Wednesday, April 20, 2011

Al Kisah...

21April 2011

Pagi ni jahitan di gusi Muhd telah dibuka, semua ok except doc suruh bersihkan betul2 gusi Muhd bagi mengelakkan gigi kekal tumbuh kurang cantik kelak. Muhd makin riang, kemalangan minggu lepas tidaklah meninggalkan trauma yang teruk. Aku rasa kemalangan itu bukan penghalang untuk dia terus aktif, Alhamdulillah itu rasanya adalah tanda positif.

............................

Rabu lepas Muhd mengalami kemalangan apabila menaiki basikal kakak dia yg agak besar, kata kakak, Muhd dah pandai kayuh, cuma pada masa itu kayuhan dia agak laju dan mungkin hilang kawalan lalu terbabas masuk longkang.

Sedang aku baru sampai ke Seremban ketika pulang daripada kerja lebih kurang pukul 630pm , baru perasan ada 2 missed call dari rumah. Bila aku call semula suara Fiqah yang menjawab agak panik suruh aku balik cepat, kedengaran suara tangisan Muhd, bila aku tanya kenapa, Fiqah jawab Muhd jatuh basikal masuk longkang.

“ Kejap lagi Mama sampai” aku sengaja tak mahu tanya lebih, takut kusut, lepas tu aku berdoa pada Allah moga kecedaraan Muhd tak begitu serius. Aku masih memandu tenang hingga sampai ke rumah.

Sampai-sampai depan gate, kelihatan semua dah keluar rumah, mungkin nak ke hospital, Muhd meluru kepada aku. Mak aku cerita, si Muhd juga yang beria nak cepat ke hospital sebab tak tahan sakit. Itu yang semua dah get ready nak naik kereta Ateh.

“Mamaaa!” panggilnya dalam tangis. Aku masih belum keluar dari kereta dan hanya menguakkan pintu. Mulut Muhd berdarah.

“Bukak mulut Mama tengok” mungkin beberapa batang gigi patah dan gusi juga, aku tak berapa pasti kerana penuh darah.

“Lagi kat mana sakit?” Muhd pun angkat baju, badan dia bercalar sikit.

Aku bergegas ke hospital dengan Ateh, adikku dan kakak2 Muhd, Syifa yang sulung dan Fiqah yang kedua. Muhd sudah tak menangis lagi mungkin sebab dah ada aku depan mata dia, dia rasa comfort sikit. Tapi dari air mukanya aku tahu dia tengah tahan sakit.

“ Saya tak nak pergi sekolah. Saya tak nak pergi sekolah” kata Muhd seolah merayu.

“Muhd tak payah pergi sekolah sampai Muhd dah baik ye. Nanti bagitau teacher Muhd” aku memujuk.

“Mama. Gigi saya dah takde” kata Muhd sedih.

“Muhd jangan fikir dulu, kita pergi hospital dulu ye, biar doctor check Muhd dulu. Muhd jangan risau. Yang penting Muhd selamatkan?” Muhd angguk.

Masa ni, mungkin Allah bagi kekuatan pada aku, aku tak menangis pun walaupun hati aku ni sayu dan hiba sesangat. Kang kalau Muhd dan kakak2 dia tengok aku emosi lelebih mau lagi havoc. Ateh pula bawa kereta persis ambulan cuma takde siren.

“Ateh bawa bertenang, tak payah laju2 sangat” kataku, walaupun aku sangat berharap kereta tu ada sayap dan boleh terbang segera dan sampai ke hospital.

Sampai di bahagian kecemasan, kami menuju kaunter triage, disini pemeriksaan dan diagnos awal dibuat bagi mengenalpasti keseriusan kecederaan.

Muhd dikategorikan sebagai G2, dimana pesakit yang tidak kritikal dan akan dirawat kurang daripada 60 minit. Kemudian Muhd diperiksa oleh Pembantu Perubatan, bagi mengambil bacaan nadi, tekanan darah dan pemeriksaan awal.

