Friday, May 7, 2010

Mari ke Perpustakaan Awam

Anak-anak perempuan saya sekarang sangat bermotivasi membaca buku dan meminjam buku tak kirala samada di perpustakaan sekolah ataupun di perpustakaan awam di Seremban. Diaorang ni target untuk dapat hadiah akhir tahun nanti kerana membaca banyak buku..rekod buku yang dibaca akan dicatat dalam Buku Nilam...

Aku dulu kecik-kecik..sekolah menengah la baru terhengeh nak gi public library ni..sekolah rendah..gi library kat sekolah je..

So awal tahun 2010 ari tuh..aku bawa diaorang ke library ni setelah beberapa kali didesak..terus jadi ahli..RM3 je setahun utk kanak2 sekolah..(Muhammad marah betul pada mulanya sebab tak boleh jadi ahli..dia tak cukup umur..heheh)

Setiap kali ke sini (biasanya weekend le)..saya akan duduk baca surat khabar kat sofa depan TV (bukan apa kat umah kena tunggu turn baca..abah, mak dan adik saya ..berebut!) Syifa dan Fiqah akan cari buku untuk pinjam dan baca buku yang tak boleh dipinjam dan educational magazines mcm Dewan Pelajar...yang Muhammad plak akan cari storybook yang banyak gambar especially gambar animals..lepas tu siap la aku dia tanya.."Mama ini apa?..ini apa?..yang ini pulak apa?" layankan je..dah boring dia main softtoys yang ada kat satu sudut ni..dia main la sorang2..

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan...(gambar dicedok dr website)
Bahagian Kanak2 di bawah dan Bahagian Dewasa ditingkat atas..tak pernah pulak saya naik ke Bahagian Dewasa..nantilah belum terbukak hati..hehehe


Fiqa tengah mengisi Buku Nilam..Syifa tengah tekun baca himpunan Dewan Pelajar

kaunter peminjaman/ pemulangan/ keahlian..

banyak jugak buku kat sini..saya kekadang amik jugak baca buku kategori kanak2 ni..layan jer, especially buku yang reference yang tak boleh pinjam..buku2 yang imported dan yang mahal2..saya belasah je asal dapat knowledge..



Tempoh pinjam buku adalh 2 minggu..maknanya saya akan ke library ni dua minggu sekali..anak2 punye pasal..ken abagi sokongan le lagipun aku suka tengok diaorang ni bersemangat nak membaca..biarlah samapi ke tua habit diaorang ni..


Thursday, May 6, 2010

Aduhh tak keluar vocab english saya!!


Sangap..menguap..tah berapa kali. Baru nak sambung tulis jurnal dalam bahasa inggeris setelah beberapa hari ditangguhkan atas sebab yang tak dapat dielakkan..meeting la, buka tender la, attend phone calls, semak surat2, jumpa bos, discussion...ke sebenarnya sebab otak dah berkarat ni. Nak kena tulis jurnal related dengan human resource dalam 10 hingga 20 mukasurat..kalau english saya superb..mungkin takde masalah..

Cemanapun, saya terima la cabaran ni dengan rasa besar hati...(ye ke?) Mungkin nanti panel yang periksa saya punya jurnal akan pening kepala tgk vocab saya..hahahah

Agaknya orang yang amik Master dan Phd tu cemana la ye buat paper...

Tuesday, May 4, 2010

ATV Adventure

Tarikh : 2 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 2.30 ptg
Tempat : ATV Adventure Park, Kemensah
Peserta : 14 orang

Ok kali ni saya nak share xtvt ride ATV di Kg Kemensah. Tempat ni terletak lebih kurang 4.6km dari simpang masuk Zoo Negara. Seramai 14 orang menyertai acara yang dianjurkan oleh OHM dan pengelola kali ni adalah Cik Zeti kita...(tepukan utk beliau.. heheh...lainkali kelola xtvt yg best2 lagi k)

So dalam pukul 1.50 pakat reramai tunggu kat depan Zoo, ada 5 atau 6 kereta rasanya semua sekali..patutnya saya bersama Hazel (sepupu saya), tapi beliau ada komitmen lain yang tak boleh nak dielakkan.

