Wednesday, February 16, 2011

Hidup Bermasyarakat

Hari Maulidur Rasul semalam disambut sederhana dengan komuniti PSSCM di Taman Bukti, dimulakan dengan kudapan pagi bagi mengisi tangki masing2. Acara dimulakan dengan mendendangkan “ taala badru..” kemudian diikuti dengan bacaan marhaban. Kemudian kami diperdengarkan dengan ceramah sempena Maudlidur Rasul oleh Almarhum Ustaz Hanafi. Kami dikatakan beruntung kerana berpeluang mendengar ceramah tersebut dengan kecanggihan teknologi, ilmu2 melalui ceramah oleh manusia yang telah tiada dimuka bumi ini dapat dipanjangkan kepada generasi demi generasi. Untuk makluman semua, Ustaz Hanafi telah kembali ke rahmatullah pada 1980-an.

antara ahli PSSCM yang hadir

Antara isu yang menarik minat saya ialah hidup bermasyarakat. Kita hidup hendaklah bermasyarakat kerana akhirnya masyarat yangkita campuri inilah yang akan memastikan perjalanan akhir di bumi Allah ini disempurnakan dengan baik, Insyaallah. Maksud saya, yang menguruskan jenazah kita kelak. Tapi agak penting juga supaya kita memilih masyarakat atau komuniti yang betul dan baik untuk kita bergaul...supaya kita juga menjadi betul dan baik juga. Ustaz mengutara kebimbangan beliau dengan trend orang2 kita yang tidak mahu hidup bermasyarakat kerana ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kurangnya muafakat atau akhirnya bila ada jiran sebelah rumah yang sakit, dah meninggal baru kita tahu rupanya beliau sakit selama ni. Nauzubillah perkara begitu tu terjadi pada saya. Tapi tidak kurang juga jenis orang kita yang petang2 duduk berkumpul didepan rumah jiran dok mengata jiran2 yang lain atau bercerita cerita2 sensasi...ish itu bukan namanya bermasyarakat yang ideal, itu bergosip heheh..

Muhd sempat tertidut masa dengar ceramah.. tido meniarap lagi hehe

Syifa dan Fiqah


Duduk dengan orang tua di kawasan kejiranan saya membesar sedari kecil memberi banyak kelebihan kepada saya kerana telah lama mengenali jiran-jiran sekeliling. Selain itu saya juga melibatkan diri dengan kumpulan komuniti lain yang saya rasakan Insyaallah akan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga seperti Komuniti PSSCM dan OHM. Saya juga kerap membawa anak2 menglibatkan diri dengan aktiviti komuniti sebagai pendedahan awal untuk hidup bermasyarakat dan berkomuniti dengan harapan secara tak lansung untuk membiasakan mereka bergaul dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.

Monday, February 14, 2011

Kongsi Ilmu

Saya memang pengikut setia blog Ustaz Pahrol ni, kupasan dan pandangan beliau dalam artikel beliau sungguh sesuai dengan jiwa saya dan saya pasti kebanyakkan orang lain yang membacanya. Approach yang lembut dan seringkali membuat kita berfikir dalam. Jadi saya ingin kongsikan satu petikan artikel beliau yang saya suka dan menjadi pedoman.

Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan manusia lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengann harmoni. Pepatah lama mengatakan, burung yang sama bulu kepak dan warnanya akan terbang sekawan. Keceriaan kita akan menarik orang yang ceria untuk bersama kita. Keceriaan itu mudah ‘berjangkit’. Orang yang ceria sering dilingkungi oleh individu, situasi dan keadaan yang ceria juga.

Suasana yang semacam itulah yang akan membahagiakan cinta dalam rumah tangga. Bila kita ceria, fikiran, tindakan, perasaan dan kata-kata kita juga akan turut ceria. Percayakah anda kalau dikatakan untuk mudah belajar, bekerja dan melakukan apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti maka keceriaan itulah yang menjadi syaratnya? Ada hormon endroomorphin yang akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon yang akan memberi rasa tenang, seronok dan gembira. Inilah yang ditegaskan oleh pakar-pakar NLP.

