Hari ni, pagi2 seperti biasa aku bangun awal untuk menyediakan bekal untuk anak2 bawa ke sekolah termasuk untuk Mamanya sekali, sandwich sardin yumm yumm.. hari ni Muhd dah pesan nak bawa air kosong aje. Semalam dia cakap semua kawan-kawan dia bawa air kosong. Selama ni aku bekalkan dia dengan air oren sunquick atau air manis yang lain. Hmmm.. ikutkan je lah.
Setiap hari aku pasti bertanyakan apa yang dia pelajari di sekolah. Dia dah boleh count 1 till 11.. hehe.. quite funny, why 11.. bila aku tanya dia.. dia jawab entah. Bab ABC pulak... huh tunggang terbalik dia baca..mungkin belum boleh nak memorize bebanyak sangat..tp rhythm lagu ABC tu dah ada...bacaannya saja not in order. Aku tanya lagi apa yang dia belajar..terus dia sebut Monday Tuesday Wednesday Friday..emm..apa lagi ea tak ingat la.. aku pun sambung sambil dia ikut Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday.
Aku : Lagi apa lagi yang Muhd belajar?
Muhd : Hmm gambar bear, cat dalam bahasa melayulah.. beruang, kucing, mm apa yang bawah tu?
(ooo rupanya dia tgh visualize gambar animal yang dia belajar/ tengok di sekolah)
Aku : Manalah Mama tahu gambar apa Muhd, Mama tak tengok gambar animal tu.
Muhd : Takpe besok Muhd tengok lagi (dgn muka yang serius)
Muhd baru bersekolah pada umur 6 tahun, anak org lain aku rasa umur 4 tahun dah gi sekolah. Kalau ikutkan umur dia 5 tahun aku nak hantar dia masuk Tadika KEMAS tapi mas tu dia tak nak dan atuk dia boleh back-up kata tak payah..biar dia main. Tapi aku berdoa agar Muhd dapat belajar dengan baik dan bersedia apabila tiba masa masuk sekolah rendah nanti.
Tidak macam kakak2 Muhd hanya hadir Tadika KEMAS sahaja, kali ni ayahnya berkeras untuk hantar ke tadika yang ini.. katanya anak lelaki seorang. So far, kakak2 Muhd turns out well.. ada kelemahan sana sini boleh dikategorikan normal.. kena push hard sikit aku kira. Almaklumlah persaingan sengit dikala ini. Kalau nak dibandingkan dengan zaman aku sekolah dulu, silibus pelajaran sekolah rendah sekarang jauh lebih susah.. but then masih ramai yang score 5A during UPSR.
Apapun, Mama doakan yang terbaik untuk anak-anak Mama!
1 comment:
mmg skrg nie persaingan sengit kan dr segi pelajaran..bdk2 makin cerdik skrg..sy pon x hntar Nureen ke tadika lg..tunggu umur 5 thn lah br hntar..:)
Post a Comment