Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010

Tetiba aku ambil masa sikit flash back semula, beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 ni. Yelah kan macam kat di suratkhabar tu. Muhasabah diri. Sebenarnya banyak juga perkara yang boleh dianggap penting atau besar yang berlaku pada tahun ni. Macam benda penting yang telah saya present masa perbentangan perancangan SKT 2011 minggu lepas depan bos.

Walaupun ada yang baik dan ada yang kurang baik, saya merasakan akhirnya yang kurang baik menjadi baik juga. Ish, faham ke kalau orang baca ni. Sesungguhnya Allah Lagi Maha Mengetahui. Yakin dan tawakal ajelah dgn Allah. Wallahualam.

Thursday, December 9, 2010

Urusetia Kursus

Weekend lepas bertugas mengurusetia kursus di Tekam Plantation Resort, Jerantut. Aktiviti dan penceramahnya bagus.

Berpeluang memasuki Gua Kota Gelangi, bas rosak, bina dan naik rakit dll.. mmg seronok tumpang seronok peserta2 jugak


team urusetia


lepas naik rakit

Thursday, December 2, 2010

Buat Baik DiBalas Baik?

Kita sebagai seorang manusia biasa memang sentiasa mengharapkan orang lain berbuat baik pada kita, menghormati kita, menyayangi kita dan mempertahankan kita atau apa-apa sahaja yang baik-baik dan yang indah-indah.

Tapi jarang kita sedar bahawa untuk mendapatkan semua itu, kita sendiri perlu melakukan semua kebaikan-kebaikan tersebut terlebih dahulu.

Tentu sedih rasanya apabila madu yang dibagi tapi mendapat hempedu sebagai balasan.

Kita juga kekadang merasa sangat yakin bahawa kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan itu adalah yang terbaik dan sangat memadai. Betulkah terbaik? Betulkah memadai? Adakah ianya cukup untuk kita mendapatkan kebaikan juga sebagai balasannya?

Selalulah fikir bahawa kebaikan yang kita buat kepada orang lain itu takan penah cukup untuk memuaskan hati mereka, Itulah manusia. Tapi Allah sentiasa memberikan rahmat dan nikmat tanpa kita sedar. Walaupun manusia kekadang alpa dengan suruhanNya. Tapi Dia Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi. Sentiasa ada peluang kedua, sentiasa ada keampunan, sentiasa mencurahkan kebaikan-kebaikan buat kita. Alhamdulillah.

Monday, November 29, 2010

Rindu

Dua minggu ni anak-anak di rumah Atuk dan Nenek mereka di Skudai Johor, rasa sunyi dan rindu pada mereka. Anak2 usahkan lagi. Tiap2 hari menelefon paling kurang SMS. Mentang2lah saya baru belikan akaun prepaid untuk mereka dengan hp lama sy tu. Baru satu hari dah kata rindu dan tanya bila nak jemput...aduhai. Mamanye pun rindu jugak..huhu






Monday, November 1, 2010

Hidup beberapa jam saja?

Baru-baru ni, aku baru saja khatam membaca Solusi isu 24. Betapa singkat hidup manusia di dunia ini, umpama menduduki peperiksaan selama 2 setengah jam (mengikut umur Rasulullah SAW iaitu 63 tahun). Yelah jika 1000 tahun bersamaan 1 tahun di akhirat... kojap jo tu. Memang dalam waktu yang singkat tu kita ni dalam ujian la gamaknya...lulus ke aku huhu

So, berlumba-lumbalah kita meningkatkan taqwa dan amal makruf ...wallahualam



Friday, October 22, 2010

Why Why Tell Me Why

Dalam kejadian sehari-sehari kita, semuanya telah tertulis takdir kita sebagai manusia di muka bumi ini. Takdir-takdir ini juga telah dipertonton kepada roh kita dari kita lahir hinggalah kita mati sebelum roh kita ditiupkan ke jasad oleh Allah. Namun roh kita, walaupun dah dipertontonkan baik buruk, suka duka, cabaran hidup di dunia ni, roh kita masih mahu dilahirkan ke dunia. Maknanya kita sebenarnya telah cukup tabah dan mampu untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran di dunia ini kerana sebenarnya , roh kita telah terlebih dahulu tahu apa yang telah terjadi pada diri kita.

Bila dilahirkan jadi manusia, kita takan ingat. Cuma kita kena berpegang bahawa tiap-tiap apa yang berlaku tu ada sebab dan musababnya. Cuma kita sebagai manusia biasa tak terjangkau pemikirannya tentang semua sebab dan musababnya. Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Manusia pula, jika melakukan sesuatu mesti ada sebab dan musabab tersendiri juga.. hanya diri dia sahaja yang boleh jawab. Jadi, jawablah soalan saya kenapa?

Jangan jawab takdir. Memang la takdir. Tapi mesti ada sebab dan musababnya kan?

Tuesday, October 19, 2010

Penyakit Pendatang Asing Yang Kerja Kat Kedai Mamak

* Dipetik dari emel yang diterima....TQ Bos! Jadilah Pengguna yang bijak! Harap tak pening bila baca..dah edit pun dia jadi gitu jugak..so saya color

----------------------------------------------------


::BACA!-jangan abaikan, sekadar memanjangkan..Paparan saya, Tafsiran anda….Ambil Pekerja Asing Tamparan Hebat Bakal Berlaku. Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.



Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.



Hanief: Saya tak berapa pasti pula.



Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.



Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.



Uncle M: Tahu tak mana puncanya?



Hanief: ...



Uncle M: Kedai Mamak.