Sepanjang nak sampai ke ATv Adventure Park tersebut ada beberapa kawasan chalet kat tepi sungai yg agak menarik..agaknya adala sekali yang Filanie dok citer dlm blog dia tu.

Komen saya, memang best..highly recommed bagi yang sukakan xtvt outdoor...tak merbahaya dengan syarat kita ikut peraturan..

ATV ni ada manual dan ada auto...kami girls bawa auto le..dan 2 lelaki bawa manual..tekan minyak dan brek je..gear depan, neutral dan belakang sahaja...naik bukit press je minyak..nampak lubang lecak batu..tak payah elak..langgar je..kelajuan offroad max 40km/j manakala on road 30km/j...(ini sebab tayar dia bunga besar..saa konsep cam 4x4 jugak la ni..kat jln biasa tak grip...jalan tanah grip abis)

Sebenarnya ada banyak lagi gambar..tgh tunggu Cik Zeti emel...gambar yang ada ni sumbangan Garfu dan saya cedok dari FB...(tima kasih ye)..

Kami dipecahkan kepada 2 group...sebab susah Guide nak kawal kalau reramai sangat..Group 1 - Garfu, Sha, Abg Eanal...yang lain tak ingat nama da..baru first time jumpa rasanya..heheh. Group 2 - diketuai oleh Zeti...lagi tak ingat nama da..sori ye..nama Guide yang 2 orang tu pun lupa saya nak tanya..sori ye..terima kasih bebanyak sebab jadi Guide kami merangkap Cameraman..hahahaha..



baru sampai..register OHM

tgh tunggu turn utk test drive

isi borang dulu..

En Mas Faizil (boss ATV Adventure) sedang memberi taklimat

taklimat lagi..cara nak kendalikan ATV

sempat bergambar tu...sblm test drive..test drive kena pusing batu dan ke lereng bukit..

test drive

antara cabaran..kena lalu bawah rimbunan buluh

Group 2

ecehh..itu saya le..
lagi best bawa ATV ni daripada 4x4..harus pergi lagi amik package yg lain plak

Zeti lead Group 2 tgh lalu jambatan buluh/ kayu..

check point Kamisah Waterfall..kami rehat kat sini dan mandi air terjun

sejuk airnya..

11 bunga..kumbang ada 3 (tak masuk gambar)


dah sampai balik ke markas heheh..sesi posing
yeah..123..lompatt!

Garfu OHM saje yang takde dalam gambar ni

ok..adios

Monday, May 3, 2010

Tempekan Gambar White Water Rafting Lagi...

Semalam..on the way gi ATV Adventure (entry akan datang sy citer psl ni)..singgah HUKM jumpa Awie amik CD gambar masa xtvt White Water Rafting pada 3 April tempohari CD gambar ni yang dari crew RIVERBUG..saya tempek gambar raft saya aje le ye..

Sebenarnya saya ikut xtvt luar dengan satu komuniti yang dipanggil Orang Hutan Malaya (OHM)...best jugak group dorang ni..member dari semua peringkat umur dan bidang..yang paling utama bab-bab outdoor ni dorang ade pengalaman..so bab2 safety dan guide insyallah dorang akan bagi tunjuk ajar..lepas tu group ni tak terhad kepada aktiviti panjat gunung je..asal xtvt luar pintu dorang redah..tapi yang paling menarik minat saya..dalam melakukan xtvt riadah, group ni buat jungle clean-up..bagus ni..bersihkn kawasan hutan..kutip sampah..i like heheh..jadi takde la bersuka ria je..amik berat jugak pasal persekitaran..

Ok..ok..cukup la promo OHM tu..nak jadi ahli boleh isi borang (sila tgk web OHM) nanti dorang akan war2kan xtvt. Dalam raft saya..ada Garfu, Hazel, Vee, ...alamak mamat specky tu sapa ek nama dia (hahaha..sori lupa nama) dan yang dok kat belakang tu guide kami..Andy (betul ke?)


