Tuesday, August 2, 2011

Double Birthday Celebration

Sabtu lepas, kami menyambut harijadi Muhammad (26 Julai) dan Fiqah (4 Ogos)..buat sekaligus senang, lagipun Fiqah nak sambut sekali sebab tarikh lahirnya dia jatuh pada 4 Ramadhan- puasa. Sambut kecil-kecilan saja..

Happy 10th Birthday Nur Syafiqah
moga Fiqah dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat

Happy 6th Birthday Muhammad
moga Muhammad dilimpahi rezeki dan dirahmati Allah selalu,
moga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

kek



Friday, July 22, 2011

Home Schooling


Rasanya abis ihktiar, saya akan menjadi guru dalam masa terdekat ini. Part-timer hehe.

Anak saya yang seorang ni, sejak bercuti panjang selepas accident jatuh basikal pada tempoh hari telah mendatangkan impak yang besar pada dirinya. Memang dia tak mahu pergi sekolah setelah lama berehat di rumah. Pernah saya ambil cuti 3 hari nak pastikan dia pergi sekolah, pergi berhantar, balik berjemput. Nampak dia ok. Biasanya ada van yang akan menjemput dan hantar dia balik. Almaklumla mak dia ni mencari rezeki jauh di perantauan huhu (bila la dorang nak luluskan permohonan tukar saya ni).

Memula dulu dalam seminggu ada 1-2 hari tak datang, sekarang ni dia tak mahu pergi langsung..aduhai. Dia ni pulak kalau malam sebelum gi sekolah kalau saya pujuk, kakak2 dia pujuk atau Atuk dan Wan pujuk, dia akan cakap ok, dia pergi. Tapi bila keesokkan paginya dia tak nak pergi. Puas dah Wan dia pujuk. Siap nak angkat dia gi bilik air pun dia keraskan badan dia. Bertuah betul yang seorang ni. Nak tukar sekolah pun dia tak nak.

Pada pendapat saya sebagai seorang ibu, Muhd anak yang bijak dan sensitif..sebelum accident tu dia seronok ke sekolah, boleh kenal dan baca abjad dan nombor, mengira, membaca suku kata dengan baik. Sekarang bab nak baca tu agak lemah (teacher dia pun cakap gitu). Saya rasa setelah lama cuti dia agak ketinggalan dalam pelajaran di sekolah. Muhd seorang yang sukakan kemenangan dan rasakan apa yang dia buat betul dan hebat. Jadi bila dia ketinggalan begitu, dia rasa tidak seronok lagi nak ke sekolah. Kawan2 lain lebih pandai, kawan2 lain lebih hebat mengatasi dia. Saya nak explain bukannya dia faham lagi bab kena redha ni, bab tanggungjawab sbg anak nih.

So sekarang, saya tengah berkira nak mengajar dia dirumah. Tengah plan kokurikulum yang sesuai supaya dalam masa tak sampai setengah tahun sebelum masuk sekolah rendah, dia bersedia untuk bersaing dengan budak sebaya dengan dia. Dah tengah survey bahan yang sesuai untuk pembelajaran dia. Doakan saya dan Muhd berjaya.

Monday, July 4, 2011

Tatu?

Pada malam hari Jumaat lepas saya berkesempatan membawa anak-anak ke Persembahan Tatu PDRM dan ATM di Stadium Paroi, Seremban. Rupanya ATM dan PDRM Negeri Sembilan terpilih sebagai perintis program Blue Ocean Strategy, iaitu pergabungan tenaga antara dua agensi ini bagi memantapkan pertahanan negara.

Lepas solat Maghrib kami pun bergegas bertolak ke stadium kerana nak mengelakkan sesak dan dan 'cop' tempat duduk 'baek punya'. Letak kereta di dalam area masjid dan kami berjalan ke stadium. Alhamdulillah, orang tak begitu ramai lagi, jadi dapat kami tempat duduk yang agak2 dapat tengok persembahan malam tu dengan view yang baik.
Persembahan dimulakan dengan persembahan music band daripada PDRM Seremban dengan artis jemputan Aris Ariwatan. Masa ni la baru rasa kalau ada DLSR sebijik kan bagus, tapi harus ada kemera biasa dulu, bila da nak beli. Tangkap gambar pakai handphone ni..alahai macam semut je nampak orangnya..kahkahkah.







Selepas ketibaan MB Negeri Sembilan, wakil PDRM dan ATM, acara dimulakan dengan persembahan 'gimmick' lakonan hijack pengganas merampas pesawat boieng 707 setelah mendarat di KLIA (ditunjuk di skrin 'score board' stadium). Kemudian Pengganas telah meminta kereta dan membawa tebusan. Acara kejar mengejar bermula sampai kereta tersebut masuk ke dalam stadium, dikejar dengan kereta, jeep, motosikal, 2 helikopter. Agak mencemaskan juga, anak-anak saya agak takut dengan bunyi tembakan dan letupan.

kereta-kereta polis dan helikopter

ni dah nak habis..semua pelakon berbaris kat depan pentas

Kemudian ada juga persembahan daripada para glider ATM keluarkan bunga api dan asap melintasi dan membuat reformasi di atas stadium.

bunga api!


