Wednesday, August 31, 2011

Aidilfiri 2011

Entry ni dah lama di taip tapi tak publish2.. dah nak expired dah hehe. Catattan saya mengenai raya tahun ni ringkas je.

Setiap kali malam raya di Seremban, akan ada rombongan takbir dari rumah ke rumah. Tahun ni, menu mee kari. Mak serah tugas kepada saya untuk masak. Alhamdulillah jadi pula mee kari, walaupun first time. Ye lah kan umur dah dekat 40 takan tak boleh.

Tahun ini beraya di Seremban dahulu, di rumah mak dan abah saya. Kami lima beradik dapat berkumpul semua kali ini plus ipar-ipar, selalu mesti ada yang kurang hehe.. saya la tu. Tahun ni baju takde tema2 color..ikut suka je le. Sayangnya gambar sekeluarga yang telah di'save'kan oleh kak ipar dan adik telah hilang kerana hard drive saya terpaksa diformat semula. Nanti kalau ada kemudian, insyallah saya akan paparkan.

Raya pertama kami tak kemana, lepas solat sunat raya dan makan2, kami menziarah pusara nenek. Ramainya manusia.

Hari raya kedua pagi, kami bertolak ke Johor, rumah mentua. Beraya di sana pula. Beraya rumah Mak Long kemudian balik kampung di Rengit.

Di rumah Mak Long

Ucu dan anak2 buah asyik bergambar dalam kereta


dengan anak- anak


Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri 2011


Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua daripada saya sekeluarga.

Thursday, August 25, 2011

Ibu Yang Risau

Lama betul tak ber update blog ni. Saya dah tukarkan Muhammad pergi kindy KEMAS sahaja mcm kakak-kakak dia sebelum ni. Muhammad nampak lebih seronok, lebih-lebih lagi Adif kawan sebelah rumah bersekolah di situ. Pembelajaran di KEMAS lebih relaks pada pendapat saya jika nak dibanding di tadika yang sebelum ini. Tadika yang sebelum ini memang bagus, english medium, silibus pembelajaran yang agak tersusun dan fokus kepada percapaian akademik anak2 muridnya. Pada tanggapan awal saya dan suami dulu, kami harap anak kami ini akan jadi one of the excellence bila masuk darjah satu nanti.

Tapi rasanya harapan kami terlalu tinggi buat dia, lebih-lebih lagi anak lelaki. He is very playful. Sedangkan di sekolah yang dahulu, slot bermain dan aktiviti adalah sangat kurang. Kalau saya sendiri, saya akan rasa tidak mahu ke sekolah kerana 'ten sen' dengan keadaan yang serius dan terlalu akademik.

Di tadika KEMAS sekarang, Muhammad ada juga ponteng...tapi tidaklah sekerap semasa di tadika yang lama. Okla tu i guess.

Semalam saya menghadiri Kursus Kreatif dan Inovatif yang dianjurkan oleh pejabat dan fasilitator adalah daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Sebenarnya kita dari kecil memang telah sedia kreatif. Saya masih ingat ketika masih kecil ketika bermain dengan kawan2, walaupun tiada lambakan permainan yang canggih macam sekarang tetapi kami masih dapat bermain dengan rasa yang sangat seronok, buat khemah pakai selimut, main naik keretapi pakai kotak dan macam2 lagi. Itulah yang dinamakan kreativiti. Tetapi bila umur meningkat, membesar dalam norma yang kononnya teratur dan sopan atau sistem pembelajaran dari sekolah hinggan ke universiti telah mengurangkan atau menlenyapkan daya kreativiti dalam diri kita apabila kita dewasa.

Lagi satu isu yang dibangkitkan untuk focus group dalam kursus tersebut ialah tentang statistik pelajar lelaki yang tidak seimbang dengan pelajar perempuan di universiti. Macam2 pendapat yang diutarakan kenapa situasi ini berlaku, budak lelaki malas, tidak fokus, lebih minat kepada kemahiran daripada teori, lebih dimanjakan, tidak diberikan perahatian sebagaimana budak perempuan atau budak lelaki telah dibiarkan lepas bebas tanpa pengawasan yang ketat tidak seperti budak perempuan dan lain-lain faktor.