Hanief: Haha... Kedai Mamak?



Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.



Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?



Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.



Hanief: Hahahaha...



Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.



Hanief: Dah pulih ke dia?



Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.



Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?



Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!



Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.



Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?



Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.



Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?



Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.



Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?



Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?



Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.



Hanief: Logik juga ya?



Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kaufikir-fikirkanlah lepas ni.



Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.



Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racunserangga dia tinggi.



Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.



Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.



Hanief: Painkiller ke?



Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant . Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.



Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.


Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.



Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?



Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?



Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang .



Liana meninggal dunia akibat batuk kering ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam. from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM



Amaran tibi...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian.from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM


Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia ...akibat penyakit batuk kering (Tibi).from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM



Hasil kajian INFORMM diiktiraf ...taun dan batuk kering .from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM



Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak... batuk kering (TB) dan hepatitis.from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM



Bekas polis derita sakit ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru.from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM



Tiga peratus warga asing bawa penyakit ... batuk kering , sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM




4,000 pendatang bawa sifilis ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu.from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM



2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu.from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM



Pendatang hidap HIV dihantar pulang ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini.from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM



Renung-renungkan dan sebarluaskan untuk mengelakkan jangkitan bila makan di kedai/restoran mamak ….


Monday, October 18, 2010

Blog saya telah ditutup beberapa sebelum ni kerana masalah yang tidak dapat dielakkan.. akan bersambung seperti biasa bila idea dah mari nanti..hehe

Monday, September 27, 2010

Terkesan di Hati

Saya ingin berkongsi artikel yang dipetik daripada blog Ustaz Pahrol bin Mohd Juoi di gentar-rasa.com

SELAMATKAN DIA DARI NERAKA!
“Jika bersedekah, niatkan atas nama dan bagi pihak isterimu. Bantulah mereka dengan pahala sedekah kerana ramai para isteri yang akan menjadi penghuni neraka!”

Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang ustaz sewaktu memberi kuliah di sebuah masjid di Putrajaya baru-baru ini. Sele¬pas itu beliau terus membacakan hadis yang menjadi sandaran hujahnya itu dengan begitu lancar dan fasih.

Pada hari esoknya, saya menyemak hadis itu dengan bantuan seseorang yang sangat saya hormati kepakarannya. Beliau dengan segera memberikan nombor rujukan hadis itu dan sumbernya. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: “Suatu ketika Rasulullah s.a.w. keluar pada Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri menuju ke tempat solat dan melalui sekumpulan wanita. Beliau bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’

“Salah seorang wanita yang fasih dan bijak bertanya: ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab: ‘Kalian banyak melaknat dan durhaka terhadap suami. Dan tidaklah aku menyaksikan orang yang memiliki ke¬kurangan akal dan agama yang dapat meng¬hilangkan akal kaum lelaki yang setia daripada salah seorang antara kalian.’
“Mereka bertanya lagi: ‘Apa yang dimaksudkan dengan kekurangan agama dan akal kami wahai Rasulullah?’

“Baginda menjawab: ‘Bukankah kesaksian seorang wanita sama dengan separuh daripada kesaksian seorang lelaki?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata lagi: ‘Bukankah apabila wanita mengalami haid maka dia tidak melakukan solat dan puasa?’ Mereka menjawab: ‘Benar.’ Baginda berkata: ‘Itulah (bukti) kekurangan agama¬nya.’” (Riwayat al-Bukhari no. 298)

Oleh sebab itu, setiap suami yang men¬cintai isterinya pasti berasa bimbang de¬ngan amaran dan peringatan daripada hadis ini. Betapa tidak, tegakah kita melihat isteri yang tersayang terhumban ke dalam neraka hanya kerana lidahnya yang memaki hamun dan hatinya yang tidak bersyukur? Cakap suami dilawannya, dibentak dengan suara yang tinggi. Mulutnya begitu berbisa, tajam dan menyakitkan.

Isteri yang sedemikian perlukan bantuan. Dia sedang “sakit”. Tetapi bukan mudah membantu orang sakit yang sentiasa berasa dirinya benar dan sihat. Silap pendekatan, dia jadi semakin menyinga. Isteri begini terlupa bahawa selagi suami tidak menyuruh kepada yang haram dia wajib taat. Dia terlupa membesarkan pemberian suami yang kecil. Dia sudah tidak ingatkan lagi bahawa jalannya menuju ke syurga adalah melalui pintu gerbang ketaatannya kepada suami. Malu, taat, setia dan khidmatnya hanya untuk manusia bernama suami.

Kepenatan menguruskan rumah tangga bukan alasan untuk meninggalkan perkara-perkara asas yang menjadi teras kerukunan rumah tangga. Begitu juga jika dilihatnya ada kelemahan dan kekurangan pada diri suami… Itu tidak boleh dijadikan sebab untuk melawan dan memberontak. Selagi tidak menyalahi aqidah dan syariat, maka selagi itulah isteri wajib patuh.

Belajarlah daripada Asiyah isteri kepada Firaun laknatullah. Walaupun suaminya sejahat-jahat manusia tetapi dia masih mampu menjadi isteri yang solehah hasil ketaatan dan kebaikan yang dicurahkan kepada suaminya. Kecuali menyembah tuhan selain Allah, itu sahaja yang tidak dituruti oleh Asiyah. Segala suruhan Firaun yang selain itu dilaksanakannya dengan sepenuh hati. Ertinya, beliau terus melaksanakan perintah yang baik walaupun datangnya daripada seorang yang jahat.