Acara seterusnya adalah persembahan pancaragam daripada PDRM. Mereka siap pakai lampu dibaju dan peralatan.

Ini pula pancaragam daripada ATM, sangat best lagu2 yang dibawakan

Persembahan seterusnya adalah gerak tempur oleh ATM, ngeri juga dia punya gerak, sepak pakai kasut boot tu, aduhai. Bila part bersenjata dorang pakai pisau. Dan akhir sekali, adalah sesi pecahkan papan, yang pecahkan pakai kaki dan tangan saya tak kisah sangat, yang pecahkan pakai kepala tu yang aduhai..benjol la rasaya hehe. Bila diperhatikan betul2, macam gerak silat pun ada.

Ini pula adalah persembahan kawad patung oleh PDRM, sangat menarik, kalau di England dikenali sebagi toy soldier. Sangat kelakar dan lawak.


Akhir sekali dan yang ditunggu-tunggu adalah persembahan tatu oleh PSRM dan ATM. Gambar akan diupload kemudian sebab di kamera hp anakanda. Hp maknya dah abis bateri huhu. Ada yan naik motor dan kuda.

Anak-anak enjoy dengan persembahan tersebut walaupun mata dah mengantuk dan perut pulak minat diisi.

Monday, June 27, 2011

Teater Makyong

Malam Jumaat lepas, berkesempatan menonton teater Makyong bertajuk Dewa Indera dan Indera Dewa di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan NS di Seremban di datangkan khas daripada Istana Budaya. Masuk percuma, apa lagi bawalah anakanda 3 orang itu. Mulanya aku ingatkan bila Mak Yong mestilah serius dan berat, tambah lagi dipersembahkan dalam dialek Kelantan yang pekat. Tetapi sangkaan saya meleset bila persembahan teater ini diselitkan dengan genre komedi dan seram..

Paling kelakar si Peram Tua dan Peram Muda iaitu pengasuh diRaja. Tak tinggal ketua inang...

Unsur seram pula ditonjolkan dengan kemunculan watak jin2 daripada belakang dan tepi penonton menuju ke pentas. Jin2 ini mencari makan dan seterusnya mahu memperisterikan tuan puteri.

Saya dan anak2 enjoy ..kalau nak ke Istana Budaya, tak tahu bila nak sampai, harap2 JKKN NS anjurkan lebih banyak lagi teater selepas ni.











Sinopsis:
Mengisahkan dua beradik anak raja iaitu Dewa Indera dan Indera Dewa yang pergi berburu di dusun lama pusaka peninggalan ayahanda dan bonda mereka. Semasa sedang asyik berburu, Indera dewa terasa sangat dahaga. Jadi Dewa Indera telah mengarahkan pengasuhnya pergi mencari air untuk diberi minum kepada adiknya. Lalu pengasuh (Peran Tua) pun pergi mendapatkan air di persekitaran dusun dan apabila dibawa pulang air tersebut diberi kepada Indera Dewa tetapi air diminum itu dirasakan terlalu hanyir, maka dikerah pengasuh untuk membawanya ke tempat air diperolehi.


Apabila tiba di lopak air tersebut, baginda berdua ternampak Puteri Selindungan Daun sedang pengsan. Rupanya air yang hanyir itu adalah air mata Puteri Selindungan Daun. Maka bertaruhlah Dewa Indera dan Indera Dewa untuk memikat puteri tersebut, yakni Puteri Selindungan Daun akan dimiliki oleh sesiapa yang berjaya memulihkannya dari pengsan. Maka bermulalah pelbagai kisah yang ditempuhi oleh mereka.


Tenaga Produksi Pengarah Bersama : Fatimah Abdullah dan Rosnan Rahman
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
Pemuzik : Istamuzika

Pelakon Rosnan Rahman (Dewa Indera)
Arja Lee (Indera Dewa)
Norsiah Yatim
Hanipah Khairi
Haslinda Abd Manap
Sharifah Raha Syed Mustaffa
Romli Abdullah
Roslan Harun
Che Bam
Samsuraya
Artistana Istana Budaya

Monday, June 20, 2011

Book Review : Sense of Urgency


Mesti sepupu saya bengang, saya post pasal book review ni hehe. Baru tadi dia sms saya suruh update blog. Idea oulak belum mari. Taruk dulu book review ni. Sebenarnya book review ni salah satu assignment saya bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. saya post hanya sebahagian daripadanya...

