Tuesday, June 5, 2012

Sunway Lagoon Trip

Minggu lepas (29 Feb 2012) akhirnya tertunai juga janji untuk membawa anak-anak ke Sunway Lagoon Theme Park. Syifa, Fiqa dan Muhd sangat gembira...saya juga seronok bila tengok mereka gembira. Ayahnya ke luar daerah..jadi anak-anak dan maknye sajelah..kalu ikutkan dedolu saya dah banyak kali pergi sini, zaman2 sekolah, zaman universiti..selalunya dengan Cik Hazel dan Cik Ayu, dua orang kazen tercinta hahaha..

Bayaran untuk masuk ke theme park ini bagi 3 park adalah rm60 bagi umur 12 tahun dan ke atas dan 11 tahun dan ke bawah adalah rm48 ringgit dengan MyKad. Zaman sekarang semua dah mahal...kalu nak masul semua park tambah lagi la duit nye...semua info boleh pergi ke sini http://www.sunway.com.my/lagoon/

 mula-mula masuk...

 bergambar dulu di depan kandang harimau..aum!!

 turun escalator menuju ke water park..untuk tukar baju dan bermain di amusemnet park..gambar di amusement park tiada sbb mamanye malas nak kendong kamera besar itu..heheh
oh ya..sebelum kami ke amusement park, kami ke Wold life Park..ala2 zoo juga la..ni pun gambar tiada..
tapi antara ride yang telah berjaya dinaiki adalah runaway train...fiqa tak naik ride ni sbb seram, muhd pula belum cukup tinggi, jadi mamanya dan syifa ajelah..menakutkan juga bila naik dah tua-tua ni huhu..tapi seronok la pulak lepas tu.
naik wagon wheel, kasut berpusing, dinosor terbang, train lembu..haha suka hati je namakan ride tu sendiri..yang naik kayu balak tu Syifa dan Fiqa je yang naik sbb mamanye mmg tak suka naik benda alah tu..heheh
ride yang berpusing 360 darjah semua out of list buat masa ni...tak sanggup nak pening2 kepala haha..

dah selesai di amusement park, berlari2 pulak ke water park


 tu dia budaj 3 org tu tgh tunggu air jatih dr atas




 dah puas mandi manda sehingga 5.30 petang..siap2 untuk balik..opps muhd nak pergi Sunway Pyramid nak cari Ultraman ler..

 lagi gambar depan kandang harimau

 tu dia harimau dah bangun..masa memula sampai pagi tadi dua ekor rimau tu tido sakan

 muka memasing dah penat

cuci mata tengok ice skaters..sambil makan di KFC

 apa yg best muhd?..terbaik la mama katanya

 anak2 saya dah nak sama tinggi dengan saya!!! oohh tidak..sok-sok mesti dorang ni tinggi dari saya huhu


 main games 

mooooo! lembu strawberry printed haha

ni dia koleksi terbaru patung ultraman en muhd ...dia dah ada 6 kesemuanya..ish..ish budak2 sekarang (sambil geleng kepala)


No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...