Para isteri harus sedar bahawa mereka tidaklah sebaik Asiyah dan suami mereka tidaklah sejahat Firaun. Hanya kadangkala suami terlupa, sedikit berang kerana keletihan, menjadi penyengap kerana ada sesuatu yang dirisaukan, tidak senyum kerana masalah di luar rumah, maka si isteri jadi pemarah, pendendam dan peleter yang tidak mengenal maaf.

Lunak Berbahasa
Ingatlah bahasa yang baik datang dari orang yang baik. Tetapi jika bahasa kasar, kesat dan kotor itu petanda jiwa yang kotor. Bahasa dan kata sangat besar kesannya dalam hidup berumah tangga. Diceritakan dalam kitab-kitab tradisional bahawa bahasa si isteri apabila berkomunikasi dengan suaminya hendaklah menggunakan bahasa yang baik. Masih ingat apa pesanan Allah kepada Nabi Musa a.s. ketika baginda diperintahkan bertemu dengan firaun?
Firman Allah yang bermaksud: “Dan berkata-katalah kepadanya (firaun) dengan lembut dan baik. Semoga dia mendapat peringatan.” (Surah Taha 20: 44)

Hanya dengan bahasa yang lembut, intonasi yang lunak dan adab yang sopan, hati suami akan “cair” dan kasih. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dan intonasi yang tinggi akan ditolak secara terang-terangan atau secara diam-diam walaupun isi¬nya kebenaran dan kebaikan.

Allah mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud: “Jika kamu kasar dan keras nescaya orang akan lari dari kamu.” (Surah Ali ‘Imran 3: 159)

Menurut kajian, sikap cerewet adalah salah satu punca yang menyebabkan rumah tangga tidak bahagia. Isteri yang cerewet hanya nampak yang cacat, busuk, kurang, pahit dan yang hal-hal yang negatif sahaja. Sedikit tersilap, boleh menjadi punca ke¬marahan yang berjela-jela dan sukar direda¬kan. Ada sahaja yang tidak kena kerana dia memang mencari yang “tidak kena”. Dia sering berjaya mencari “nila yang setitik” untuk merosakkan susu yang sebelanga.

Tindakan suka melaknat dan tidak mem¬besarkan pemberian suami ialah penyebab utama kebinasaan kaum wanita. Namun itu bukan bererti suami harus berlepas tangan dan berasa selamat dengan autoriti serta haknya sebagai suami. Si suami harus ingat jika isteri berterusan dalam keadaan begitu dia juga tidak selamat. Mengapa? Dia wajib mendidik dan menyelamatkannya. Isteri yang baik akan lebih mudah masuk ke dalam syurga sekalipun suaminya jahat, tetapi suami yang baik sangat sukar masuk ke syurga jika isterinya jahat.

Selamatkan Isterimu
Di bahu para suamilah letaknya tanggungjawab menyelamatkan isteri yang suka melaknat dan tidak bersyukur itu. Se¬lain istiqamah mendidik dan memberi peringatan, si suami harus tidak jemu-jemu mendoakan isteri yang sebegitu. Dan yang paling penting bantulah mereka agar sering bersedekah dan bersedekahlah bagi pihak mereka. Jangan hanya mengeluh dan me¬mendam rasa tetapi berusahalah memperbaiki keadaan dengan tindakan-tindakan yang lebih konstruktif dan produktif.

Bagi suami yang pemberang pula ingat, jangan lawan api dengan api… nanti rumah tangga terbakar dan cinta akan terpadam. Tidak semua leteran kerana kebencian, tetapi kekadang lebih kepada luahan. Justeru bersabarlah pada sesetengah leteran yang hakikatnya hanya satu rintihan dan pengaduan.

Contohi Sayidina Umar al-Khattab yang rela “menelinga” dan berdiam diri dengan leteran isterinya lantaran menghargai ke¬susahan isterinya yang keletihan mengurus¬kan rumah tangga dan menjaga anak-anak. Padahal Umar di luar rumah bukan sahaja digeruni oleh musuh-musuh¬nya, bahkan syaitan sekalipun tidak akan lalu di tem¬pat dia lalu! Sebagai suami, Umar sedar bahawa bukan semua leteran itu satu kebejatan tetapi banyak antaranya hanya satu luahan cinta daripada kekasih yang keletihan!

Jadi didiklah para isteri agar selalu dan sering bersedekah. Bersedekah itu bukan sahaja dengan harta tetapi dengan tenaga, meluangkan masa dan tenaga ataupun sekadar memberi senyuman. Itu ialah saranan daripada Rasulullah s.a.w. sendiri untuk tidak tergolong dalam gerombolan majoriti wanita yang akan dihumban ke neraka. Carilah ruang dan peluang untuk memberi sedekah kepada anak-anak, suami, jiran tetangga, kaum kerabat, mentua, saudara dan lain-lain anggota masyarakat.

Dalam sejarah hidup wanita-wanita solehah kita akan lihat bagaimana mereka sangat melazimi cara hidup yang mudah bersedekah ini. Siti Khadijah, Siti Aisyah, Siti Zainab dan lain-lain Umahat al-Mukminin ialah wanita yang terkenal banyak bersedekah. Ini adalah satu lagi isyarat untuk wanita-wanita selepas generasi mereka dan khususnya generasi kini agar bersedekah untuk menyelamatkan ketelanjuran lidah yang berbisa dan hati yang tidak membesarkan jasa.

