Monday, September 28, 2009

Syawal 1430

Tahun ni beraya di rumah Mak dan Abah (tahun dulu2 beraya umah MIL di Johor). Malam raya kebiasaan kat area rumah Mak & Abah ni mesti ada takbir raya rumah ke rumah. Tahun ni Mak masak mee goreng (kaw kaw mee goreng Mak sy ni..harus belajar resipi & cara memasak. FYI, dah try ikut resipi & cara Mak masak semalam..memang sedap..cuma terlebih masin hahaha..tapi habis jugak ye!).

Tahun ni azam nak masak tu kuat sikit hehe..malam raya dah bakar kek, rebus nasi impit, masak kuah kacang...pagi raya lepas subuh masak luah lodeh...Mak dah masak rendang semalam lagi (sy masa buka puasa dah testing...sedap tu.. rendang minang) Lepas tu terus kejut anak2 siap gi solat sunat Aidilfitri...bukan main semangat lagi Syifa dan Fiqa, yang Muhammad..terpaksa dukung gi bilik air mandi..mata tak boleh nak bukak..heheh. Lepas solat, sarapan ler..sebelum solat tak sempat.

Ni gambar lepas balik solat sunat Aidilfitri..(kualiti gambar tak berapa bagus, almaklum le pakai hp jer)

satu hari sampai ke malam dia pakai baju melayu dgn bersamping..


syifa


fiqa

abaikan latarbelakang yg bersepah tu ye!


muhammad & fiqa

Petang baru sy balik Kg Sg Mahang di Nilai (dekat jer...). Mmg dah janji dengan cousin sy Hazel (tp sy janji nak dtg pepagi..sian dia dh prepare). Kebetulan cousin lagi sorang Ayu dan hubbynya dtg sekali. Ish macam berjanji plak kitaorg bertiga. Apa lagi lepas tu kita pi serang rumah Pak Usu (makan pecal, sambal goreng kaw Mak Usu, rendang itik) , rumah Wak Usop (makan bakso)..last umah Mcik Miah (mak Ayu), makan ketupat palas, hubby Ayu buat. Tapi yang bestnya bila berkumpul dengan cousin2 ni biasala..bukak citer masa kecik2..semua citer kenangan lalu...

Raya kedua..orang datang menyerang rumah Mak & Abah..

Raya ketiga lagi sekali balik Kg Sg Mahang...ada kenduri doa selamat & tahlil. Tiap2 tahun mmg adik beradik Abah buat gathering gini..kumpul adik beradik...adik beradik Abah ada 10 org masuk adik2 tiri jadi 13 orang. Tapi Pak Ngah dan Mcik Anah dah takde...so agak sedih skit la..meraka dua ni la org kuat kalau buat gathering gini. Pak Ngah meninggal masa menunaikan haji beberapa tahun lalu, Mcik Anah meninggal beberapa bulan lalu..Al- Fatihah untuk mereka.

Gathering ni lagi ramai le cousin2 dgn makcik2 nye, pakcik2 nye, anak2 buahnyer....meriah sungguh...gambar takde le..nanti sy cilok kt FB cousin..

sy suka la gambar ni..

1 comment:

c a b b i e n a said...

raya yg amat menyeronokkan...
happy raya...
:)

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...