Friday, April 2, 2010

Team Building Siri 1..The Story

Tarikh : 19 - 21 Mac 2010

Tempat : Kem El- Azzhar, Morib, Banting

Team building kali ni dirancang bagi merapatkan jurang yang lopong di dalam Bahagian saya...saya dan team telah berusaha untuk mengadakan bengkel ni dengan konsultan yang telah dilantik iaitu ZIQZUL Corp. Seramai lebih kurang 150 anggota telah dibahagikan kepada 2 siri. Pada siri yang pertama ini, saya telah bertugas sebagai urusetia merangkap peserta...

19 Mac 2010

Saya bertolak dari rumah lebih kurang pukul 8.30 pg, maklumlah jarak dari Seremban ke Morib agak jauh juga, peserta dan urusetia lain bertolak dari pejabat di Putrajaya dalam pukul 9.00 pg. Dalam pukul 11pg kami semua sampai lebih kurang serentak.

Selepas sesi pendaftaran, ada kami disajikan dgn welcome drink dan berehat..lepas solat jumaat aktiviti dimulakan di dalam dewan. En Ismail dr ZIQZUL telah membuka tirai dengan pengenalan dan aktiviti ice breaking...pembentukan kumpulan..presentation.

Malam slps isyak, aktiviti perang bermula. Group saya kalah kena underestimated strategi group lawan. Tapi yang penting saya dapati semangat group saya sangat berkobar, bekerjasama dan berani mati..hahaha.

Selepas rehat dan minum malam...aktiviti trekking meredah paya bakau dalam gelap..air laut surut pada waktu ini, hanya lead yg ditengah dan sweeper shj yang pegang torch light...saya org ke 6 kot dr depan..mmg tak nampak ape..jln je le..tapi jalan kat lumpur paya sampai kt lutut menguki keseimbangan badan dan kesabaran. Kami semua berkaki ayam..bukan apa kalu pakai kasut confirm tinggal kasut dalam lumpur. setelah tiba di salah satu benting dan paloh kami disuruh membasuh lumpur dikaki sampai bersih.."Wak" ..panggilan kami kepada guide utk aktiviti ini mula bercerita ttg sedikit kisah PATI yang pernah cuba masuk melalui area yg kami dok berdiri tu..pati ni terkorban kerana menyangkakan mereka telah sampai di daratan, tapi sebenarnya pada waktu tu air laut surut dan mereka ada lebih kurang 30 benting dan paloh yang perlu dilepasi sblm samapi di daratan. Mereka semua menjadi korban..kesian plak aku dgr..mereka menjadi mangsa org yg mengambil kesempatan. Kami balik ikut jeti kem..Memasing balik tido kepenatan..

20 Mac 2010

Aktiviti pagi dimulakan dengan senaman pagi seawal 7.00pg.. Jumli, anggota drpd office kami telah diberi penghormatan utk menjadi instructor senamrobik..dia siap bw audio system sendiri..caiyokk la. Walaupun stepnya agak mudak tapi dia punya berpeluh..sendiri mau ingat..basah baju..hehehe

Selepas sarapan...aktiviti di dalam dewan..ada games..oh ya..sepanjang 3 hari bengkel ni peserta akan dianugerahkan bintang jika berjaya menjawab soalan atau menang (atas keputusan juri..hihi). bintang ni nanti akan menentukan mereka mendapat gelaran Dato', Tan Sri dan Tun.

Slps mkn tghari, kami yg seramai 54 org dibahagikan kepada 2 kumpulan..satu kumpulan akan main paint ball dan satu kumpulan lagi akan melakukan aktiviti high rope+flying fox dan berkayak. Saya masuk kump main paint ball dulu. Ni le first main paint ball..first time dgr bunyi tembakan dilepaskan pun saya dh kecut..bukan apa sbb terkejut. tp bila dh main..tembak org tak ingat..saya turut ditembak..dikepala dan ditangan..birat tu..lps tu lebam le..group sy dapat no. 2 hehe..

Then kami tukar buat aktiviti saya berkayak dulu..pusing 3x kt tasik tu..best..so relaxing dgn angin bertiup sepoi..then high rope..memula tgk bwh mmg gayat..last2 sy tengok tempat nak pijak je then psycho diri sendiri yang badan dh secure diikat dgn safety rope..kurang skit gayat tu..masa flying fox best..sy tgk depan je..kalu tgk bwh mau sy tak turun..hehehe

Then aktiviti last petang tu..adala eco-challege..iaitu berenang ambik tembikai, bw tembikai berkayak, meniti bw tembikai, tanam duyung bunting dan makan tembikai sampai licin..sy masuk yg berenang dan berkayak..dan last makan tembikai samapi kenyang..hihihi..dpr no. 4 drpd 7...ok la tu..tapi mmg sgt fun

Mlm..samurai warrior games..tgk ketahanan mentak dan fizikal group..lwk skit la..Then kami kami mkn mlm dan seterusnya karaoke..ramai rupanya bakat2 terpendam kt Bahagian saya ni..

Lebih kurang kul 12 semua beransur balik dan tido..

21 Mac 2010

Senaman pagi dan aktiviti indoor di dewan..pertandingan rekacipta dan idea. ada yg emo bertekak mempertahankan idea memasing..hehe..last sekali penyampaian sijil...kami semua bersurai lebih kurang kul 3 ptg..aduh penat!

Gambar2 di bawah tidak ikut susunan..carca marba

Syuk tgh brief psl pejabat impian..group leadership 1

Nyanyi ramai-ramai..

Group 7

kayaking..

tgh tekun dgr intsruction dr Wak
tada...ada jeti tau kt kem ni..
(saya, ida dan amy)

presentation group

flying fox

high rope

tgh tunggu turn naik high rope

tu dia..pasukan paint ball saya nak gi perang
sy baju kuning dgn team

ni gambar kami reramai dgn semua jurulatih..





No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...