Adakah silibus dan kokurikulum disekolah sekarang lebih cenderung kepada cara yang sesuai untuk perempuan berbanding daripada lelaki? kenapa mata pelajaran kemahiran tidak dinilai atau boleh dianggap sebagi mata pelajaran teras? Adakah kerana pembuat silibus dan kokurikulumnya juga ramai perempuan yang menyebabkan silibus yang dihasilkan cenderung kepada cara pemikiran perempuan? Tengok sajalah jumlah guru lelaki sekarang? Berapa kerat sangat. Sebagai ibu yang mempunyai anak lelaki sudah tentunya saya risau dengan fenomena ini.

Mengikut psikologi, lelaki hanya boleh fokus kepada sedikit perkara pada satu2 masa sedangkan perempuan berkebolehan untuk melakukan multitasking. Tak tahulah, tapi itu yang saya belajar masa kelas rakan pembimbing. Bila diperhatikan memang ada betulnya. Tengok sahaja bila En Suami kalau time tengok TV, memang fokus giler sampai bila saya bercakap atau minta tolong apa2 time tu, jangan harap la responnya seperti yang diharapkan. Sedangkan kita jadi isteri ni, time tu la masak, time tu cuti kain, time tu lah tengokkan anak dan time tu jugalah tgk tv hahahaha. Sedar2 semua dah setel.

Tapi apa yang membimbangkan saya dan beberapa ibu yang lain adalah sistem pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia sekarang ini. Bila menyemak pelajaran anak-anak dara saya yang dua orang tu, saya menjadi kasihan kerana silibus pembelajaran diperingkat sekolah rendah makin susah. Darjah satu dah belajar bahasa arab, darjah dua dah kena buat karangan. Aduhai. Sainsnye pulak lebih kepada teori...bila anak tanya saya pun pening nak menjawabkan. Tapi masih ramai yang skor straight A. Saya tertanya-tanya bagaimanakah anak2 ini belajar? bila pula mereka nak bermain, mengasah kreativiti mereka?

Yang pasti saya sendiri akan mula mengasah kreativiti saya yang dah agak tumpul ni. barulah anak2 boleh ikut jejak langkah. Saya juga kena beri lebih kebebasan kepada anak2 untuk berkreativiti dan berimaginasi bagi perkembangan minda yang positif.

JUST DO IT, LETS BE CREATIVE AND INOVATIVE!




Tuesday, August 2, 2011

Double Birthday Celebration

Sabtu lepas, kami menyambut harijadi Muhammad (26 Julai) dan Fiqah (4 Ogos)..buat sekaligus senang, lagipun Fiqah nak sambut sekali sebab tarikh lahirnya dia jatuh pada 4 Ramadhan- puasa. Sambut kecil-kecilan saja..

Happy 10th Birthday Nur Syafiqah
moga Fiqah dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat

Happy 6th Birthday Muhammad
moga Muhammad dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

kek



Friday, July 22, 2011

Home Schooling


Rasanya abis ihktiar, saya akan menjadi guru dalam masa terdekat ini. Part-timer hehe.

Anak saya yang seorang ni, sejak bercuti panjang selepas accident jatuh basikal pada tempoh hari telah mendatangkan impak yang besar pada dirinya. Memang dia tak mahu pergi sekolah setelah lama berehat di rumah. Pernah saya ambil cuti 3 hari nak pastikan dia pergi sekolah, pergi berhantar, balik berjemput. Nampak dia ok. Biasanya ada van yang akan menjemput dan hantar dia balik. Almaklumla mak dia ni mencari rezeki jauh di perantauan huhu (bila la dorang nak luluskan permohonan tukar saya ni).

