Salasilah dimana kampung saya ni agak mengelirukan, bukan apa, mungkin kerana datuk sebelah abah dulu yang bertugas sebagai kadi menuntut beliau selalu bertukar daerah. Belah Wan kampungnya di Beranang, Selangor. Jadi, mengikut cerita di Kg Sg Mahang, Nilai inilah datuk paling lama bermastautin.. beli tanah dan mendirikan rumah..kalau nak tahu rumah pusaka atuk masih ada sehingga kini.. cuma Pak Usu banyak ubahsuai..
Nak cerita yang dikampung kami ni ada sebuah sungai.. dah nama kg sg mahang mestilah ada sungai hehe.. lebih kepada jeram ala2 air terjun la. Mengikut kisah pakcik dan makcik kami, dolu2 sg ni besar...tapi sekarang dah mengecil sebab dibahagian atas bukit sana kerajaan dah bina empangan. Sepanjang sungai ada beberapa 'pot' yang kami selalu pergi, tapi tempat favorite adalah yang paling dekat sekali dgn umah kg... jalan kaki pun boleh.. tp mencungap la kejap ambik nafas hehe
So tengokkan gambar yg ketik dr kamera handphone.. bilalah nak pakai kamera betul ni atau DLSR ke? hehehe..

masa ni cuaca panas.. tghari buta kami pergi mandi, jadi airnya taklah sejuk sangat


generasi ketiga keluarga kami... anak2 dan anak2 sedara
kalau nak tahu yang pegang pelampung 2 org tu mak2 sedaranye ye.. terbalik la pulak, patut budak2 yg pakai pelampung hehe.. sebenarnya dorang tgh main game baling bola masuk dlm pelampung

boleh tahan la dalam ye.. bagi org dewasa, paras pinggang jer..

muhammad on the way nak pergi mendapatkan mama dia yg tgh dok tangkap gambar
tu dia...tgh balancekan diri sbb batu2 licin


yang kat belakang tu hover.. cousin saya Ina, tudung merah Melor dan sebelah dia, adik dia Fatihah, depan Hafiq, Hanis, Syifa, Fiqah dan yang macam menyanyi tu Haikal..