Pada awal pagi tahun baru 2011 yang lalu, pukul 3.30 pagi saya dah kejutkan anak2 untuk bangun dan bersiap-siap utk ekspedisi naik Bukit Broga untuk melihat matahari terbit. Anak2 sangat teruja.. ye lah punya lah lama mak dia janji nak bawa. Pukul 5.05 pagi kami dah tiba di Petronas Semenyih tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Program kali ni dikelolakan oleh Garfu dr OHM. Sambil menunggu sempat makan coklat untuk alas perut.
Pendakian Bukit Broga kali ni disertai Garfu, Sha, saya, anak2 (Syifa, Fiqa dan Muhammad) bersama 3 orang lagi kawan Zeti kalu tak silap. (sori la akak tak ingat nama korang..hehe tapi terima kasih banyak2 sebab tolong anak2 akak yang 3 orang tu masa naik dan turun) Tapi masa tiba di temapt parking, punyalah banyak kereta.. ini sure beratur nak naik atas ni. Dengarnya ada yang berkhemah untuk count down di puncak malam sebelum tu.
Bukit Broga ni ada 4 puncak, kami mendaki tiba kat puncak pertama, dah ramai yang ambil port memasing tunggu matahari naik, kami teruskan untuk ke puncak 2, pun ramai.. lepas skit pucak 2 kami cari port utk rehat sambil tunggu matahari naik, puncak 3 nampak dah crowded.. tunggu matahari naik baru naik ke puncak 3 dan 4. Sambil tunggu matahari naik, memasing bukak bekal utk isi perut dan ada yang menunaikan solat subuh,

yang cahaya putih skit2 tu matahari bakal nak naik

muhammad dgn tourch light..almaklumla..camera hp mak dia takde flash

fiqa yang disuluh oleh kakaknya

muhammad

ni gambar dah turun dari puncak 3 & 4, syifa sakit kaki.. sehari sebelum kaki dia dihempap kerusi dan lembab ibu jari kaki, tapi masih nak ikut

beratur haa nak turun

fiqah


punya lah dahaga.. gulp gulp

Pukal 8.45 pagi kami dah samapai ke bawah semula.. nak turun pun beratur
Lepas bersalam-salam dgn geng OHM, saya dan anak2 pun buat keputusan untuk pi menyejukkan badan di Sg Tekala. Ye lah berpeluh2.. sangat best kalau dapat mandi air sejuk. Pelampung anak2 mmg dah dok dalam bonet tak dikeluarkan sejak minggu lepas pi Ulu Bendul. Khemah pun ada bawak.. lepas mandi boleh baring2 jap.. cewahh.

airnya jernih, walaupun tak dalam tetap nak pakai pelampung dorang ni hehe


khemah biru kami punya



crystal clear
Hujung minggu ni OHM ada aktiviti naik Gunung Angsi pulak dan Saya masih menimbangkan samada nak pergi atau tidak. Anak2 kalau tau mesti nak ikut jugak tu..
4 comments:
psstt..yg 3 org lg tu bukan kawan zeti tp member baru OHM ^^ syahirah + 2 kwn dia
opps..ok noted
mana gambar sunrise sis? dee pun pegi aritu bwk anak2..tp matahari dh nak naik..subhanallah..cantikkan..
alamak! tu la dek sebab teruja sgt lupa snap.. nanti cilok kat geng lain punya camera.
Post a Comment