Bersedekahlah kerana cinta. Si isteri bersedekah kerana cintanya kepada diri sendiri yang sentiasa terdedah kepada kejahatan lidah dan hati. Si suami bersedekah kerana cintakan isteri agar terselamat daripada neraka. Insya-Allah, Allah akan “menyedekahkan” mereka berdua dengan cinta-Nya. Dan dengan sedekah cinta itu mereka akan bercinta hingga ke syurga!

Bila Isteri “Mengamuk”

Kekadang isteri mengamuk
Dengan ombak prasangka dan lautan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Atau apakah kau sedang berkira-kira
hendak “mendua”, “mentiga” dan “mengempatkan”ku?

Kekadang disergahnya suami
Ketika keringat masih membasah
Baru melangkah masuk pintu rumah

Ketika itu muhasabahlah diri
Mungkin suami berdosa dengan Tuhan,
atau bersalah dengan insan
Mungkin banyak penzaliman dan penganiayaan yang telah dilakukan
Lalu datang “serangan” itu sebagai peringatan

Suami,
Hadapkanlah diri ke cermin hati
Kaji dirimu satu persatu
Kalau liar, berhentilah
Kalau berdosa, bertaubatlah.

Jangan berkira-kira hendak “berdua”
kalau yang satu itu pun tak mampu dijaga
Jangan kemampuan harta dan fizikal sahaja diperhitungkan…
Tetapi mampukah meratakan keadilan
memimpin penuh kasih sayang?

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
Nasihatkanlah dia baik-baik
Ingatlah mestika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayyub.

Atau ingatlah pesan Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami
yang dileteri isteri:
“Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri
telah banyak membantu kita
Dia yang menyelamatkan kita
daripada amukan nafsu
Dia yang membantu menjaga anak-anak kita
Dia yang membantu menjaga
makan minum kita
Dia yang mencuci kain-baju kita
Dia yang membantu membersihkan
rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?”

Taburkanlah segenggam salji
pada secubit api
Insya-Allah,
cinta itu akan semarak kembali!

Monday, September 20, 2010

Menjelang Syawal 1431H

Menjelang raya tahun ini saya diduga. Beberapa hari juga susah nak lelapkan mata dan bila dah tidur tak pula lena. dalam kepala otak banyak persoalan yang tak terjawab. Kenapa? Bila? Apa? Bagaimana? di mana? Nak bertanya direct kang takut salah gaya.. lain jadinya. Mood beraya tinggal suam2 kuku. Mujurlah mak ayah mertua, adik ipar dan biras serta anak2 jadi penguat semangat. Mak2 sedara dan Pak2 sedara jugak bagi kata semangat.

tahun ni beraya di rumah mertua di JB

Tuesday, September 7, 2010

Aidilfitri 2010


Hari ini opis makin lenggang... esok lagi la rasanya kurang orang. Saya sendiri akan mula bercuti esok hingga minggu depan seminggu.. seronok nak cuti...lebih drpd budak sekolah plak hehe.. Raya tahun ni balik selatan.. MIL dah pesan siang2 jgn tak jadi balik sbb kalu tak cam tak beraya katanya sebab anak2 saya lah yg buat meriah.

Rumah mak saya sendiri, malam ni dah janji nak cat dinding dapur.. kena la amik hati sikit sebab saya takde nanti nak tolong dia time nak masak rendang, nasi impit bagai.. lepas tu dengan orang datang takbir raya kat umah pada malam raya nanti.. kalu nak tahu kat umah mak aku mmg dari dulu2 lagi tradisi..akan ada rombongan ahli surau bertakbir dari rumah ke rumah. Biasanya selain hidang kuih biskut raya tu.. kami akan sediakan satu hidangan khas yang lain la macm soto ke, mee goreng ke atau yg sewaktu dengannya la hehe. Tapi ok kot kakar ipar saya ada yang dua orang tu..boleh la tolong2 mak.

Dengan kesempatan ini, saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua!


Tuesday, August 10, 2010

Rentetan Kisah - Anak Cepat Belajar dr Ibubapa

Kisah 1 - dlm kete on the way to KL. Muhammad dan Fiqa duduk di tempat duduk belakang, Syifa di depan dan saya memandu

Fiqa : Tepi la sikit! Muhammad ni sibuk la.. sempitla..( anak saya yg sorang mmg perengus kalau mood kurang baik)

Muhammad : (Diam je.. muka dah sedih.. jelas kelihatan dari cermin pandang belakang)

Mama : Kakak kenapa marah2 sangat ni. Sian Muhammad tu.. dah sedih muka dia. Cuba tarik nafas... tarikkkk dalam2 ikut hidung, lepas ikut mulut fuhhhhh! cepat ikut Mama (saya pun siap demonstrate lagi heheh. At least muka2 tegang dlm kete dh kendur sikit)


Adeh.. alahai!

Kisah 2 - kat rumah depan TV. Muhammad memang suka nak duduk berpangku dengan Mamanya walaupun dah besar.

Mama : Ya Allah! Muhammad pijak kaki Mama! (kaki saya bengkak belah kiri telah dipijak oleh Muhd secara tak sengaja)

Muhd : (Muka bersalah) Sorry sorry. Mama tarik nafas lepas.. tarik nafas lepas

Mama : (saya dgn automatik ikut apa yg dia suruh) Hahahaha..pandai la Muhd ni (Allahuakbar budak sorang ni.. hilang sakit saya. Dia kata gitu mungkin sbb dia tgk muka saya tgh tahan sakit ataupun muka saya mcm nak start marah dia)


Adeh! Alahai...

Selamat Berpuasa!

