entry emosi seorang ibu lagi..(sila muntah hijau hehe)
Sejak dua menjak ni busy manjang, balik pun lewat. Bila En Asben bagi komen dia compare pulak saya dengan Dato Maznah yang kerja 14 jam. Aduhai (itu makna saya tak dapat tagih kesian dr dia hehe). Jadi saya dengan rasmi membawa kereta yangtakberapanaklawaitu berulang dari Seremban ke Putrajaya hari-hari mulai Isnin lepas. Tapi dalam pada itu, saya berpeluang menyediakan sarapan yang lengkap (sebelum ni buat air je, Wan dorang buat selebihnya, bersarapan bersama (ini paling best, sebab bila tgk anak2 makan dengan semangat dan laju je lps tu anak puji sedap..uih rasa bangga), menghantar mereka ke sekolah dan yang paling mahal dapat salam, peluk, cium dan lambai 'bye-bye' kepada mereka bertiga hari-hari (sebelum ni saya lepas subuh dah kejar naik bas, sempat bangunkan dorang je untuk gi sekolah). Ahh rasa seronok pulak. Rasa bertambah motivasi untuk memulakan hari dan datang bekerja.

No comments:
Post a Comment