal pendidik.....
student lg...

Diana AR said...

En Adi,

Sy ni kontraktor x bertauliah..bila la agaknya nak jd bertauliah.

DzuLagiL,

Pada pandangan peribadi saya, pendidik adalah satu kerja yang mulia, harus punya banyak kreativiti, sentiasa berusaha dan x kenal erti putus asa berhadapan dengan karenah anak didik terutamanya...selain drpd harapan ibu bapa yg tinggi dan ekpektasi prestasi yang tinggi oleh rakan setugas serta pihak atasan. Niatkan dihati supaya pekerjaan ini adalah untuk mencari rezeki yang halal dan berkat...then everything will goes along well.Selamat maju jaya.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...