Kedatangan Ramadhan saya berazam utk beribadah lebih dari biasa.. bulan2 bukan tak buat tapi bulan Ramdhan pahalanya berganda2.. jadi saya kena rebut peluang ni. Harap semua juga begitu!

Sempena bulan bulan yang mulia saya doakan agar semua umat islam mendapat rahmat dan keberkatan!

Thursday, August 5, 2010

Bertambah Umur

Untuk dua beradik ni besdanya di sambut sekali memandang tarikh lahir tak jauh sangat. Muhammad Firdaus pada 26 Julai dan Nur Syafiqah pada 4 Ogos. So, Sabtu lepas setelah persetujuan dicapai sambutan diadakan dengan ala kadar. Kebetulan Pak Ngah dan Mak Ngah mereka serta Eidris baru tiba dr Turkministan... agak meriah sikit la. Gambar kurang bermutu le kerana Mamanye belum mampu nak beli kemera, hanya guna kemera hp jer..

kek yg simple jer.. janji coklat.. kalau rasa lain anak saya dia kurang sikit

tu dia!.. teruk na gaya motong kek tu

nyum sedap


tu dia Eidris! makin cute

sempat gak masak spaghetti

slurrpp!

muhd ni mmg tak suka kuah spaghetti banyak.. ala2 aje.. janji ada rasa

Mama doakan Fiqa dan Muhd jadi anak yang soleh, berjaya dalam hidup dunia akhirat, dikasihi dan dirahmati Allah selalu, murah rezeki... dan semua yang baik2 belaka lah.. Amin


Tuesday, August 3, 2010

MeNgEjAr OmBaK di PD

Kejadian hari Sabtu, dua minggu lepas... setelah lama dituntut oleh anak2 untuk mandi laut setelah sekian lama.. sementelah PD tak lah begitu jauh dari rumah.. rancangan utk ke sana adalah ad hoc (ikut suka drivernya nak pergi bila.. hehe) Sang suami tak dapat ikut sebab kerja.. Si ibu berbondong-bondong dengan anak-anak, siap mendirikan khemah bagai.. nasib baik tak berbbq.. kalu tak dasat la namanya..

Kali ni, spot kami adalah pantai Teluk Kemang atau batu 8, orang ramai macam biasa.. tapi kami ada spot kami tersendiri..
tgk tu! sikit punye suka dapat mandi laut

main pasir time

tak pasti apa yg cuba dibina oleh kedua beradik ni.. hihi

syifa dikambus oleh muhammad
muhammad pula dikambus oleh kakaknya

fiqa tak join kambus mengambus.. buat istana kononnya

aaaaa.. tolonggggg saya nak kena tanamm!

Hanya sempat merakamkan aktiviti bermain pasir.. aktiviti mandi manda tak dapat dirakam sebab juru tangkap gambarnya telah menerjunkan diri bersama anak-anaknya..hahaha


Thursday, July 15, 2010

Satu Ujian Keimanan

Baru balik dari forum mengenai Israk dan Mikraj: Satu Ujian Keimanan. Moderator oleh Ustaz Taufik Yusuf dan panelnya pula oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor dan Ustaz Yusri Musa Al Yamani dari Malaysia Care (NGO yang terlibat dalam misi kapal yang diserang zionis tidak berapa dulu). sungguh kejam Yahudi ni... sempat melihat gambar dan video...serangan di kapal tersebut.. mangsa bom fosforus.. mmg menyayat hati. Apa yang jelas jajahan terhadap bumi Palestine adalah rancangan startegik Yahudi yang mengambil masa puluhan tahun yang mana sekarang yang tinggal hanyalah hanya sedikit termasuk Tebing Gaza.

Menurut panel, yang boleh kita buat sebagi orang biasa:-

1. teruskan berdoa
2. berikan sumbangan yang mampu
3. boikot barangan yahudi ni..

Wednesday, July 14, 2010

ANDA DAH DI BANCI?


Tahukah anda yang Banci Penduduk dan Perumahan sedang berjalan sekarang? Bermula pada 6 Ogos hingga 22 Ogos 2010 ni. Sudahkan anda dikujungi Pembanci? Maklumat anda semua penting bagi merancang pembangunan negara.

Maklumat lanjut boleh tgk laman web Jabatan Perangkaan Malaysia.

kalau nak senang anda boleh isi borang banci online, just hubungi Call Centre 1-800-88-7828 untuk dapat ID.

* rumah saya first day lagi Pembanci dah datang dan borang diisi secara manual oleh Abah saya dgn bantuan Pembanci.

Monday, July 12, 2010

Upah

Jumaat malam lepas, saya dan anak2 ngecat feature wall bilik tido saya, warna dark purple gitu... siap buat corak lagi, tapi adrenalin mengecat terencat pasal cat tak cukup..harus la nanti gi beli cat esoknya. Esoknya lepas breakfast, ngecat ruang santai/ tv pula. Cat warna yg safe color cream (ni abah saya yang beli, kalu saya beli takde color safenye mesti color yg extraordinary skit..kahkahkah) Kami ni duduk dgn my parents... so kalo bab ngecat mmg mak aku pass kat aku drpd upah kat orang baik dia upah anak dia..heheh (sbb saya mmg suka bab ngecat umah ni, mcm artwork dan mendatangkan kepuasan), adik yg saya bujang ada, tp somput tak bleh nak bau cat..nanti somput dia mari..heheh. Mak saya sangat beruntung sebab ada 3 lagi sukarelawan yang tolong ngecat hahaha (cucu2 dia la tu..tak suruh pun nak tolong). Gambar dorang tgh ngecat tak snap la plak.. sebab mama dia pun teruja jugak bila nak buat keje ngecat ni hehe.. (cakap anak dia, dia yang lebih..huhu)

