Monday, December 31, 2012

Syifa dah Tingkatan 1

29hb Dis 2012 lepas, saya tak ketinggalan excited menguruskan pendaftaran anak ke sekolah..bukan tahun satu ye hehe tapi tingkatan satu huhu. Syifa dah nak masuk tingkatan satu...rasanya baru je hantarkan dia untuk pendarftaran tahun satu. Lepas exam UPSR tempohari dia dah cakap siang-siang taknak duduk asrama. Saya pun tak kisah dia nak sekolah mana. Lagipun anak perempuan haruslah melekat dengan mak dia selalu kuangkuangkuang. Anak manja ke, mak yang manja nih? Oklah pada pendapat saya, sekolah dimana-mana pun, jika seribu daya, boleh juga berjaya insya'allah.


Syifa bersekolah dekat2 rumah sahaja. Mak Usu Ina sekolah kat situ dulu masa Form 4 dan 5. Kawan2 Mama juga ramai sekolah di sini. Mama sekolah lain hehe. Mama harap Syifa dapat menempuh alam persekolahan menengah dengan baik.

Thursday, December 27, 2012

Big Bad Wolf 2012

Last week punya cerita,  dengan kazen tercinta dan anak-anak, kira girls outing dengan anak-anak le ni. Destinasi adalah Big Bad Wolf di Mines
Manusia punya ramai memandangkan weekend tersebut adalah yang terakhir..

 cantik sehh kete ni


tgklah anak saya tangkap gambar Mak Usu Ina dia dr belakang je

 seronok sakan Muhd dgn gengnya Haikal

Fiqah
 dah penat ronda..jenjalan dan makan di McD

Syifa

 ooh Haikal

 Muhd

 kenapa saya makin kembang?

 main games pulok

Si Pengait Rambutan..kuang kuang
kait pakai pencakar daun hu..hu.. 
sempat kait rambutan kat rumah kazen 

 antara buku-buka yang sempat dirembat oleh saya dan anak-anak
total RM95 untuk 14 buku




Tuesday, December 18, 2012

Pertunangan Adik Bongsu

Sabtu lepas, rombongan meminang dari Seremban bertandang di Homestay Bukit Mentok Kemaman Terengganu bagi menyunting bunga di taman nun jauh di Bukit Kuang Kemaman. Hari Jumaat sebelum kami dah bertolak dengan kereta 1 dipandu oleh Abg Zi dan co-pilot En Abah hehe. Kereta 2 dipandu oleh Abg Yim dan co-pilot Cik Mak hehe..

Menyunting bunga bernama Nurul Aznita untuk adik bongsu saya Sham...menantu perempuan mak yang ni jauh sikit, jadi lepas ni ada alasan nak berjalan ke pantai timur pulok hehe..Apapun Selamat Bertunang...moga ikatan pertunangan ini membawa ke perkahwinan yang diberkati dan dirahmati




Tahniah Adik Sham dan Nita
 suka ye.. dah sah bertunang!

Abah gigih juga ke Kemaman walaupun tak sihat

kami mengalukan Nita dalam keluarga kami...

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah abah Ina, sepupu saya. Maknya, adik abah saya dah pergi beberapa tahun yang lalu. Moga Ina tabah menghadapi hari mendatang. Arwah Pakcik Nuar meninggal pada  Jumaat pagi, 14 Disember 2012 lalu.

Sesiapa pun pasti sayukan? Jadi anak yatim piatu. Kematian adalah pasti. Saat saya nanti, moga saya juga kuat untuk menghadapainya.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...