Friday, August 28, 2009

Siapa la yang bawak berita nih?

Baru jap ni tadi bos no. 1 masuk bilik aku, padahal pintu bilik aku dah tutup (biasa la time rehat bulan posa..surt internet) Bincang pasal pindaan kertas kerja yang aku buat. Lepas tu dia tanya aku tahu tak pasal berita Ustaz Ismail Kamus meninggal? (yang aku tahu Prof Ismail Salleh tu yang meninggal) Dia kata dia dapat sms semalam yang mengatakan Ustaz dh meninggal semasa mengerjakan umrah di Mekah. Bos aku ni punya la bertanya dengan kawan2 dia samada berita ni betul ke tak betul..bukan apa, tak nak la percaya bulat2 katanya. Dalam pada tu bos aku agak susah hati.

Last2 bos aku hantar sms kat Ustaz..tanya khabar dan doakan dia selamat pulang dan berbuka sama nanti pada 3hb Sept ni di Pejabat kami (dah lama pejabat kami aturkan majlis ni dgn Ustaz). Dalam pukul 4pg bos aku dgr sms masuk..Ustaz balas sms yang dia sihat dan insyaallah akan datang ke majlis tu dan akan balik hari ini ke Malaysia. Lega besar bila bos aku baca sms tu..(siap tunjuk kat aku tuh)

Ish! siapa la punya angkara ni kan? Apa lah agaknya propaganda menyebarkan berita yang tak betul macam ni? Tak baik betul kan?

Tapi apa-apa pun, insyaallah aku akan hadir pada Khamis depan pada majlis berbuka puasa pejabat dengan Ustaz dan kemudian beliau akan mengimamkan solat terawih beramai-ramai..

Thursday, August 27, 2009

Orang Nak Jugak

2 hari lepas berturut2 lepas je solat maghrib aku keluar dengan anak membeli barang keperluan (biasala..baru dapat gaji). Sambil tu, survey2 la baju raya sekali. Dan aku jumpa la baju yang sesuai untuk anak2 sepasang sorang, aku punye 2 pasang dan beli telekung baru...tapi dalam pada tu anak2 dara aku yg dua orang tu tak puas hati pasal aku punye baju dua pasang dan diaorang punye sepasang je..

Fiqa : Asyik Mama je boleh beli banyak, kitaorg pun nak jugak baju dua, telekung!

Aku : Yelah, nanti kita cari baju lagi sepasang..raya lambat lagi

Syifa : Orang nak sekarang..Mama tu boleh

Aku : Ish! Mama takpela..Mama nak pakai pergi keje nanti kena la ada banyak baju

Syifa dan Fiqa : Alaaaaaa...

Mama : Sekarang ni Mama yang keje jadi Mama beli apa yang suka.Sok nanti korang dah besar dah keje dapat gaji boleh la beli apa yang korang suka.

Syifa dan Fiqa : Alaaaaaa...

Bayangkanlah anak2 aku ni dorang dok menyuarakan ketidakpuasan hati berkali2 juga..depan adik kat kedai baju tu diaorang dok merengek..sampai adik tu cakap..

Adik kedai baju : Tu la kak..ramai customer yang anak2 nye macam ni jugak..tak boleh tengok mak dia beli lebih

Aku: Tu la tuh..

Adik kedai baju : Budak2 sekarang ye kak

Aku senyum jer..semalam pun si Fiqa mempersoalkan lagi...ish anak aku yang sorang memang outspoken sikit..menguji kesabaran betul kekadang tuh..

Aku : Ok..kalau Fiqa nak beli baju banyak dan lain2..boleh, kita tukar k, Fiqa gi keje ganti Mama, nanti dapat duit gaji, Mama pulak gi sekolah ganti Fiqa, ish cuti sekolah ni best sebab boleh rehat, tidur, main game....bla..bla

Fiqa : Aaaaa...taknak taknak

Habis aku sakat dia sampai nak merajuk...hahaha..yang kakak dia si Syifa diam jer dengar sambil tersengih2..tapi lepas tu senyap sikit (menjadi aku punya psiko kehkehkeh)..takdela dia nak merengek lagi..buat sementara

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Rasanya belum terlambat nak ucap Selamat Ramadhan pada semua..2 hari permulaan Ramadhan dirumah membuatkan hari ini rasa tak bertenaga...yelah dua hari dok banyak melepak...hari ni pagi petang meeting..banyak benda nak buat nihh..

Ni tak boleh jadi ni, bak kata bos aku kena masuk gear 4 atau 5..skrang dah Ogos..ada a few things dalam SKT belum buat lagi..ish ish

Monday, August 17, 2009

Pengguna Lebuhraya di Malaysia

Salam semua! Kali ni aku nak kongsi cerita pasal pengguna lebuhraya especially yang utara-selatan (sebab lebuhraya ni yang rajin aku tempuh).