bilik - kat atas yg putih masih belum di cat..pintu tu nak cat warna putih

Waktu Zuhur masuk je, kami dah siap cat 2 dinding, satu dinding tu nak cat color dark skit jadikan feature wall... projek ditangguhkan sbb cat belum beli. Ok sapa nak ikut mama keluar? melompat memasing! Saya nak belanja dorang tgk wayang sbb tolong ngecat! dorang nak tgk citer Eclipse.. ish ish ish anak sapa la ni? tapi bila sampai TGV JJ S2, tiket citer Vampire vs Werewofl dah sold out ari tu.. sob sob..dorang dah tarik muka dah.. sian..tapi aku beratur juga beli tiket utk Ahad nye show pepagi kul 11.. muka berseri balik bila mama dia belanja tgk 2 movie 2 hari berturu2 ..yehaa! Petang tu kami tgk citer Despicable Me on 3D , rabak poket saya..tapi bila ingat dorang dah tolong ngecat..ni upah utk dorang..hihih. Ohh sungguh lawak kartun ni.. hillarious... gelak tak ingat ... bab sedih pun ada jugak but sgt sgt sarankan sesapa yang ada anak gi tgk citer ni..

Citer mengenai Mr Gru yang ada rancangan jahat nak curik bulan.. hah bulan? gilo apa? hahaha..dia nak buat loan nak buat roket kat satu bank yg biaya projek jahat macam tu.. bulan tu akan dishrink kan dgn satu alat yg akan dicuri...

So untuk melunaskan niat jahat dia tu.. dia telah amik anak angat nama margo, edith dan agnes... mereka ni sangat comel.. Mr Gru jugak ada pekerja yg mahluk kuning tu..apa tah nama dia aha..minions!

Macam2 yg berlaku... and sweet


gerek la 3D glasses ni!

muhammad

fiqa

syifa

Besoknya lepas breakfast dah keluar sbb show kul 11.00 pagi.. Eclipse..best jugak..suka time dorang bertempur dgn newbie vampire tu.. Edward sungguh sabar..Jacob yg pushy..Bella yg confuse... orang kata kalu baca buku dia lagi best.. alamak tak rajin la nak baca.. hehe tgk movie je le..


mama ni asyik tangkap gambar je..


popcorn.. yummy.. yummy

Monday, June 28, 2010

Finding Nemo

Sabtu lepas, saya tidak melepaskan peluang apabila satu sesi pengenalan kepada aktiviti Scuba Diving diadakan pada di kolam renang, Pusat Latihan Maybank Bangi yang diselaraskan oleh Abang Aenal (orang yang bertanggungjawab promote aktiviti ni di OHM, Abg Aenal nak masuk level Rescue Diver) Kalau nak tahu SCUBA tu maksud dia Self-Contained Underwater Breathing Apparatus..selama ni saya tak tau pun..kuang kuang. Sesi ni diadakan oleh Scuba Kids (bukan untuk kids saja yer...big kid, mak kid, bapak kid pun boleh..)

So 10.30 pagi dimulakan dengan sesi briefing oleh pengasas Scuba Kids iaitu En Syed Abdul Rahman, tayangan video dan disambung oleh En Dollah (pegawai JPAM, dah level dive master dia ni..org Sabah bah)..lepas diberi taklimat tentang peralatan, pakaian yang sesuai, cara2 berbahasa isyarat dalam air..dah lain2..apalagi tukar baju mandi...pakai wet suit (yang ni pinjam la..perasan jadi diver kejap..hua..hua..hua)

Masuk kolam, kami diajar cara nafas ikut mulut..ish mmg janggal juga pada mulanya..have to remind the brain that have to breath thru your mouth..celup2 muka dulu. Tong udara tu dalam air tak berat dan dalam tong tu bukan oksigen ye..udara biasa yang kita sedut hari2 tu dimampatkan. Pastu bagi nak bagi tenggelam kena letak weight (besi ketul).. kalu tak terapung je la, tak tenggelam... masuk.. dalam.. berlutut.. meniarap lagi... Perasaan tak bleh nak citer.. macam satu alam lain plak..(ni baru kat kolam..belum gi laut..haha)

Oh ye! kaum perempuan dibantu oleh Kak Zila Zain ,dia ni artis, hasil seni beliau dipamerkan di KL, Penang..luar negara pun ada. Beliau ajar kanak yang join scuba kids melukis dalam air.. wow!. Kemudian kami ditest oleh En Dollah untuk buka regulator (alat yang pakai mulut tu) then lepas nafas.. (buble will come out from our mouth) then pasang balik..(ada teknik mcm mana nak buat.. kalu sapa terer boleh bukak mask sekali dan pasang balik).

Lebih kurang sejam jugak dikolam.. biasala.. sesi bergambar.. klik klik.. lepas tukar baju..perut lapar pulak..makan tengahari disediakan oleh pihak Scuba Kids (yummy.. yummy!) sambil borak2. So ada 6 ahli OHM yang interested nak ambil license open water... RM1200 sajork (bleh.. saya salah seorang yang nak minat.. ada 2 sesi training kat pool dan 2/4 sesi training kat laut (pulau)..cant wait! Lepas raya kot mula..kalau ada sesapa nak join boleh tgk blog OHM..

Ok..berjumpa lagi di kedalaman yang lain!