--------------------------------

Earlier great accomplishment makes them feels there is no threat and paying attention only on internal factors. Complacency clinches the status quo and it is happening everywhere and for worse, people did not realise that they fall in that situation.

In order to overcome complacency, people need to really sense the urgency in the crucial and right issue. True urgency is determined by deep will power to win, and not worrying about losing. False urgency is usually mistakenly perceived as true urgency. It is driven from the wrong energy which leads to stressful manner of working. The action is much more activity than productivity.

In order to increase the sense true urgency, reaching the feeling in the heart is needed to create the prevailing useful actions of true urgency. They were five key characteristic to aim the hearts which are create clear picture of how to achieve the goals, activates all the senses needed, felt that crisis might be a blessing in disguise, avoid explaining experiences which difficult for other people to understand and emotionally embrace goals.

The author suggests four tactics to increase true urgency in an organization. First, bring outside reality into groups that are too inwardly focused by creating stories and emotionally compelling experiences. Second, behave with true urgency every single day. Third, look for the upside possibilities in crises, seeing a threat as a potential opportunity to destabilize an overly stable organization. Forth, confront the NoNos. Don't accept that an organization must put up with people who relentlessly kill urgency, whose reaction to any new idea "no, no you see...”. In order to get and maintain the success or achievement in an organization, keeping the urgency up at all the time is also required.

If we If we do related it to the current government policies, true sense urgency is highly essential. In a fast-moving and changing world, people who are sluggish or persistent pleasure with the status quo will be left behind. The business-as- usual behaviour need to be totally abolish from each and every one of a government servant. Speed and accurate action need to take place so that the service delivery could be improve beyond the normal expectations.


Friday, June 17, 2011

Selamat Hari Bapa

Tak pasti bila tarikh bapa sebenarnya..

Apapun, Selamat Hari Bapa kepada ayahnya Syifa, Fiqa dan Muhammad...

Tanpa En Suami, manakan saya ada 3 anak penyejuk jiwa..thank you! Saya doakan agar En Suami menjadi ayah dan suami yang terbaik. Amin.

Thursday, June 16, 2011

Digital Quran Pen


Demam membuat book review baru jer berakhir.. kali ni saya nak share review tentang produk pula.

Pada mulanya saya menganggap produk ni macam produk yang lain-lain juga.. ala biasa-biasa je. Tapi setelah saya sendiri mencubanya, itupun mak mertua saya dah beli dan kengkawan dia beli dulu, barulah ada rasa teringin nak tahu lebih lanjut apa kelebihan digital quran pen ni.

Bagus sebenarnya untuk kita yang dah lemau2 baca quran ni, dapat refresh semula cara bacaan yang betul, tajwidnya. Bagus juga untuk anak2 yang baru nak belajar membaca Al-Quran, dapat mengetahui cara bacaan yang betul mengikut tajwidnya. Muqaddam pun ada untuk anak2 yang baru nak mengenal alif. ba, ta. Bagi dah sememangnya terer baca quran pun sesuai juga diperdengarkan buat penyejuk hati dan halwa telinga sendiri dan keluarga. Terdapat juga cara-cara solat, azan, doa harian dan pelbagai lagi.


Pen elektronik tersebut juga boleh merakam suara sendiri untuk perbandingan dengan bacaan yang sebenar. Boleh digunakan sebagai "Thumbdrive".


Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajarinya kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang dibaca oleh qari-qari yang dipilih.

Manfaat:
  • Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.
  • Menghafal Al-Quran.
  • Hantaran perkahwinan
  • Cenderahati Sumbangan kepada masjid/madrasah
  • Sedekah/zakat (pemberian seorang anak kepada ibu bapa)

Spesifikasi/ Aksesori yang disertakan sekali dalam kotak ini adalah:
  • senaskhah Al-Quran,
  • Muqaddam yang dilengkapi cara2 Solat,
  • doa harian,
  • pen elektronik yang mempunyai speaker, Built-in memori 4GB & SD memori kad sehingga 8GB.
    Pemain MP3 apa2 jua jenis lagu Rechargeble lithium-ion bateri.
  • earphone,
  • kabel USB,
  • charger bateri dan
  • juga panduan pengguna.

Mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri, Malaysia. Berhati2 dengan barangan yang tidak memiliki kelulusan KDN...!! Sila layari blog ini untuk keterangan lanjut..

COD PERCUMA AREA - Kuala Lumpur dan Selangor POSLAJU PERCUMA ke Semenanjung & Sabah/Sarawak juga disediakan..

Harga Promosi RM295 (harga pasaran RM350-RM400 dan lebih)
PERCUMA: TASBIH DIGITAL yang pelbagai kegunaannya untuk pembelian sebelum 30/6/2011

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...