Bleh tahan mencabar jugak sebenarnya..

boom..boom..


boleh tenggelam gitu ekk?



lega dah lepas..heheh


paddle forward

langgar batu la plak..kalu nak tahu kalu raft sangkut kat batu..kami terpaksalah goyang2kan sampai lepas


paddle harder




Sebenar ada lebih kurang 4-5 point yang mencabar..tiap kali nak tiba point mmg berdebar...dorang cakap kalu kat Sg Padas Sabah lagi mencabar..ish nanti kena cuba kat sana plak..




Tuesday, April 27, 2010

Nenek telah kembali ke rahmahtullah pada pukul 9.30 malam hari Sabtu lepas...

Friday, April 23, 2010

Nenek

Nenek...

Nenek dulu orangnya cantik

Menjadi pujaan ramai jejaka

Nenek dulu orangnya gagah dan berani

Menjalankan bisnis

Menjaga kami lima beradik

Kini Nenek..

Sudah diusia senja

Terlantar tak berdaya

Tumpah kasihan padanya

Kami sekeluarga

Pohon nenek melalui saat akhirnya

Dengan mudah


Nenek saya sedang terlantar tak berdaya di rumah. Kami sekeluarga menjaga nenek terutamanya emak. Di masa lalu, saya kira ramai yang tidak begitu menyenangi nenek kerana sikapnya...tapi kini dia tidak berdaya lagi dan mungkin bergelut dengan saki baki usia tuanya. Nenek tidak boleh berjalan lagi kerana terjatuh lebih kurang dua tahun lalu. Pahanya patah dan tulang belakang telah beralih sedikit daripada posisi asal. Penbedahan kecil telah dilakukan. Sejak itu, mak yang menjaga nenek.Saya juga tolong emak jaga nenek. Kadang-kadang kami bergilir kalau nak kelura rumah. Walaupun begitu nenek masih aktif mengesotkan punggungnya untuk bergerak, mengaji, solat dan memanggil cicitnya.. Sejak tahun 2010 ini, nenek tidak lagi mengaji atau bersuara memanggil cicit-cicitnya. Nenek diam sahaja dan tidak membuka matanya. Kalu sebelum tu, nenk mampu duduk dan menyuap sendiri makanannya, tapi sekarang tidak lagi, hanya terbaring dan mak yang yang akan menyuapkan makan dan minumnya.

Saya tengok emak risaukan nenek...walaupun dihati emak berbuku dan kadang-kadang marahkan nenek (tension agaknya jaga nenek..emak ada darah tinggi pulak tu..lagi la) tapi saya tahu emak sayang dan kasihan pada nenek..buruk baik ..ibu sendiri. Saya tengok nenek makin kurus..sudah tinggal tulang dan kulit sahaja...

Ya Allah ampunkan segala dosa nenek, dia hanya seorang hambaMu yang lemah..permudahkan baki urusannya di dunia ini Ya Allah. Aku mohon yang terbaik untuknya.Amin Ya Rabbil Alamin.

Thursday, April 8, 2010

Balik Kampung dan Birthday Syifa

Pada 26 Mac 2010 lepas..saya diarahkan oleh bos untuk hadir series of meetings berkaitan dgn Banci 2010 di JB..so dengan kesempatan itu..saya berpeluang mengunjungi kedua mertua di Skudai..anak-anak saya bila dengar Mama dorang nak pi outstation..mmg pantang dgr mmg mesti nak ikut..lebih-lebih lagi ke JB..bleh jumpa nenek dan atuk..

last day di sana..atuk dan neneknya sempat le bawak dorang pi Hutan Batu di Mutiara Rini...(ala-ala Tasik Perdana atau Tasik Titiwangsa le..)

Memandangkan kami akan pulang ke Seremban pagi Isnin, malam tu MIL dan FIL nak sambut in advance birthday Syifa (sepatutnya 1 April 2010)...bukan main suka 3 beradik tu..ajak pulak cousin dorang Si Qila dan Abg Saiful..

Syifa..

Muhammad dan Qilah..berpusing satu taman dgn scooter

Fiqa, MIL dan FIL

Muhammad

Fiqah





Birthday Girl..10 tahun dahh



-


-


-


UNTUK SYIFA, MAMA UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR
MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH DAN BERJAYA APABILA DEWASA KELAK

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...