Wednesday, November 18, 2009

Facebook berkesan dekati rakyat

* Saya tertarik dengan keratan akhbar dibawah...agak2nya ada harapan tak opis saya ni nak unblock FB?


Facebook berkesan dekati rakyat

Laporan Khairul Azran Hussin dan S Anand Kumar
bhnews@bharian.com.my

Pemimpin negara digalak manfaat jaringan sosial tangani masalah masyarakat

PUTRAJAYA: Pemimpin negara digesa menggunakan jaringan sosial terkemuka dunia, Facebook sebagai medan untuk mendekati hati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi mereka.

Pengarah Pembangunan Pemasaran Facebook, Randi Zuckerberg, berkata melalui jaringan sosial itu juga, pemimpin dapat berkomunikasi dengan rakyat, selain mendengar pandangan mereka untuk pembangunan negara.

"Saya amat gembira apabila mendapat tahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga adalah pengguna Facebook.

"Selain beliau (Najib), Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy antara pemimpin yang turut menggunakan Facebook, termasuk bagi menjawab pandangan yang dikemukakan berhubung sesuatu isu," katanya.

Zuckerberg berkata demikian pada sidang media selepas memberi ucapan pada Sidang Kemuncak Pembabitan Belia (Yes 2009) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Katanya, Facebook yang diasaskan enam tahun lalu kini mempunyai hampir 300 juta pengguna seluruh dunia, termasuk kira-kira 3.5 juta rakyat Malaysia yang meluangkan masa hampir sejam untuk berkomunikasi bersama rakan selain berkongsi pandangan serta berusaha mendapatkan maklumat penting.



2 comments:

adiratno said...

Tak boleh...hehh..heh..kang korang asek jer ngan FB

Diana AR said...

isk isk...kena melanggan broadband le nampaknya.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...