Monday, March 1, 2010

Bukit Broga - 26 Feb 2010

Cuti Maulidur Rasul, Jumaat lepas..saya menerjahkan diri mendaki Bukit Broga bersama-sama geng ORANGHUTANMALAYA. Bukan apa pukul dua baru saya call organizaer confirm utk join...bila lagi ye tak..terjah je le..lagipun nak training le konon sbb 6 Mac nak naik Gunung Tampin.

Pukul 5.40 petang saya dah sampai dan tunggu yang lain di kaki bukit. Tiba2 hujan lebat siap guruh dan petir...ish jadi ke nak daki ni..sempat gak studi buku Malaysia Kita dalam kete...hehehe

Pukul 5 lebih sikit, baru le En Garfu & Zeti (leader dr OHM) sampai. Hujan dah reda, so memandangkan dah ramai yang tiba...niat kena diteruskan. Taklimat disampaikan oleh En Garfu (dok Somban jugak ropenya) secar ringkas. Trekking diketuai oleh Zety dan sweper ialah Hamidy (kalu salah eja nama jgn marah..).


Bukit Broga 400m je tinggi dia..tapi mengah juga nak sampai..sampai puncak yang satu tu..hujan lebat balik..so hujan2 le kami redah naik puncak 2 dan 3. Sampai puncak tiga dah maghrib tapi oleh kerana hujan..tak nampak le matahari...



lalang yang menghijau dah terbakar sendiri mungkin sebab cuaca yang panas..






take 5 sekejap..





on the way turun...orang lain sume pakai head lamp..saya pakai torch light jer harharhar..baju merah berdua tu org kuat OHM Garfu dan Zeti






ni nak sampai first peak, yg pakai baju merah kt depan tulah Zeti





Memandangkan hari dah gelap, chief buat keputusan utk turun....ni yg agak mencabar skit..nak meraba...ada gak dua kali kami tak jumpa trek nak turun sebab kabus agak tebal...

Sampai kat parking, dapat tahu cermin blakang kete leader kami, Cik Zeti telah dipecahkan...satu beg baju telah dicuri..(sapa la punya keje ni kan..ada2 je). Lepas taklimat ringkas dan pendaftaran...satu derma kilat telah dilancarkan utk Zeti bg ringankan beban dia ganti cermin kete...(aku dulu penah gak kes gini..hampeh betul org tu)

Apa pun..i have a great time..dan dapat kawan2 baru...

No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...