Memula dulu dalam seminggu ada 1-2 hari tak datang, sekarang ni dia tak mahu pergi langsung..aduhai. Dia ni pulak kalau malam sebelum gi sekolah kalau saya pujuk, kakak2 dia pujuk atau Atuk dan Wan pujuk, dia akan cakap ok, dia pergi. Tapi bila keesokkan paginya dia tak nak pergi. Puas dah Wan dia pujuk. Siap nak angkat dia gi bilik air pun dia keraskan badan dia. Bertuah betul yang seorang ni. Nak tukar sekolah pun dia tak nak.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, Muhd anak yang bijak dan sensitif..sebelum accident tu dia seronok ke sekolah, boleh kenal dan baca abjad dan nombor, mengira, membaca suku kata dengan baik. Sekarang bab nak baca tu agak lemah (teacher dia pun cakap gitu). Saya rasa setelah lama cuti dia agak ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Muhd seorang yang sukakan kemenangan dan rasakan apa yang dia buat betul dan hebat. Jadi bila dia ketinggalan begitu, dia rasa tidak seronok lagi nak ke sekolah. Kawan2 lain lebih pandai, kawan2 lain lebih hebat mengatasi dia. Saya nak explain bukannya dia faham lagi bab kena redha ni, bab tanggungjawab sbg anak nih.

So sekarang, saya tengah berkira nak mengajar dia dirumah. Tengah plan kokurikulum yang sesuai supaya dalam masa tak sampai setengah tahun sebelum masuk sekolah rendah, dia bersedia untuk bersaing dengan budak sebaya dengan dia. Dah tengah survey bahan yang sesuai untuk pembelajaran dia. Doakan saya dan Muhd berjaya.

Monday, July 4, 2011

Tatu?

Pada malam hari Jumaat lepas saya berkesempatan membawa anak-anak ke Persembahan Tatu PDRM dan ATM di Stadium Paroi, Seremban. Rupanya ATM dan PDRM Negeri Sembilan terpilih sebagai perintis program Blue Ocean Strategy, iaitu pergabungan tenaga antara dua agensi ini bagi memantapkan pertahanan negara.

Lepas solat Maghrib kami pun bergegas bertolak ke stadium kerana nak mengelakkan sesak dan dan 'cop' tempat duduk 'baek punya'. Letak kereta di dalam area masjid dan kami berjalan ke stadium. Alhamdulillah, orang tak begitu ramai lagi, jadi dapat kami tempat duduk yang agak2 dapat tengok persembahan malam tu dengan view yang baik.
Persembahan dimulakan dengan persembahan music band daripada PDRM Seremban dengan artis jemputan Aris Ariwatan. Masa ni la baru rasa kalau ada DLSR sebijik kan bagus, tapi harus ada kemera biasa dulu, bila da nak beli. Tangkap gambar pakai handphone ni..alahai macam semut je nampak orangnya..kahkahkah.







Selepas ketibaan MB Negeri Sembilan, wakil PDRM dan ATM, acara dimulakan dengan persembahan 'gimmick' lakonan hijack pengganas merampas pesawat boieng 707 setelah mendarat di KLIA (ditunjuk di skrin 'score board' stadium). Kemudian Pengganas telah meminta kereta dan membawa tebusan. Acara kejar mengejar bermula sampai kereta tersebut masuk ke dalam stadium, dikejar dengan kereta, jeep, motosikal, 2 helikopter. Agak mencemaskan juga, anak-anak saya agak takut dengan bunyi tembakan dan letupan.

kereta-kereta polis dan helikopter

ni dah nak habis..semua pelakon berbaris kat depan pentas

Kemudian ada juga persembahan daripada para glider ATM keluarkan bunga api dan asap melintasi dan membuat reformasi di atas stadium.

bunga api!


Acara seterusnya adalah persembahan pancaragam daripada PDRM. Mereka siap pakai lampu dibaju dan peralatan.

