Monday, September 28, 2009

Syawal 1430

Tahun ni beraya di rumah Mak dan Abah (tahun dulu2 beraya umah MIL di Johor). Malam raya kebiasaan kat area rumah Mak & Abah ni mesti ada takbir raya rumah ke rumah. Tahun ni Mak masak mee goreng (kaw kaw mee goreng Mak sy ni..harus belajar resipi & cara memasak. FYI, dah try ikut resipi & cara Mak masak semalam..memang sedap..cuma terlebih masin hahaha..tapi habis jugak ye!).

Tahun ni azam nak masak tu kuat sikit hehe..malam raya dah bakar kek, rebus nasi impit, masak kuah kacang...pagi raya lepas subuh masak luah lodeh...Mak dah masak rendang semalam lagi (sy masa buka puasa dah testing...sedap tu.. rendang minang) Lepas tu terus kejut anak2 siap gi solat sunat Aidilfitri...bukan main semangat lagi Syifa dan Fiqa, yang Muhammad..terpaksa dukung gi bilik air mandi..mata tak boleh nak bukak..heheh. Lepas solat, sarapan ler..sebelum solat tak sempat.

Ni gambar lepas balik solat sunat Aidilfitri..(kualiti gambar tak berapa bagus, almaklum le pakai hp jer)

satu hari sampai ke malam dia pakai baju melayu dgn bersamping..


syifa


fiqa

abaikan latarbelakang yg bersepah tu ye!


muhammad & fiqa

Petang baru sy balik Kg Sg Mahang di Nilai (dekat jer...). Mmg dah janji dengan cousin sy Hazel (tp sy janji nak dtg pepagi..sian dia dh prepare). Kebetulan cousin lagi sorang Ayu dan hubbynya dtg sekali. Ish macam berjanji plak kitaorg bertiga. Apa lagi lepas tu kita pi serang rumah Pak Usu (makan pecal, sambal goreng kaw Mak Usu, rendang itik) , rumah Wak Usop (makan bakso)..last umah Mcik Miah (mak Ayu), makan ketupat palas, hubby Ayu buat. Tapi yang bestnya bila berkumpul dengan cousin2 ni biasala..bukak citer masa kecik2..semua citer kenangan lalu...

Raya kedua..orang datang menyerang rumah Mak & Abah..

Raya ketiga lagi sekali balik Kg Sg Mahang...ada kenduri doa selamat & tahlil. Tiap2 tahun mmg adik beradik Abah buat gathering gini..kumpul adik beradik...adik beradik Abah ada 10 org masuk adik2 tiri jadi 13 orang. Tapi Pak Ngah dan Mcik Anah dah takde...so agak sedih skit la..meraka dua ni la org kuat kalau buat gathering gini. Pak Ngah meninggal masa menunaikan haji beberapa tahun lalu, Mcik Anah meninggal beberapa bulan lalu..Al- Fatihah untuk mereka.

Gathering ni lagi ramai le cousin2 dgn makcik2 nye, pakcik2 nye, anak2 buahnyer....meriah sungguh...gambar takde le..nanti sy cilok kt FB cousin..

sy suka la gambar ni..

Raya di Aquaria

Salam,

Lelama cuti rasa mcm tak cukup lagi kan? Blogger lain semua tempek gambar raya..tapi sy nak tempek gambar masa gi Aquaria raya ke 5 (gambar raya nanti ler). Tak kisah le.. janji org belanja..sebenarnya MIL datang dr Johor beraya..nak bawa cucu2 dia gi sana..aku tumpang excited..(ingat budak2 je ke yang excited).

Tengok dalam iklan promo Aquaria ni bagai nak rak..tapi yang dalam terowong tu sebenarnya pendek je..tapi okla..kalu nak best kena pi scuba diving ler..

sempat posing lagi tuh sebelum keluar..bersama MIL dan SIL

kat blkg tu..ada ikan pari gergasi..


ni anak jaws ni..aku rasa ni spesis yang kecik jer ni...


duduk dalam terowong ni lama2 boleh pening tau...


Aku merasa pegang tapak sulaiman yang hidup tp kecik jer..tak rasa apa pula ingatkan lembik belendir ke..



Thursday, September 10, 2009

Tiada Bonus

Cuepacs setuju bantuan khas, kecewa tiada bonus

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

*dipetik daripada Berita Harian On-line

okla tu kan daripada takde lansung..so kepada yang dapat bantuan khas..belanja dengan berhemah k!

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...