Kemudian setelah menghantar borang untuk pendaftaran, kami pun menunggu, dalam pada masa menunggu itulah baru aku tahu maksud G2 tu apa melalui siaran khas tv di ruang menunggu. G maksud Green Zone maknanya tidak kritikal dan 2 tu akan terima rawatan kurang dari 60 minit. Zon Merah untuk sangat kritikal, kuning untuk yang separa kritikal. Bagus juga sekarang, sudah bersistem. Dalam pada menunggu tu, mulut Muhd masih tak henti berdarah bercampur dengan air liur diluahkan pada tisu. Bibir atas pun membengkak. Sekotak tisu aku bawa selain towel kecil. Tidak sampai setengah jam nama Muhd telah dipanggil ke bilik rawatan 4. Seorang doc cina menanti memeriksa Muhd, kemudian kami tunggu sekejap kerana doc kena scan seorang lagi pesakit, busy betul mereka ni. Pesakit di ruang aku menunggu tadi makin bertambah. Setelah dipreiksa oleh Dr Onn dan ketua doctor yang bertugas, Muhd diberi syrup panadol untuk tahan sakit dan disuruh pergi buat xray dada dan skull. Setelah itu, dentist memeriksa gigi Muhd dan dibawa kebilik rawatan khas untuk cuci dan jahit gusi.

Aku tanya dentist tentang tu tentang keseriusan kecederaan Muhd. Katanya 5 batang gigi atas dan gusi sedikit koyak. Masa nak suntik ubat bius digusi adalah paling sakit bagi Muhd, menangis dia kerana tahan sakit dan tangan aku digenggam kuat. Sepanjang procedure bersih dan jahit tu aku genggam erat tangan dia, begitu juga dia. Tak sanggup aku tengok, rasa kesian yg amat sangat. 4 jahitan. Bila selesai aku mengucapkan terima kasih pada dentist dan pembantunya DSA Norliza. Nama dentist aku tak sempat Tanya.

Selesai ambil ubat, kami pun pulang lebih kurang 10.30 mlm, Syifa dam Fiqah ada ujian esoknya, aku cuma pesan baca doa minta Allah supaya dapat jawab semua soalan dengan baik sebab mereka tak sempat nak ulangkaji. Tergambar kerisauan diwajah mereka sepanjang berada di hospital tu, aku rasa mereka sedikit rasa bersalah kerana merasakan mereka sedikit bertanggungjawab terhadap perkara yang telah berlaku.

Aku tak kuasa nak marah2, sebab aku tahu Wan mereka dah ‘tembak’ mereka sebelum kami ke hospital petang tadi. Aku cuma nasihatkan saja, perkara dah berlaku dahpun berlaku dan untuk akan datang kakak2 kena main peranan dan tanggunjawab sikit. Aku denda mereka tidak boleh keluar bermain luar daripada kawasan rumah sebulan dan ditambah sebulan lagi kemudian atas cadangan mereka sendiri. Harap perkara ini jadi pengajaran buat ketiga2 mereka.

Aku mohon cuti dua hari untuk jaga Muhd. Muhd kalau sakit mmg akan banyak ragam, setiap kali Muhd dah tidur, aku akan menatap wajahnya, dgn bibir bengkak, mulut tak boleh dirapatkan dan gusi yg masih sedikit berdarah. Masa inilah aku menangis sebak, tak berhenti berdoa semoga Muhd cepat sembuh dan moga sakitnya berkurangan. Kalau boleh biar aku yang berada ditempatnya menahan sakit. Aku rasa mana2 ibu pun akan berasa demikian terhadap anak2, ibu mana yang tak sayang anak?

p/s: baru abis update entry ni pd 25 april 2011 dan Muhd masih belum mahu ke sekolah, dia kata nanti tunggu aku dapat gaji dan belikan dia 'jam bertukar' Ben 10 baru dia nk ke sekolah (rabu)..aduhai hehe

2 comments:

Anonymous said...

haishhh..sebak la plak sy bace..huhuhu..mcm dpt rase je naluri seorang ibu..acecehh! :p

Anonymous said...

so sorry to hear this..cian mohd..sy pong syedih klu ank sy sakit

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...