Sebaliknya, orang yang negatif – asyik marah-marah dan merungut, hormon kortisol pula yang akan akan dirembeskan. Hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan dan individu itu akan menjadi pemurung, pemarah dan perungus. Orang yang asyik marah-marah, merungut, mengeluh dan membebel akan ‘meletihkan’ pasangannya Ingatlah tidak ada siapapun suka orang yang pemurung atau perampus.

Dia akan menghantar ‘gelombang’ yang negatif dan sebagai balasannya dia juga.akan menerima reaksi yang negatif. Hukum daya tarikan pun berlaku tetapi kali ini ke arah yang sebaliknya. Gelombang negatif ini akan menghakiskan rasa ceria dan gembira dan lambat laun akan turut meranapkan perasaan cinta. Ingat, cinta itu umpama pohon, jika tidak dibajai ia akan layu dan mungkin akan mati. Salah satu baja untuk cinta ialah memberi perasaan gembira kepada orang yang kita cintai.

Cinta tidak dapat diraih dengan ugutan dan ancaman. Ia soal hati yang memberi dan menerima dengan rela. Cinta tidak boleh dipaksa. Gelombang cinta bergerak dalam susunan rasa indah bagaikan satu simponi pada satu gubahan ‘muzik’ yang sinergi dan harmoni. Mainkan muzik cinta itu… ia akan datang dengan senyuman, sentuhan dan pandangan mata yang penuh indah dan berwarna-warni. Sungguh indah!

Untuk bacaan lanjut sila klik sini

Chef Cilik

Setiap Ahad malam, saya dan anak2 pasti terpaku kat depan TV menonton racangan kegemaran kami bersama iaitu Junior Masterchef Australia di channel 711 Astro. Sungguh mengujakan kanak2 yang berumur daripada 8 hingga 12 tahun memasak bagai chef tersohor dan makanan yang dimasak juga umpama hidangan di restoran mahal dan exclusive. Setiap kali habis rancangan itu juga, anak2 saya menjadi teruja untuk memasak..

Top 12 Junior Masterchef Australia
dr atas kiri adalah Pierre, Jack, Sam, Isabella, Sofia, Alex, Emily dan Cassidy
duduk dr kiri pula ialah Nick, Siena, Anthony dan Lucy

Bila aku suft internet di sini, rupa Isabella yang menang dan diikuti oleh Jack. Isabella adalah adik beradik dengan Sofia. Semasa saringan top 20 lagi aku dah sukakan pasangan adik beradik ini. menurut abang saya yang pernah belajar di Austarlia dan belajar mengenai sains sosial, kanak-kanak di Australia memang diajar memasak sejak kecil dan kebanyakkan merka memang pandai memasak. Ini adalah kesan daripada budaya mereka dahulu dimana bapa2 mereka pergi berperang, ibu pula keluar berkerja. Jadi mereka ditugaskan memasak dan melakukan kerja2 rumah...(dalam hati ooo..patutla dorang terer masak).

Anyway, sebenarnya nak cari resepi yang budak2 ni dok masak konon nak try.. meleleh air liur tengok.. pastu dia punya presentation dasat hehe macam kat bawah ni..

Cherry and White Choclate Clafoutis


Chocolate Ganade, Lavender Cream and Rasberry Tart

Firasat saya kalau budak2 ni boleh masak kenapa mak budak tak boleh? cuba jangan tak cuba hehe..



Friday, February 11, 2011

Learning Path

Hari ni, pagi2 seperti biasa aku bangun awal untuk menyediakan bekal untuk anak2 bawa ke sekolah termasuk untuk Mamanya sekali, sandwich sardin yumm yumm.. hari ni Muhd dah pesan nak bawa air kosong aje. Semalam dia cakap semua kawan-kawan dia bawa air kosong. Selama ni aku bekalkan dia dengan air oren sunquick atau air manis yang lain. Hmmm.. ikutkan je lah.

