
Dato' Hjh Nafsiah binti Hj Abu Bakar (hadapan sekali ditengah)bergambar
kenangan dengan team pengurusan Bahagian
Semalam merupakan hari terakhir Pengarah saya didalam perkhdimatan awam setelah memilih untuk bersara pilihan awal setahun. Masih kukuh diingatan tentang awal perkenalan pada Ogos 2007, beliau adalah asuhan MITI yang pada masa itu diterajui Datuk Rafidah Aziz. Jadi corak pemerintahannya adalah lebih kurang sama. Saya yang baru masuk ke perkhidmatan awam pada masa itu, masih dalam proses menyesuaikan diri dan belajar. Namun masih tak mencapai standard beliau. itulah proses pembelajaran dengan beliau, semua kalau boleh kena cepat. Namun, bila dikenang banyak yang saya belajar daripada beliau. Malah pernah beliau menaja saya dan bebarapa rakan pejabat dengan duit beliau sendiri untuk pergi ke satu kursus yang banyak memberi dorongan positif kepada kami dan saya merasa sangat terharu. Dalam beliau marah-marah selalu tu (saya salah seorang pegawai yang selalu kena hehehe), rupa beliau masih mahu melihat pegawai-pegawai dibawahnya berjaya dan sentiasa memajukan diri. Sejak kami dipejabat mengetahui beliau akan bersara pilihan, kami mengimbau semula bagaimana beliau mula2 ditempatkan dipejabat ini hinggalah sekarang. Kami jatuh sayang pada beliau, mana yang muda akan terasa seperti ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Mana yang hampir seusia dengan beliau akan mengkagumi beliau. Beliau tidak pernah kering idea dalam pelbagai usaha menambah baik, bak kata rakan kepada saya, samada kami larat tak larat nak buat sahaja.
Usaha beliau dalam memantapkan rohani anggota Jabatan adalah warisan beliau yang kami belum pasti bagaimana ianya akan diteruskan selepas ketiadaan beliau. Semasa beliau ada, ustaz -ustaz seperti Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Hassan Din dan ramai lagi telah datang ke pejabat kami untuk memberikan ceramah.
Saya dan rakan-rakan pejabat yang lain mendoakan Dato' agar selamat sejahtera dan semoga Dato dirahmati Allah selalu. Banyak jasa Dato' pada kami semua dan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.
1 comment:
Yang baik itu akan senantiasa di kenang.
Post a Comment