Anak dara saya yang dua orang tu tengah exam akhir tahun minggu ni, dalam masa yang sama cikgunya suruh training senamrobik setiap petang bagi persembahan Hari Sukan pada hari Ahad nanti. Kesian tengok mereka. Muka sunburn jangan cakaplah. Keterujaan mereka tentang persembahan senamrobik makin merosot bila terasa penat dan berlatih berulang2. Sampai demam. Saya sebagai ibu mestilah tak puas hati dengan sikap cikgu yang terlampau mementingkan persembahan senamrobik, hingga sanggup menjejaskan masa ulangkaji dan rehat anak2 murid pada minggu peperiksaan. Aduhai! Kalau prestasi peperiksaan anak saya merosot atau terjejas nanti, tahulah saya nak cari siapa hehe.
Anak bujang yang sorang tu pulak. Masih dengan masalah tak mahu pergi sekolah. Dalam seminggu mesti ada sehari dua ponteng. Harus saya usahakan sesuatu tentang si bujang ni. Tahun depan dah Tahun 1. Parah kalau dibiarkan.
2 comments:
saya kenal cikgu tu sapa mar...senior saya tuh...haha..masalah anak tak sekolah ni saya da alami dulu..sekarang anak tu dah djh 3.. Saya bawa dia berjumpa dgn ustaz Haron Din..Alhamdulillah takdir Allah jua..besoknya dia heret beg ke sekolah untuk pendaftaran..Boleh juga usahakan dgn mandikan dia sebelum masuk maghrib sambil berselawat dan dibacakan dgn surah alftihah, 3 qul dan alam nshrah..buat 7 hari berturut.Insya-Allah.
thanks intan! nanti saya cuba
Post a Comment