Saturday, December 14, 2013

Lama Sudah

Dah bersawang nampaknya blog ni...ditinggalkkan lebih 6 bulan kerana menjalani kursus jangka pendek..
Kini ditempatkan semula di pejabat berdekatan dengan rumah setelah dimohon untuk bertukar..
Insyaallah..moga semuanya dipermudahkan

Thursday, February 14, 2013

Jalan-jalan

Cuti Maulidur Rasul tempohari, tanpa dirancang saya dan anak-anak mengembara ke Mid Valley KL dengan menaiki komuter. Dah lama sangat sebenarnya anak-anak tak naik komuter, teruja sungguh, lebih-lebih lagi sekarang komuternya serba baru dan gerabaknya lebih panjang.






Rasa selesa dan tak perlu bersesak dengan traffic dan nak cari parking haha. Cik Puan Driver pun boleh relaks lepas penat 'bersenam' di dalam Mid Valley huahuahua.

.......................................................................

Pada minggu depannya pula, kami juga dapat jemputan ke majlis doa selamat dan majlis hari jadi Hans Hendri, sepupu Syifa, Fiqa dan Muhammad. Cik Liz sangat komited memasak pelbagai manisan untuk tetamu walaupun Cacik Nizam jauh di Macau sana. Anak-anak saya memang panggil bapa saudara mereka dengan 'cacik' bukan pakcik sejak kecik lagi hua hua hua. Majlis bertemakan racing car, kek McQueen dan Hans juga berpakaian ala-ala pelumba F1 haha..cute. 



 ada Nasi Tomato, Mee Hoon, Sosej, Nuget


 tu dia Hans dan Momnya


 goody bag





choclate fountain!

Selamat Hari Jadi Hans!!

Selamat Pengantin Baru Anem


10 February 2013 lepas, saya dan anak-anak berkesempatan mengahdiri majlis perkahwinan Anem KOHM. Tak tahu pula sebenarnya rumah family dia di Seremban. Tapi pengantin perempuan memamg gorjes la. Saya sangat sukakan baju dia haha. 


Ini goody bag daripada Anem..simple yet beautiful. Ini pengantin buat sendiri ni..kreatif.

Ok Anem, moga bahagia hingga ke akhir hayat ye..selamat menempuh alam berumahtangga..

Wednesday, January 2, 2013

JC Hutan Lipur Lenggeng

Program penutup bagi Kelab Orang Hutan Malaysia kali ni diadakan di Hutan Lipur Lenggeng pada 29 hingga 30 Dis 2012 lepas. Kali ini, saya dan anak-anak berkesempatan untuk melibatkan diri. Tengahari baru sampai walaupun sebenarnya program mula pukul 9.00 pagi.




Belek punya belek..alahai gambar ms bbq dan sesi suaikenal takde dah...ish ish ish..takpe la..tak ingat nak amik gambar sgt masa tu.. dah penat dan lapar.. lps mkn mata dh kuyu sbb kenyang hehehe

Nak laporan lengkap program sila klik http://ohm-jurnal.blogspot.com/


HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...