Friday, November 16, 2012

Teambuilding 2012

Kursus Pembangunan Jati diri dan Insaniah BKP ataupun dengan nama lain teambuilding telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor Perak minggu lepas. Dengan rasa tak bersalah rombongan bas telah terpaksa singgah di ILSM di Sungkai untuk menjemput saya dahulu hehehe. Sori guys..saya nak pergi sesama juga.

Gigih saya dengan berbaju kurung kerana sebelum itu menghadiri Kursus Penulisan Berkualiti di ILSM, sedangkan teman-teman semua berbaju santai...ooh saya tak peduli, janji pergi. First time rasanya sampai ke Pangkor ni. Apapun aktiviti yang diadakan adalah superb hehe..senamrobik, rope challenge, management game, jungle trekking, berakit, sukaneka...penat! penat! sebab 95% outdoor. Permandangan di Teluk Dalam Resort adalah sangat cantik, penginapan berbentuk chalet dan makanannya juga delicious.



Sumber gambar : daripada lensa Wan Mohd Fasal

Wednesday, November 14, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa #1

Minggu lepas merupakan minggu maraton kursus. Bemula daripada hari Selasa hingga hari Jumaat, kalau ikutkan Sabtu dan Ahad pun ada kursus juga..tapi bos dah bagi greenlight tak perlu hadir. (Thank you bos!).

Saya nak berkongsi mengenai Kursus Penulisan Berkualiti yang saya hadiri di ILSM pada Selasa hingga Rabu minggu lepas. Penceramahnya adalah En Karim daripada Dewan Bahasa dan Bahasa yang sangat sukakan bunyi kereta Honda yang baru dihidupkan enjinnya. Beria juga dia mempromosi suruh kami membeli kereta Honda. Tetiba saya teringatkan KL1515...hilang tanpa khabar berita 6 tahun dahulu. Memang sedap pakai kereta tu..walaupun Honda Accord lama..waaaa..waaaa.

Oklah, lari tajuk pulak..
Ada banyak perkara yang saya belajar sebenarnya..baru saya tahu dalam bahasa melayu pun ada sifir. Saya kongsikan dahulu penggunaan imbuhan "men.." dan "pen.."

Perkataan yang bermula dengan huruf K.S.P.T apabila mengunakan imbuhan "men..." atau "pen..." huruf mula asal akan berubah. Contohnya:

kerja
bila masuk imbuhan "men..." - mengerja
bila masuk ibuhan "pen..." - pengerja

selesai
menyelesai
penyelesai

sapu
menyapu
penyapu

perhati
memerhati
pemerhati

tolong
menolong
penolong

tetapi sifir di atas tidak terpakai untuk perkataan-perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris, Sanskrit, Nusantara atau Arab

Contoh:

kritik (BI)
mengkritik
pengkritik

swasta (sanskrit) (swa- sendiri, asta - kerja)
pengswastaan
mengswasta

tafsir (arab)
mentafsir
pentafsir



Thursday, October 18, 2012

Kalaulah...

Alangkah indahnya kalau saya ni kaya raya..duit berkepuk2, dalam bank pun berkepuk2, pelaburan saham, pelaburan emas, pelaburan hartanah....bla bla bla bla bla..

Duduk plak kat rumah cenggini..

 high end bungolow ..

 bilik anak2 cenggini

 dining cenggini..semangat je nak hidang makanan best2 utk family

 dapur cenggini..mesti saya rajin masak hari2 hahaha

 family roon yang santai...

 private garden di master bedroom..bilik saya la tu..huhu

 patio yang attach dengan 
 balconi dengan view yang perghhh

ish ish ish..

bawa plak kete cenggini...

ewah..ewah..

orang kata kalau kita selalu bayangkan dalam kepala kita ia boleh jadi kenyataan...tapi dalam kes saya ni, saya sedar diri sikit la hahahaha..saya ni makan gaji je.... susah sikit la nak jadi kenyataan..hahahaha...tak salah nak berangan kan? Terapi minda namanya ni.

Namun saya bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya. Kat luar sana ramai lagi orang takde kerja, takde rumah...

Sumber gambar: Twin Palms Kemensah dan Google Image


Tuesday, September 11, 2012

Buat Yang Terbaik

Nur Assyifa, anak sulung saya akan mula menduduki UPSR mulai hari ini hingga lusa..
Buat yang terbaik ye Syifa..Mama doakan Syifa berjaya jawab semua soalan dengan baik...dan dapat 5A dalam semua matapelajaran Insyaallah


Monday, September 3, 2012

keliru..

rasanya lebih mudah undang2 yang ditetapkan oleh Allah daripada undang2 yang ditetapkan oleh manusia..

dilema betul..malas nak kupas persoalan ni..nanti-nantilah ye

Monday, August 6, 2012

Lembu Masuk Highway?


ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga meraikan kepulangan seorang ahli keluarga mereka dari Jepun bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki merempuh seekor lembu semalam.
Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Johor, Ngatina Semin (gambar kecil), 47, dan anak bongsunya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10.
Suami Ngatina, Mokhtar Abu Bakar, 50, yang juga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dan seorang lagi anak mereka, Siti Nasuha, 21, kecederaan parah.
Difahamkan, Mokhtar patah tulang rusuk manakala Siti Nasuha cedera di mata kanan dan dirawat di Hospital Melaka.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput Siti Nasuha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Pelajar jurusan kejuruteraan itu pulang untuk menghabiskan cuti semestar selama dua bulan.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan Mokhtar hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan Ngatina dan Muhamad Firdaus maut,” katanya di sini semalam.
------------------------------------------
patutla pagi tadi on the way gi kerja saya nampak papan tanda gambar lembu dengan kata berhati-hati memandu..tapi papan ni di lebuh raya menuju ke arah utara dan bertentangan R&R Seremban Arah Selatan. Rasanya sebelum ni takde je papan tu..tak sangka pulak haiwan ni dapat membolosi pagar... sapa punya tuan lembu la yang tidak memantau lembu-lembunya. Dah naya keluarga mangsa yang tak menyangka ada lembu di lebuh raya.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...