Cerita 1



Kalau korang perasan antara 3 lane yang ada kat lebuhraya tu..lane yang tengah sekali la kete kete dok berbaris dan bergerak perlahan, sampai kekadang lori atau bas kat lane ketiga belah kiri sekali lagi laju daripada dorang..aku rasa dah dikempenkan dalam radio dan tv jika perlahan atau tidak memotong dok la kat lane paling kiri. Tapi tahla kan...sampai pernah bekas bos aku (orang Britain) dok pelik sangat dengan drivers Malaysia ni, sampai satu hari tu dia tanya kat aku kat Malaysia lane yang perlahan patut yang mana yang belah kiri sekali ke atau yang kat tengah. Aku pun cakap yang Malaysia undang-undang pemanduan di Malaysia lebih kurang sama dengan Britain. Lepas tu, dia kata, abis kenapa banyak kete yang dok lane tengah, lepas tu bawak pun slow je. Ish! aku tak boleh jawab..ini masalah attitude.


Cerita 2


Last week, kebetulan aku mengejar masa untuk pergi bertugas ke luar daerah. Driver aku (husband aku le tu) punya la gelabah nak cepat so dia bawa laju le (aku rilek je..tapi kat sebelah tu dok menekan brek yang takde huhu..) tapi yang aku terkilan sikit ialah kete yang dok kat lane paling kanan, aku tak lau dia tak perasan ke apa, bila kita dah bagi lampu tinggi supaya bagi laluan dari jauh (masa tu malam) mereka ni buat tak reti je, padahal lane tengah masa tu kosong. Aduh..kekadang dah dekat pun buat tak reti je, bila driver aku hon baru le terhengeh dia ke tepi. Lepas tu kadang ada yang beam balik...heheh marah la tu..abis sapa suruh tak alert tengok cerming pandang belakang tu ada kete yang laju datang dari arah belakang. Ish..aku dok tertanya dalam hati..diaorang ni tak pernah drive masuk lebuhraya ke? Takde la, kadang2 kete yang laju ni ada sebab tersendiri - kecemasan ke, nak kejar masa ke, sakit perut ke nak kejar R & R kat depan.. heheh. Jadi kena timbang rasa, kalau rasa tak nak mengalah bagi orang lalu..tekan la minyak sikit biar sama2 laju (boleh ke gitu? tapi jgn la ber 'racing' plak). Lepas tu bagi kete2 yang makan angin atau bersiar2 di hari Ahad tolonglah dok kat lane paling kiri tu.

Thursday, July 30, 2009

Keropok Lekor Land

Here I come!..esok kena gi Ganu lagi la weh! Kuat jodoh saya dgn negeri ni hahaha..

Monday, July 13, 2009

Terengganu lagi..

Sampai lagi di Keropok Lekor land. Jumaat hingga Ahad lepas aku bertugas jadi urusetia kursus di sini...kali ni tak kemana sangat cuma ke Pasar Payang menemankan rakan dr Pejabat Negeri sopping batik.

Sebelum balik rakan, dr Sabah kempunan nak makan durian di depan pasar tu. Agaknya baru musim di Terengganu sebab kat belah sini dah abis dah (kampung aku le tu). Apa lagi kitaorg duduk la makan..tapi dua bijik aje, kongsi berempat. Dah umur gini masing tak larat nak makan banyak2. Gambor takde la..Cik Emmi bila nak upload gambar kt FB?

Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah

Minggu lepas aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dr pakar motivasi tersohor ni di tempat kerja aku. Banyak le petua yang dia bagi. Kata beliau terdapat 17 cara untuk mencari titik perubahan (berubah jadi baik aje ye):-

  1. Ilham dr Tuhan
  2. Dapat ilmu baru
  3. Dpt Musibah - ada hadis yang maksub lebih kurang "setiap kebaikan dr Tuhan bermula dengan musibah"
  4. Kena tegur/ kritik
  5. Dimarahi
  6. Dinasihat/kaunseling
  7. Disindir
  8. Dicabar
  9. Dipermalukan/diperkecilkan - ini jgn buat kat org ye..tak baik
  10. Berlaku peristiwa penting - gi ceramah ke misalnya
  11. Dipulaukan/ dibiarkan
  12. Diransang/ dimotivasi
  13. Diberi peluang
  14. Belajar dr kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain
  15. Mula kenal diri dengan mendalam
  16. Haji dan Umrah
  17. Bentuk budaya cemerlang
Banyak lagi petua lain..tapi aku share yang ini dulu la yea..bagi point yang no. 3, dapat musibah tu, mengikut kata beliau, Rasullah galak kita doa 3 perkara sekali gus:-

  1. Inalillahi wa rajiun (bukan utk org meninggal je ni..kalua dapat musibah atau dengar benda tak baik boleh doa ni)
  2. Doa pada Allah yang kita redha dengan segala ujianNya (yang musibah tadi le)
  3. Lps tu kita doa minta yang lebih baik setlah ditimpa musibah td.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...