Friday, August 28, 2009

Siapa la yang bawak berita nih?

Baru jap ni tadi bos no. 1 masuk bilik aku, padahal pintu bilik aku dah tutup (biasa la time rehat bulan posa..surt internet) Bincang pasal pindaan kertas kerja yang aku buat. Lepas tu dia tanya aku tahu tak pasal berita Ustaz Ismail Kamus meninggal? (yang aku tahu Prof Ismail Salleh tu yang meninggal) Dia kata dia dapat sms semalam yang mengatakan Ustaz dh meninggal semasa mengerjakan umrah di Mekah. Bos aku ni punya la bertanya dengan kawan2 dia samada berita ni betul ke tak betul..bukan apa, tak nak la percaya bulat2 katanya. Dalam pada tu bos aku agak susah hati.

Last2 bos aku hantar sms kat Ustaz..tanya khabar dan doakan dia selamat pulang dan berbuka sama nanti pada 3hb Sept ni di Pejabat kami (dah lama pejabat kami aturkan majlis ni dgn Ustaz). Dalam pukul 4pg bos aku dgr sms masuk..Ustaz balas sms yang dia sihat dan insyaallah akan datang ke majlis tu dan akan balik hari ini ke Malaysia. Lega besar bila bos aku baca sms tu..(siap tunjuk kat aku tuh)

Ish! siapa la punya angkara ni kan? Apa lah agaknya propaganda menyebarkan berita yang tak betul macam ni? Tak baik betul kan?

Tapi apa-apa pun, insyaallah aku akan hadir pada Khamis depan pada majlis berbuka puasa pejabat dengan Ustaz dan kemudian beliau akan mengimamkan solat terawih beramai-ramai..

1 comment:

Anonymous said...

Rasanye takde sape yg create propaganda..cuma bile trsebar soklan 'betul ke..bla..bla?' Yg ditanya akan mnyebar soalan yg same & smpaila soklan tu jd cerita yg tk betul.Perkara cmni lumrah,kt mane2 ade..

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...