Kursus Pembangunan Jati diri dan Insaniah BKP ataupun dengan nama lain teambuilding telah diadakan di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor Perak minggu lepas. Dengan rasa tak bersalah rombongan bas telah terpaksa singgah di ILSM di Sungkai untuk menjemput saya dahulu hehehe. Sori guys..saya nak pergi sesama juga.
Gigih saya dengan berbaju kurung kerana sebelum itu menghadiri Kursus Penulisan Berkualiti di ILSM, sedangkan teman-teman semua berbaju santai...ooh saya tak peduli, janji pergi. First time rasanya sampai ke Pangkor ni. Apapun aktiviti yang diadakan adalah superb hehe..senamrobik, rope challenge, management game, jungle trekking, berakit, sukaneka...penat! penat! sebab 95% outdoor. Permandangan di Teluk Dalam Resort adalah sangat cantik, penginapan berbentuk chalet dan makanannya juga delicious.
Sumber gambar : daripada lensa Wan Mohd Fasal


No comments:
Post a Comment