Setiap hari aku pasti bertanyakan apa yang dia pelajari di sekolah. Dia dah boleh count 1 till 11.. hehe.. quite funny, why 11.. bila aku tanya dia.. dia jawab entah. Bab ABC pulak... huh tunggang terbalik dia baca..mungkin belum boleh nak memorize bebanyak sangat..tp rhythm lagu ABC tu dah ada...bacaannya saja not in order. Aku tanya lagi apa yang dia belajar..terus dia sebut Monday Tuesday Wednesday Friday..emm..apa lagi ea tak ingat la.. aku pun sambung sambil dia ikut Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday.

Aku : Lagi apa lagi yang Muhd belajar?
Muhd : Hmm gambar bear, cat dalam bahasa melayulah.. beruang, kucing, mm apa yang bawah tu?
(ooo rupanya dia tgh visualize gambar animal yang dia belajar/ tengok di sekolah)
Aku : Manalah Mama tahu gambar apa Muhd, Mama tak tengok gambar animal tu.
Muhd : Takpe besok Muhd tengok lagi (dgn muka yang serius)

Muhd baru bersekolah pada umur 6 tahun, anak org lain aku rasa umur 4 tahun dah gi sekolah. Kalau ikutkan umur dia 5 tahun aku nak hantar dia masuk Tadika KEMAS tapi mas tu dia tak nak dan atuk dia boleh back-up kata tak payah..biar dia main. Tapi aku berdoa agar Muhd dapat belajar dengan baik dan bersedia apabila tiba masa masuk sekolah rendah nanti.

Tidak macam kakak2 Muhd hanya hadir Tadika KEMAS sahaja, kali ni ayahnya berkeras untuk hantar ke tadika yang ini.. katanya anak lelaki seorang. So far, kakak2 Muhd turns out well.. ada kelemahan sana sini boleh dikategorikan normal.. kena push hard sikit aku kira. Almaklumlah persaingan sengit dikala ini. Kalau nak dibandingkan dengan zaman aku sekolah dulu, silibus pelajaran sekolah rendah sekarang jauh lebih susah.. but then masih ramai yang score 5A during UPSR.

Apapun, Mama doakan yang terbaik untuk anak-anak Mama!


Friday, January 28, 2011

Dalam Kenangan

Dato' Hjh Nafsiah binti Hj Abu Bakar (hadapan sekali ditengah)bergambar
kenangan dengan team pengurusan Bahagian

Semalam merupakan hari terakhir Pengarah saya didalam perkhdimatan awam setelah memilih untuk bersara pilihan awal setahun. Masih kukuh diingatan tentang awal perkenalan pada Ogos 2007, beliau adalah asuhan MITI yang pada masa itu diterajui Datuk Rafidah Aziz. Jadi corak pemerintahannya adalah lebih kurang sama. Saya yang baru masuk ke perkhidmatan awam pada masa itu, masih dalam proses menyesuaikan diri dan belajar. Namun masih tak mencapai standard beliau. itulah proses pembelajaran dengan beliau, semua kalau boleh kena cepat. Namun, bila dikenang banyak yang saya belajar daripada beliau. Malah pernah beliau menaja saya dan bebarapa rakan pejabat dengan duit beliau sendiri untuk pergi ke satu kursus yang banyak memberi dorongan positif kepada kami dan saya merasa sangat terharu. Dalam beliau marah-marah selalu tu (saya salah seorang pegawai yang selalu kena hehehe), rupa beliau masih mahu melihat pegawai-pegawai dibawahnya berjaya dan sentiasa memajukan diri. Sejak kami dipejabat mengetahui beliau akan bersara pilihan, kami mengimbau semula bagaimana beliau mula2 ditempatkan dipejabat ini hinggalah sekarang. Kami jatuh sayang pada beliau, mana yang muda akan terasa seperti ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Mana yang hampir seusia dengan beliau akan mengkagumi beliau. Beliau tidak pernah kering idea dalam pelbagai usaha menambah baik, bak kata rakan kepada saya, samada kami larat tak larat nak buat sahaja.

