Thursday, January 19, 2012

Naik Kuda

Ni kejadian masa cuti tahun baru tempoh hari.. memasing merasa naik kuda, bukan kuda padi ok..kuda racing lagi (oo berlagaknya bunyi) takde sebenarnya kuda-kuda ni ada bekas kuda lumba tapi sebab dah tua atau pernah cedera jadi owner tempatkan mereka di tempat kawan suami saya ni. Anak-anak paling seronok dapat naik kuda, Muhd terutamanya confident je dia, tak takut pun. Si Kak Ngah le dia kalut kalut skit hehehe.

Si penjaga kuda tu, lupa pulak nak tanya nama dia, ada suruh masukkan budak-budak ni kelas menunggang kuda. Bagus kata dia. tak mahal RM350 je, pastu dapat sijil. Lepas tu boleh, beli kuda seekor untuk tunggang sambil beriadah. Mak oii, dia suggest cam la saya ni ada duit berguni. Hehe. Kalau ikutkan berkuda ni adalah salah satu sukan yang digalakkan dalam islam. Tapi ongkosnya tinggi. Cemana tu? Tapi kalau suggest kat KOHM untuk buat aktiviti riadah meredah hutan dengan menunggang kuda best jugak kan? (cc AJK KOHM)

 si kecik ni, dia pulak ajar Mama dia nak tali tu cemana

 sikit lagi nak kena cium dengan kuda ni hahaha


 susah nak suruh kakak2 yang dua org ni bergambar dgn kuda tu sbb takut kena cium hahahah

 fiqah..

syifa

Wednesday, January 18, 2012

Satu Kepuasan Seorang Ibu

entry emosi seorang ibu lagi..(sila muntah hijau hehe)

Sejak dua menjak ni busy manjang, balik pun lewat. Bila En Asben bagi komen dia compare pulak saya dengan Dato Maznah yang kerja 14 jam. Aduhai (itu makna saya tak dapat tagih kesian dr dia hehe). Jadi  saya dengan rasmi membawa kereta yangtakberapanaklawaitu berulang dari Seremban ke Putrajaya hari-hari mulai Isnin lepas. Tapi dalam pada itu, saya berpeluang menyediakan sarapan yang lengkap (sebelum ni buat air je, Wan dorang buat selebihnya, bersarapan bersama (ini paling best, sebab bila tgk anak2 makan dengan semangat dan laju je lps tu anak puji sedap..uih rasa bangga), menghantar mereka ke sekolah dan yang paling mahal dapat salam, peluk, cium dan lambai 'bye-bye' kepada mereka bertiga hari-hari (sebelum ni saya lepas subuh dah kejar naik bas, sempat bangunkan dorang je untuk gi sekolah). Ahh rasa seronok pulak. Rasa bertambah motivasi untuk memulakan hari dan datang bekerja.



Cabaran Tahun Baru

Bulan Januari 2012 dah separuh berlalu, akhir tahun lepas dan awal tahun ni saya agak sibuk. Mencabar juga kerana 'bertuah' dapat berguru dengan bos yang hebat-hebat belaka sepanjang berkhidmat di Jabatan ini. Macam-macam karenah. Apapun saya redha dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan pada saya.

Walaupun cabaran berguru ini agak menuntut permikiran yang lebih dan kadangkala memeningkan, tapi saya masih ada kawan-kawan yang baik di pejabat - yang boleh bergelak ketawa bersama dan berkongsi duka juga. Saya masih anak buah yang dedikasi dan komited di pejabat - yang sama-sama memikul beban dan tanggunjawab dalam melaksanakan kerja-kerja. Saya masih ada kerja-kerja yang saya minat untuk buat di pejabat - yang saya rasakan dapat mencabar minda saya untuk berada di tahap yang lebih tinggi dari sehari ke sehari. Berpegang sahaja yang kita semua ni mencari rezeki yang halal dan berkat dibumi Allah. Berpegang juga yang semua yang kita lakukan ini adalah kerana ibadah, kerana Allah.

Ya. Pedulikan dia. Saya yakin saja dengan kerja yang saya lakukan itu adalah yang terbaik. Jika masih tidak mencapai tahap kepuasan guru ini. Insyaallah saya akan perbaiki sebaik

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...