Malam Jumaat lepas, berkesempatan menonton teater Makyong bertajuk Dewa Indera dan Indera Dewa di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan NS di Seremban di datangkan khas daripada Istana Budaya. Masuk percuma, apa lagi bawalah anakanda 3 orang itu. Mulanya aku ingatkan bila Mak Yong mestilah serius dan berat, tambah lagi dipersembahkan dalam dialek Kelantan yang pekat. Tetapi sangkaan saya meleset bila persembahan teater ini diselitkan dengan genre komedi dan seram..
Paling kelakar si Peram Tua dan Peram Muda iaitu pengasuh diRaja. Tak tinggal ketua inang...
Unsur seram pula ditonjolkan dengan kemunculan watak jin2 daripada belakang dan tepi penonton menuju ke pentas. Jin2 ini mencari makan dan seterusnya mahu memperisterikan tuan puteri.
Saya dan anak2 enjoy ..kalau nak ke Istana Budaya, tak tahu bila nak sampai, harap2 JKKN NS anjurkan lebih banyak lagi teater selepas ni.








| Sinopsis: |
Apabila tiba di lopak air tersebut, baginda berdua ternampak Puteri Selindungan Daun sedang pengsan. Rupanya air yang hanyir itu adalah air mata Puteri Selindungan Daun. Maka bertaruhlah Dewa Indera dan Indera Dewa untuk memikat puteri tersebut, yakni Puteri Selindungan Daun akan dimiliki oleh sesiapa yang berjaya memulihkannya dari pengsan. Maka bermulalah pelbagai kisah yang ditempuhi oleh mereka. | ||||
| Tenaga Produksi | Pengarah Bersama : Fatimah Abdullah dan Rosnan Rahman Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim Pemuzik : Istamuzika | |||
| Pelakon | Rosnan Rahman (Dewa Indera) Arja Lee (Indera Dewa) Norsiah Yatim Hanipah Khairi Haslinda Abd Manap Sharifah Raha Syed Mustaffa Romli Abdullah Roslan Harun Che Bam Samsuraya Artistana Istana Budaya | |||
3 comments:
menariknya..saya terlepas siri pula walhal dah maklum ada teater..jarang dapat tonton teater ni
tk ajak pong...huhuhu...org 1st date dgn laki org dlu tgk teater kt situ la..
intan - takpe next time
hazel - hehe sori x ajak, ni budak2 silat yg selaras booking tempat, next yek, tgk teater apa dgn En Abg? hehe
Post a Comment