Thursday, November 19, 2009

Dinner Family Day

Seperti yang dijanjikan pada entri terdahulu..di bawah adalah gambar masa dinner family day opis saya di Tiara Beach Resort. Gelagat Muhd sgt le mencuit hati semasa Pertandingan Pakaian Beragam..
Muhd sebenarnya tcuma pakai baju raya dia cuma tambah keronsang je kat songkok dia

Kakak berdua ni nak masuk jugak pertandingan tp over qualified..terlebih umur!
So tak masuk pun takpe janji bergaya dengan baju flower girl tu..

pandai pulak dia pose kt atas pentas..ada gaya model ke?

tgk tu dia buat cam skirt dia punya samping..time aku tak tahan dah nak gelak hahaha
haa..ambik kau..cam nak nari zapin pun ade

Sungguh seronok tenguk telatah anak-anak kecil ni..Muhd dapat no. 2...

Cabutan bertuah jugak diadakan masa diner ni..setiap sorang dapat satu hadiah dan ada yg betul2 lucky dapat dua hadiah..



Wednesday, November 18, 2009

Facebook berkesan dekati rakyat

* Saya tertarik dengan keratan akhbar dibawah...agak2nya ada harapan tak opis saya ni nak unblock FB?


Facebook berkesan dekati rakyat

Laporan Khairul Azran Hussin dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Pemimpin negara digalak manfaat jaringan sosial tangani masalah masyarakat

PUTRAJAYA: Pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara.

"Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook.

"Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu," katanya.

Zuckerberg berkata demikian pada sidang media selepas memberi ucapan pada Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (Yes 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Katanya, Facebook yang diasaskan enam tahun lalu kini mempunyai hampir 300 juta pengguna seluruh dunia, termasuk kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia yang meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting.



Tuesday, October 27, 2009

Hari Keluarga





Pada hujung minggu lalu, setelah bertungkus lumus mengatur pesiapan selama beberapa bulan, opis saya berjaya mengadakan Hari Keluarga di Port Dickson.

Pada petang Sabtu, acara Sukaneka diadakan. Saya dan anak2 masuk hampir semua acara.


Syifa & Fiqa tgh standby acara Isi Air Dalam Botol


"Nape la tak penuh-penih ni?"


"Isk..isk..nape air tu masuk botol ekk?"

Kesian jugak dua anak perempuan saya ni..sebab dorang masuk acara Isi Air dalam Botol, Cari Selipar dan Tiup Belon Sampai Pecah..tp semua tak menang.


Muhd tgh standby acara Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu- dpt 1st Place


Monkey Walk - Muhd x menang..alahai Mama lupa nak ajar skill la..


Rebut Gula-Gula - Muhd dapat 39 biji..ada anak org lain masuk dalam seluar lagi...isk..isk..macam2 taktik

Aku pula masuk acara Berlari Ikat Kaki Berpasangan (saya berpasangan dengan CC Ani..gelakkan diri masing2 sebab takleh nak lari kuang..kuang..kuang), Acara Tiup Belon Sampai Pecah (saya tak tiup sampai pecah sebab dah separuh peserta yang pecah tp saya punya tak jugak pecah..kuang..kuang..kuang) ..tapi bila time acara Cari Gula2 Dalam Tepung..saya dapat 1st place..horeyyy!..acara2 lepas tu aku tak masuk sbb nak kasi can orang lain menang..cewahhh.
Memasing tgh standby nak lari

"Tiup jgn tak tiup!!"

Lps acara Cari Gula2 Dalam Tepung
memasing dapat pakai bedak percuma..sampai kat tudung kena bedak hahaha

Lepas sukaneka apalagi kitaorg terjun pool...Apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pengelola Hari Keluarga ni...terimah kasih banyak2 diatas kerjasama dan tenaga yang dicurahkan...walaupun ada kekurangan sana-sini..adatla tu..Tahun depan nak buat kat mana pulak?..

Malam tu kami ada dinner...nanti next entry le..nak buat entry ni makan 3 hari pasal bz kuang..kuang..kuang





Mini Sukan Sekolah Syifa & Fiqa



Pada 13 Okt yang lalu saya ambil cuti khas untuk Syifa dan Fiqa sebab sekolah mereka anjurkan Mini Sukan. Dan beberapa hari sebelum tu, saringan telah dibuat dan dua2 pun berjaya dipilih
oleh cikgu kelas masing2 masuk lari berganti 25m (okay la tu..). Tapi dia punya excited berlatih dan asyik compare adik beradik training dapat no. berapa. (semangat juang terlebih).

* Gambar 1 -Fiqa tgh standby tunggu kawan dia lari (pelari
kedua)

So pada hari kejadian, pagi2 lagi saya dah hantar merangkap menyokong bagi semangat kat anak2..

* Gambar 2 -Syifa tgh standby utk lari (pelari pertama)



Alhamdulillah..usaha mereka berlatih dan gaduh siapa laju lari beberapa hari sebelum tu membuahkan hasil..Syifa dapat Johan dan Fiqa dapat tempat Ketiga!

