Monday, August 6, 2012

Lembu Masuk Highway?


ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga meraikan kepulangan seorang ahli keluarga mereka dari Jepun bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki merempuh seekor lembu semalam.
Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Johor, Ngatina Semin (gambar kecil), 47, dan anak bongsunya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10.
Suami Ngatina, Mokhtar Abu Bakar, 50, yang juga anggota polis dari Pasukan Gerakan Am Simpang Renggam dan seorang lagi anak mereka, Siti Nasuha, 21, kecederaan parah.
Difahamkan, Mokhtar patah tulang rusuk manakala Siti Nasuha cedera di mata kanan dan dirawat di Hospital Melaka.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput Siti Nasuha di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Pelajar jurusan kejuruteraan itu pulang untuk menghabiskan cuti semestar selama dua bulan.
“Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan Mokhtar hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan Ngatina dan Muhamad Firdaus maut,” katanya di sini semalam.
------------------------------------------
patutla pagi tadi on the way gi kerja saya nampak papan tanda gambar lembu dengan kata berhati-hati memandu..tapi papan ni di lebuh raya menuju ke arah utara dan bertentangan R&R Seremban Arah Selatan. Rasanya sebelum ni takde je papan tu..tak sangka pulak haiwan ni dapat membolosi pagar... sapa punya tuan lembu la yang tidak memantau lembu-lembunya. Dah naya keluarga mangsa yang tak menyangka ada lembu di lebuh raya.

No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...