Wednesday, February 16, 2011

Hidup Bermasyarakat

Hari Maulidur Rasul semalam disambut sederhana dengan komuniti PSSCM di Taman Bukti, dimulakan dengan kudapan pagi bagi mengisi tangki masing2. Acara dimulakan dengan mendendangkan “ taala badru..” kemudian diikuti dengan bacaan marhaban. Kemudian kami diperdengarkan dengan ceramah sempena Maudlidur Rasul oleh Almarhum Ustaz Hanafi. Kami dikatakan beruntung kerana berpeluang mendengar ceramah tersebut dengan kecanggihan teknologi, ilmu2 melalui ceramah oleh manusia yang telah tiada dimuka bumi ini dapat dipanjangkan kepada generasi demi generasi. Untuk makluman semua, Ustaz Hanafi telah kembali ke rahmatullah pada 1980-an.

antara ahli PSSCM yang hadir

Antara isu yang menarik minat saya ialah hidup bermasyarakat. Kita hidup hendaklah bermasyarakat kerana akhirnya masyarat yangkita campuri inilah yang akan memastikan perjalanan akhir di bumi Allah ini disempurnakan dengan baik, Insyaallah. Maksud saya, yang menguruskan jenazah kita kelak. Tapi agak penting juga supaya kita memilih masyarakat atau komuniti yang betul dan baik untuk kita bergaul...supaya kita juga menjadi betul dan baik juga. Ustaz mengutara kebimbangan beliau dengan trend orang2 kita yang tidak mahu hidup bermasyarakat kerana ini sedikit sebanyak akan menyebabkan kurangnya muafakat atau akhirnya bila ada jiran sebelah rumah yang sakit, dah meninggal baru kita tahu rupanya beliau sakit selama ni. Nauzubillah perkara begitu tu terjadi pada saya. Tapi tidak kurang juga jenis orang kita yang petang2 duduk berkumpul didepan rumah jiran dok mengata jiran2 yang lain atau bercerita cerita2 sensasi...ish itu bukan namanya bermasyarakat yang ideal, itu bergosip heheh..

Muhd sempat tertidut masa dengar ceramah.. tido meniarap lagi hehe

Syifa dan Fiqah


Duduk dengan orang tua di kawasan kejiranan saya membesar sedari kecil memberi banyak kelebihan kepada saya kerana telah lama mengenali jiran-jiran sekeliling. Selain itu saya juga melibatkan diri dengan kumpulan komuniti lain yang saya rasakan Insyaallah akan membawa kebaikan kepada diri dan keluarga seperti Komuniti PSSCM dan OHM. Saya juga kerap membawa anak2 menglibatkan diri dengan aktiviti komuniti sebagai pendedahan awal untuk hidup bermasyarakat dan berkomuniti dengan harapan secara tak lansung untuk membiasakan mereka bergaul dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.

No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...