* Gambar 2 - Fiqa dgn medal gangsanya..yg Muhd tu mengayakan medal emas kakak Syifa dia..

Saya rasa bangga dengan dorang ni, ada tanda ikut jejak saya...saya dulu atlit olahraga sekolah..hehe...

Tapi yang saya tak tahan tu, dorang ni asyik pakai je medal tu, tak nak tanggal..sampai tidur pun kepit medal.



* Gambar 4 - Dengan medal masing2 (bagus2 tahun depan masuk lagi k)

* aturan gambar carca marba skit. ..harap maaf



Monday, September 28, 2009

Syawal 1430

Tahun ni beraya di rumah Mak dan Abah (tahun dulu2 beraya umah MIL di Johor). Malam raya kebiasaan kat area rumah Mak & Abah ni mesti ada takbir raya rumah ke rumah. Tahun ni Mak masak mee goreng (kaw kaw mee goreng Mak sy ni..harus belajar resipi & cara memasak. FYI, dah try ikut resipi & cara Mak masak semalam..memang sedap..cuma terlebih masin hahaha..tapi habis jugak ye!).

Tahun ni azam nak masak tu kuat sikit hehe..malam raya dah bakar kek, rebus nasi impit, masak kuah kacang...pagi raya lepas subuh masak luah lodeh...Mak dah masak rendang semalam lagi (sy masa buka puasa dah testing...sedap tu.. rendang minang) Lepas tu terus kejut anak2 siap gi solat sunat Aidilfitri...bukan main semangat lagi Syifa dan Fiqa, yang Muhammad..terpaksa dukung gi bilik air mandi..mata tak boleh nak bukak..heheh. Lepas solat, sarapan ler..sebelum solat tak sempat.

Ni gambar lepas balik solat sunat Aidilfitri..(kualiti gambar tak berapa bagus, almaklum le pakai hp jer)

satu hari sampai ke malam dia pakai baju melayu dgn bersamping..


syifa


fiqa

abaikan latarbelakang yg bersepah tu ye!


muhammad & fiqa

Petang baru sy balik Kg Sg Mahang di Nilai (dekat jer...). Mmg dah janji dengan cousin sy Hazel (tp sy janji nak dtg pepagi..sian dia dh prepare). Kebetulan cousin lagi sorang Ayu dan hubbynya dtg sekali. Ish macam berjanji plak kitaorg bertiga. Apa lagi lepas tu kita pi serang rumah Pak Usu (makan pecal, sambal goreng kaw Mak Usu, rendang itik) , rumah Wak Usop (makan bakso)..last umah Mcik Miah (mak Ayu), makan ketupat palas, hubby Ayu buat. Tapi yang bestnya bila berkumpul dengan cousin2 ni biasala..bukak citer masa kecik2..semua citer kenangan lalu...

Raya kedua..orang datang menyerang rumah Mak & Abah..

Raya ketiga lagi sekali balik Kg Sg Mahang...ada kenduri doa selamat & tahlil. Tiap2 tahun mmg adik beradik Abah buat gathering gini..kumpul adik beradik...adik beradik Abah ada 10 org masuk adik2 tiri jadi 13 orang. Tapi Pak Ngah dan Mcik Anah dah takde...so agak sedih skit la..meraka dua ni la org kuat kalau buat gathering gini. Pak Ngah meninggal masa menunaikan haji beberapa tahun lalu, Mcik Anah meninggal beberapa bulan lalu..Al- Fatihah untuk mereka.

Gathering ni lagi ramai le cousin2 dgn makcik2 nye, pakcik2 nye, anak2 buahnyer....meriah sungguh...gambar takde le..nanti sy cilok kt FB cousin..

sy suka la gambar ni..

Raya di Aquaria

Salam,

Lelama cuti rasa mcm tak cukup lagi kan? Blogger lain semua tempek gambar raya..tapi sy nak tempek gambar masa gi Aquaria raya ke 5 (gambar raya nanti ler). Tak kisah le.. janji org belanja..sebenarnya MIL datang dr Johor beraya..nak bawa cucu2 dia gi sana..aku tumpang excited..(ingat budak2 je ke yang excited).

Tengok dalam iklan promo Aquaria ni bagai nak rak..tapi yang dalam terowong tu sebenarnya pendek je..tapi okla..kalu nak best kena pi scuba diving ler..

sempat posing lagi tuh sebelum keluar..bersama MIL dan SIL

kat blkg tu..ada ikan pari gergasi..


ni anak jaws ni..aku rasa ni spesis yang kecik jer ni...


duduk dalam terowong ni lama2 boleh pening tau...


Aku merasa pegang tapak sulaiman yang hidup tp kecik jer..tak rasa apa pula ingatkan lembik belendir ke..



Thursday, September 10, 2009

Tiada Bonus

Cuepacs setuju bantuan khas, kecewa tiada bonus

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.

Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama

*dipetik daripada Berita Harian On-line

okla tu kan daripada takde lansung..so kepada yang dapat bantuan khas..belanja dengan berhemah k!

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...