Usaha beliau dalam memantapkan rohani anggota Jabatan adalah warisan beliau yang kami belum pasti bagaimana ianya akan diteruskan selepas ketiadaan beliau. Semasa beliau ada, ustaz -ustaz seperti Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Hassan Din dan ramai lagi telah datang ke pejabat kami untuk memberikan ceramah.

Saya dan rakan-rakan pejabat yang lain mendoakan Dato' agar selamat sejahtera dan semoga Dato dirahmati Allah selalu. Banyak jasa Dato' pada kami semua dan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Friday, January 7, 2011

Seni Mempertahankan Diri

image credit to google

Pengumuman: Bagi anda yang duduk berhampiran Seremban jika berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri (silat cekak malaysia), pengijazahan (pengambilan) baru akan dibuat pada bulan feb 2011 ni. Belajar 2x seminggu dan tamat dalam masa 7 bulan.

Wednesday, January 5, 2011

Mentari Terbit Tahun 2011 di Bukit Broga

Pada awal pagi tahun baru 2011 yang lalu, pukul 3.30 pagi saya dah kejutkan anak2 untuk bangun dan bersiap-siap utk ekspedisi naik Bukit Broga untuk melihat matahari terbit. Anak2 sangat teruja.. ye lah punya lah lama mak dia janji nak bawa. Pukul 5.05 pagi kami dah tiba di Petronas Semenyih tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Program kali ni dikelolakan oleh Garfu dr OHM. Sambil menunggu sempat makan coklat untuk alas perut.

Pendakian Bukit Broga kali ni disertai Garfu, Sha, saya, anak2 (Syifa, Fiqa dan Muhammad) bersama 3 orang lagi kawan Zeti kalu tak silap. (sori la akak tak ingat nama korang..hehe tapi terima kasih banyak2 sebab tolong anak2 akak yang 3 orang tu masa naik dan turun) Tapi masa tiba di temapt parking, punyalah banyak kereta.. ini sure beratur nak naik atas ni. Dengarnya ada yang berkhemah untuk count down di puncak malam sebelum tu.

Bukit Broga ni ada 4 puncak, kami mendaki tiba kat puncak pertama, dah ramai yang ambil port memasing tunggu matahari naik, kami teruskan untuk ke puncak 2, pun ramai.. lepas skit pucak 2 kami cari port utk rehat sambil tunggu matahari naik, puncak 3 nampak dah crowded.. tunggu matahari naik baru naik ke puncak 3 dan 4. Sambil tunggu matahari naik, memasing bukak bekal utk isi perut dan ada yang menunaikan solat subuh,

yang cahaya putih skit2 tu matahari bakal nak naik

muhammad dgn tourch light..almaklumla..camera hp mak dia takde flash

fiqa yang disuluh oleh kakaknya

muhammad

ni gambar dah turun dari puncak 3 & 4, syifa sakit kaki.. sehari sebelum kaki dia dihempap kerusi dan lembab ibu jari kaki, tapi masih nak ikut

beratur haa nak turun

fiqah


punya lah dahaga.. gulp gulp
Pukal 8.45 pagi kami dah samapai ke bawah semula.. nak turun pun beratur

Lepas bersalam-salam dgn geng OHM, saya dan anak2 pun buat keputusan untuk pi menyejukkan badan di Sg Tekala. Ye lah berpeluh2.. sangat best kalau dapat mandi air sejuk. Pelampung anak2 mmg dah dok dalam bonet tak dikeluarkan sejak minggu lepas pi Ulu Bendul. Khemah pun ada bawak.. lepas mandi boleh baring2 jap.. cewahh.

airnya jernih, walaupun tak dalam tetap nak pakai pelampung dorang ni hehe


khemah biru kami punya



crystal clear

Hujung minggu ni OHM ada aktiviti naik Gunung Angsi pulak dan Saya masih menimbangkan samada nak pergi atau tidak. Anak2 kalau tau mesti nak ikut jugak tu..

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...