Friday, June 25, 2010

Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

Sebagai pengajaran ringkas buat para suami.
Antara Kesalahan Lelaki (Suami)

1. Lalai Berbakti kepada orang tua setelah menikah

2. Kurang serius dalam mengharmonisasikan antara isteri dan org tua

3. Ragu dan buruk sangka kepada isteri

4. Kurang memiliki sikap cemburu terhadap isteri

5. Meremehkan kedudukan isteri

6. Melepaskan kendali kepemimpinan & menyerahkannya kepada isteri

7. Memakan Harta isteri secara batil

8. Kurang semangat dalam mengajari isteri ajaran-ajaran agamanya

9. Bersikap pelit terhadap isteri

10. Datang secara tiba-tiba setelah lama pergi

11. Banyak mencela dan mengkritik isteri

12. Kurang berterima kasih dan memotivasi isteri

13. Banyak bersengketa dengan isteri

14. Lama memutus hubungan & meninggalkan isteri tanpa sebab yg jelas

15. Sering berada di luar rumah & jarang meluangkan masa dengan keluarga

16. Interaksi yang buruk dengan isteri

17. Tidak menganggap penting berdandan untuk isteri

18. Kurang perhatian terhadap Doa yang dituntut ketika menggauli isteri

19. Kurang memperhatikan Etika, Hikmah dan Hukum hubungan badan

20. Menyebarkan rahsia ranjang

21. Tidak mengetahui kondisi biologis perempuan

22. Menggauli isteri ketika haid

23. Menggauli isteri pada duburnya

24. Memukul isteri tanpa alasan

25. Kesalahan tujuan poligami

26. Tidak bersikap Adil antara beberapa isteri

27. Terburu-buru dalam urusan Talak

28. Tidak mahu mentalak, padahal sudah tidak mungkin ada perbaikan & keserasian

29. Mencela isteri setelah berpisah dengannya

30. Menelantarkan anak-anak setelah mentalak isteri

31. Kurang setia terhadap isteri

32. Kurang puas dan selalu melirik perempuan lain

*Diambil dari FB Ustaz Zaharuddin di sini

Wednesday, June 16, 2010

Belajar Daripada Alam

Saya sangat tertarik dengan isu majalah solusi isu no. 20. Isu kali ni mengupas bagaimana kita harus belajar daripada alam. Almaklumlah sekarang saya sedang giat mendekat diri dengan alam..rasanya itu satu salah satu langkah nak dekat dengan Penciptanya. Ramai yang memuji dan kagum dengan kejadian alam tapi jarang dan kagum dengan Penciptanya. Antara isi yang artikelnya adalah pandangan tehadap alam terbahagi kepada 4

1. Pandangan zahir semata-mata –melihat alam dengan pandangan biasa

2. Pandangan nafsu-melihat alam sebagai alat alat untuk capai hasramt yg tak baik, sepert menganggu kestabilan dan keseimbangan eko sistem

3. Pandangan akal-akan timbul/ tercungkil ilmu disebalik penciptaan alam

4. Pandangan mata hati-bukan sahaja dapat ilmu tapi akan dekat dgn Penciptanya, Allah.

Firman Allah:

“Bukankah kam itelah menjadikan bumi ini sebagai hamparan? Dan gunung ganang sebagai pasak? “ (surah Al-Naba’ 78:6-7)

Sebuah teks saintifik ada menyebut bahawa gunung ganang adalah:-

· Dikawasan benua yang tebal

· Di perbanjaran gunung, kerak lebih jauh ke dasar matel bumi

Kajian sains juga mengesahkan bahawa gunung adalah pemgimbang bumi dimana tanpanya bumi akan bergerak tidak tentu arah

Firman Allah:-

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke tempat yang dituju”. (Surah Al-Nahl 16:15)

Ada banyak lagi perkara yang dibicarakan..sangat menarik..Subhanallah..dapatkan naskah solusi anda sekarang (cewahh promote plak!)

Wednesday, June 9, 2010

Adventure Meneroka Gua Bt Maloi

lepas clean-up camp site..bergambar dgn sampah yg berjaya dikutip

selepas keluar gua..yea berjaya

Tempat : Hutan Lipur Gua Batu Maloi
Tarikh : 5 & 6 Jun 2010

Baru naik keje ari ni..isnin selasa cuti..

Saya nak share aktiviti kali dari kacamata saya walaupun di blog OHM dah ada laporannya. Kali ni kemalasan melanda utk mengambil gambar..saya cilok gambar dari kengkawan OHM yg lain..jgn mare..

Sabtu dan Ahad lepas, OHM mengadakan aktiviti berkhemah, bbq, jungle clean up dan meneroka gua batu maloi...tapi kalau nak tahu orang yang paling excited sekali adalah ketiga2 orang anak-anak saya kerana mereka diberi peluang untuk turut serta...Semasa dikabarkan mereka akan turut serta dengan aktiviti ini..punya la excited menghitung hari..beli khemah...bla..bla..mcm lagi la.. saya juga sangat suka nak dedahkan mereka dengan aktiviti mcm ni dari awal (boleh jadi pelapis dan second generation of OHM)..tak la jadi macam mama dia yg dah tua2 baru nak join aktiviti cenggini (dedolu tak banyak komuniti cenggini...kalu kelab sebegini tak semua sekolah atau u yg ada..huhu..skrg je melambak dipasaran..hehe)

So pada sabtu lepas...ada 6 buah kereta yg berjanji kul 12 pepanas tuh di petronas di senawang menghala ke tampin untuk pergi awal ke tapak perkhemahan...kete MyVi itam (garfu), wira itam (rusman), kete biru (Lyn dan Sya), kete vios putih (Awie), MyVi Putih (Zeti dan rakan2..sori tak pasan sapa nye kete sbnarnya), kete coklat metalic (Ninie dan Yusrie) dan satia hijo. Geng2 OHM yang lain tiba kul 4 kumpul di Tampin..