Ini pula pancaragam daripada ATM, sangat best lagu2 yang dibawakan

Persembahan seterusnya adalah gerak tempur oleh ATM, ngeri juga dia punya gerak, sepak pakai kasut boot tu, aduhai. Bila part bersenjata dorang pakai pisau. Dan akhir sekali, adalah sesi pecahkan papan, yang pecahkan pakai kaki dan tangan saya tak kisah sangat, yang pecahkan pakai kepala tu yang aduhai..benjol la rasaya hehe. Bila diperhatikan betul2, macam gerak silat pun ada.

Ini pula adalah persembahan kawad patung oleh PDRM, sangat menarik, kalau di England dikenali sebagi toy soldier. Sangat kelakar dan lawak.


Akhir sekali dan yang ditunggu-tunggu adalah persembahan tatu oleh PSRM dan ATM. Gambar akan diupload kemudian sebab di kamera hp anakanda. Hp maknya dah abis bateri huhu. Ada yan naik motor dan kuda.

Anak-anak enjoy dengan persembahan tersebut walaupun mata dah mengantuk dan perut pulak minat diisi.

Monday, June 27, 2011

Teater Makyong

Malam Jumaat lepas, berkesempatan menonton teater Makyong bertajuk Dewa Indera dan Indera Dewa di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan NS di Seremban di datangkan khas daripada Istana Budaya. Masuk percuma, apa lagi bawalah anakanda 3 orang itu. Mulanya aku ingatkan bila Mak Yong mestilah serius dan berat, tambah lagi dipersembahkan dalam dialek Kelantan yang pekat. Tetapi sangkaan saya meleset bila persembahan teater ini diselitkan dengan genre komedi dan seram..

Paling kelakar si Peram Tua dan Peram Muda iaitu pengasuh diRaja. Tak tinggal ketua inang...

Unsur seram pula ditonjolkan dengan kemunculan watak jin2 daripada belakang dan tepi penonton menuju ke pentas. Jin2 ini mencari makan dan seterusnya mahu memperisterikan tuan puteri.

Saya dan anak2 enjoy ..kalau nak ke Istana Budaya, tak tahu bila nak sampai, harap2 JKKN NS anjurkan lebih banyak lagi teater selepas ni.











Sinopsis:
Mengisahkan dua beradik anak raja iaitu Dewa Indera dan Indera Dewa yang pergi berburu di dusun lama pusaka peninggalan ayahanda dan bonda mereka. Semasa sedang asyik berburu, Indera dewa terasa sangat dahaga. Jadi Dewa Indera telah mengarahkan pengasuhnya pergi mencari air untuk diberi minum kepada adiknya. Lalu pengasuh (Peran Tua) pun pergi mendapatkan air di persekitaran dusun dan apabila dibawa pulang air tersebut diberi kepada Indera Dewa tetapi air diminum itu dirasakan terlalu hanyir, maka dikerah pengasuh untuk membawanya ke tempat air diperolehi.


Apabila tiba di lopak air tersebut, baginda berdua ternampak Puteri Selindungan Daun sedang pengsan. Rupanya air yang hanyir itu adalah air mata Puteri Selindungan Daun. Maka bertaruhlah Dewa Indera dan Indera Dewa untuk memikat puteri tersebut, yakni Puteri Selindungan Daun akan dimiliki oleh sesiapa yang berjaya memulihkannya dari pengsan. Maka bermulalah pelbagai kisah yang ditempuhi oleh mereka.


Tenaga Produksi Pengarah Bersama : Fatimah Abdullah dan Rosnan Rahman
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
Pemuzik : Istamuzika

Pelakon Rosnan Rahman (Dewa Indera)
Arja Lee (Indera Dewa)
Norsiah Yatim
Hanipah Khairi
Haslinda Abd Manap
Sharifah Raha Syed Mustaffa
Romli Abdullah
Roslan Harun
Che Bam
Samsuraya
Artistana Istana Budaya

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...