Friday, July 22, 2011

Home Schooling


Rasanya abis ihktiar, saya akan menjadi guru dalam masa terdekat ini. Part-timer hehe.

Anak saya yang seorang ni, sejak bercuti panjang selepas accident jatuh basikal pada tempoh hari telah mendatangkan impak yang besar pada dirinya. Memang dia tak mahu pergi sekolah setelah lama berehat di rumah. Pernah saya ambil cuti 3 hari nak pastikan dia pergi sekolah, pergi berhantar, balik berjemput. Nampak dia ok. Biasanya ada van yang akan menjemput dan hantar dia balik. Almaklumla mak dia ni mencari rezeki jauh di perantauan huhu (bila la dorang nak luluskan permohonan tukar saya ni).

Memula dulu dalam seminggu ada 1-2 hari tak datang, sekarang ni dia tak mahu pergi langsung..aduhai. Dia ni pulak kalau malam sebelum gi sekolah kalau saya pujuk, kakak2 dia pujuk atau Atuk dan Wan pujuk, dia akan cakap ok, dia pergi. Tapi bila keesokkan paginya dia tak nak pergi. Puas dah Wan dia pujuk. Siap nak angkat dia gi bilik air pun dia keraskan badan dia. Bertuah betul yang seorang ni. Nak tukar sekolah pun dia tak nak.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, Muhd anak yang bijak dan sensitif..sebelum accident tu dia seronok ke sekolah, boleh kenal dan baca abjad dan nombor, mengira, membaca suku kata dengan baik. Sekarang bab nak baca tu agak lemah (teacher dia pun cakap gitu). Saya rasa setelah lama cuti dia agak ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Muhd seorang yang sukakan kemenangan dan rasakan apa yang dia buat betul dan hebat. Jadi bila dia ketinggalan begitu, dia rasa tidak seronok lagi nak ke sekolah. Kawan2 lain lebih pandai, kawan2 lain lebih hebat mengatasi dia. Saya nak explain bukannya dia faham lagi bab kena redha ni, bab tanggungjawab sbg anak nih.

So sekarang, saya tengah berkira nak mengajar dia dirumah. Tengah plan kokurikulum yang sesuai supaya dalam masa tak sampai setengah tahun sebelum masuk sekolah rendah, dia bersedia untuk bersaing dengan budak sebaya dengan dia. Dah tengah survey bahan yang sesuai untuk pembelajaran dia. Doakan saya dan Muhd berjaya.

6 comments:

Anonymous said...

kita doakan..kita pn dh rasa camtu..in fact smpi skang pn kami masih ajar anak lepas sekolah kt umah..awk sure boleh nyer sbb awk penyabar sket dr kiter..ekkeke

Diana AR said...

tq :)

adiratno said...

Isu yang hampir sama dengan anak saya yang kedua, tapi dia dah sekolah Darjah satu...tak nak ke sekolah bukan sebab accident ke ape, tapi MISTERI....

Diana AR said...

En Adi - MISTERI? ada yg kacau ke? kesian dia..

Anonymous said...

bole kak..mesti bole punye..guna format kokurikulum ilsm tu, cuma tuka tajuk dan kandungan je.heheh :p
darjah 1 nnti ble dh ade beg baru,kasut,baju,sume..konpem die excited nk skolah!

Diana AR said...

ita-aduyai..takan koku ILSM kot..berat tu hehe. Insyaallah gitulah hendaknya

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...