Wednesday, November 14, 2012

Bahasa Jiwa Bangsa #1

Minggu lepas merupakan minggu maraton kursus. Bemula daripada hari Selasa hingga hari Jumaat, kalau ikutkan Sabtu dan Ahad pun ada kursus juga..tapi bos dah bagi greenlight tak perlu hadir. (Thank you bos!).

Saya nak berkongsi mengenai Kursus Penulisan Berkualiti yang saya hadiri di ILSM pada Selasa hingga Rabu minggu lepas. Penceramahnya adalah En Karim daripada Dewan Bahasa dan Bahasa yang sangat sukakan bunyi kereta Honda yang baru dihidupkan enjinnya. Beria juga dia mempromosi suruh kami membeli kereta Honda. Tetiba saya teringatkan KL1515...hilang tanpa khabar berita 6 tahun dahulu. Memang sedap pakai kereta tu..walaupun Honda Accord lama..waaaa..waaaa.

Oklah, lari tajuk pulak..
Ada banyak perkara yang saya belajar sebenarnya..baru saya tahu dalam bahasa melayu pun ada sifir. Saya kongsikan dahulu penggunaan imbuhan "men.." dan "pen.."

Perkataan yang bermula dengan huruf K.S.P.T apabila mengunakan imbuhan "men..." atau "pen..." huruf mula asal akan berubah. Contohnya:

kerja
bila masuk imbuhan "men..." - mengerja
bila masuk ibuhan "pen..." - pengerja

selesai
menyelesai
penyelesai

sapu
menyapu
penyapu

perhati
memerhati
pemerhati

tolong
menolong
penolong

tetapi sifir di atas tidak terpakai untuk perkataan-perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris, Sanskrit, Nusantara atau Arab

Contoh:

kritik (BI)
mengkritik
pengkritik

swasta (sanskrit) (swa- sendiri, asta - kerja)
pengswastaan
mengswasta

tafsir (arab)
mentafsir
pentafsir



No comments:

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...