Perjalanan agak selow skit sebab jap ikut kete yg slow, lori yang slow, kena pass a few traffic lite kt rembau..then kami berhenti di giant tampin..sian zeti dan kengkawan yang lapar..tak sarapan lagi..so tapau nasik..awie tapau pizza..yea! terima kasih awie sebab belanja pizza...

sampai2 je mmg panas terik...tapi bila masuk je area camp site..sejuk je..mata redup je..tak pasan pun dalam rimbun pokok ada camp site..

Kami semua makan2 dolu...dah ada dua org brader dr perhilitan yg stand by di camp site. Zeti and the gang membasuh periuk belanga. Then pasang khemah..thanks garfu sbb tolong pasang khemah! ..Akak tgh membuat air asam dan sambal kicap utk mlm nanti..ahaks...

Lepas siap buat air asam dan sambal..solat..apala lagi terjun sungai...anak2 saya paling tak sabar nak mandi...sebenarnya sejak mula sampai dorang dah merengek nak mandi..tapi Mamanya yang tak bagi green light pasal kena tunggu sampai tugas selesai..

Aktiviti membakar utk bbq malam tu diserahkan kepada group lelaki yg kemudian ditake over oleh group pompuan..Anak2 saya dapat kawan baru Fisha..anak Abg Arjuna sebaya dgn Muhammad..

Lepas maghrib, makan time!...ada ikan, udang, kerang, ayam..nasi goreng..air grape ais..makan sampai kenyang! lepas makan ada sedikit briefing oleh Rusman ttg OHM. Sebenarnya dorang plan nak tunjuk slide tapi ada masalah dgn projector skit..isk..nanti upload le ke blog OHM ye! Slps abis sesi briefing..sesi jualan baju ahli OHM plak..saya amik satu..Malam tu, cuaca agak panas..susah gak nak lena..dah pagi skit baru dingin..zzzzzz

Sesubuh saya dah bangun..solat subuh..nak mandi tapi sejuk..heheh (oopss pecah rahsia tak mandi pagi..bukan apa tunggu que ramai sgt) breakfast seawal kul 7.30pg..Muhammad terpisat2 bangun untuk breakfast..sian dia..biasa bangun lambat..lepas breakfast..start aktiviti membersihkan kawasan camp site..dah abis kutip sampah..aktiviti menyapu daun kering oleh sukarelawan kanak2 (anak2 saya le tu terlebih rajin..adeh). Sebelum start aktiviti meneroka gua, anak2 saya sibuk tanya saya samada dorang boleh ikut masuk gua ke tidak..slps diberi green light oleh uncle garfu dan uncle rusman..punye la mereka suke..pastu asyik tanya bila nak mula..adeh

Lebih kurang pukul 11.30 briefing sekali lagi oleh rusman ttg aktiviti meneroka gua..then kami pun memulakan perjalanan untuk masuk ke gua..nak masuk gua ni..kalu tak mahir jalan masuk dia pun tak jumpa..orang yg expert je tau..kalau ada yang berminat nak masuk gua kena dapatkan khidmat guide dari perhilitan ns atau jkk kampung berhampiran. Nak masuk gua ni kena lepas sesorang..so kami beratur cam budak skolah la..siap ada nombor lagi..bedudak tecik masuk dulu depan skali rusman dan akmal (thanks u guys coz merealitikan angan anak2 saya nak masuk gua..hihi) Memula merangkak, menyelit, memanjat, mengelonsor, mencangkuk, posisi can nak beranak, duduk..semua ada la..Kalau nak tahu Gua Batu Maloi ni terdiri daripada bongkah-bongkah besar batu granit..so guanya tak sam cam gua batu kapur (gua tempurung)..rekahan-rekahan antara bongkahan batu granit terjadi sebab proses penghausan air, udara selama bertahun-tahun..tu yang terjadi gua tu..dalam gua ni juga air mengalir macam sungai..so sambil kami meneroka gua sambil mandi manda la..lalalala

Dalam gua ni jumpa ada katak..(rusman selamba je pegang katak ni..eii), kelawar, ikan..kami juga diberi penerangan ttg kapal maloi (jgn tak tahu..ada kapal dalam gua ni..hehe), gambar maloi dan puteri bunian, tempayan maloi...(sapa boleh pecahkan tempayan ni dgn kepala akan dapat emas..gilos! hehe) ..

Keluar je dari gua..semua orang macam tak caya dah abis..punya la seronok meneroka gua..team cikgu maktab siap nyanyi2 lagi..heheh..Suka dgn dorang ni sungguh energetic dan ceria.

Sambil nak balik camp site, Rusman bagi penerangan ttg batu maloi, Kulat KK (betul ke gitu eja dia?) kulat ni bagus tuk kaum pompuan yg dah kawin ye..dapat jugak tgk tongkat ali secara live, pokok tapak hantu (katanya lebih power dr tongkat ali)..

Last sekali slide di gelongsor tanah liat di tepi sungai...memasing macam bunyi nangka jatuh dalam sungai..kedebush!

Sampai campsite terus makan..memasing senyap je time makan ..sah semua lapar! then memasaing mengemas utk pulang...rasa sedih plak..bye bye..

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...