Harap semuanya ok..
Wednesday, April 18, 2012
Otak Serabut
otak sedikit serabut...bukan mudah nak melaksanakan PAC untuk pertama kali. Takut ada yang terlepas pandang huhu.
Thursday, March 29, 2012
Radiator Meletup!
Alkisah pada Ahad lepas, naik kereta Abah menuju ke majlis kahwin sepupu di Serdang. Beberapa meter lepas dari exit Kajang ada satu bunyi letupan dan kemudian air terpercik ke cermin depan. Sangkaan Abah terlanggar sesuatu yang berisi air, tapi apabila tengok bacaan suhu dah naik sampai maksimun, berhenti la di tepi jalan highway tu..
Nasib satu tow truck ni on the way ke Selatan berhenti dan bertanya masalah yang menimpa. Laa..orang Seremban juga, bincang punya bincang dia setuju caj RM180 untuk tarik sampai rumah. Kalau orang lain tak tahu la berapa kami kena 'pow'. Tak jadi la kami nak gi kenduri kawin...balik ditarik tow truck hehe..
sebelum kejadian..happy tangkap gambar dalam kereta atuk
muka saya kerut gila hahahaha
apalah nasib saya ni..cemana nak balik?
muka abah tgh berkerut fikir
mak siap bukak payong..panas beb!
boleh pecah radiator tu..agak pelik kan?
tu dia brader tow truck..lupa lak nak amik contact no.
tgh tunggu tow truck pusing kat tol bangi
tgh di tarik..atuk dok depan ..kami berhimpit kat belakang huhu
Monday, March 26, 2012
Mari Melompat
mari melompat bagai johan!..ini anak-anak punya program sempena mak dia buat CSR tempohari, acara merakam gambar-gambar lompatan yang pelbagai. Terima kasih la Pak Long nya yang meminjamkan kemera canggih tersebut hehehe..........tergelak sakan saya sorang2 tengok gambar-gambar mereka ni aduhai!
cucuk daun
ohh kelakau
formasi selari hahaha
kah kah kah!
Anak yang jadi penghibur dikala maknya tensen..:) Love u alls muah muah
Friday, March 23, 2012
CSR - Jungle Clean-up..the count down
semalam sampai termimpi2 dah buat program CSR ni, hebat jua penangan nak disahkan dalam jawatan sebagai penjawat awam sekarang ni..dah dilantik, lepas tu banyak penilaian yang perlu dilalui.
moga program esok berjalan dengan lancar..Amin
moga program esok berjalan dengan lancar..Amin
Thursday, March 15, 2012
Kesiannn..
Kesian blog ni, terabai. Sejak awal tahun memang sibuk betul. Sekarang dah siap kerja, projek individu pun next week baru kira selesai. Lepas tu ada satu lagi projek besar. Kerja-kerja rutin toksah cakap la, memang sentiasa ada. Tapi aku redha je le, senyum jer, dah nama cari rezeki, gitu la kaedahnya. Ada je dengar member sampai pukul 4 pagi stayback kat opis buat keje. Setakat saya takde sampai tahap tu lagi. Alhamdulillah! Cuma mungkin saya nak tukar angin kerana dah hampir 5 tahun di sini sejak Ogos 2007 lagi. Bak kata ex-bos saya dulu, dah terlampau selesa, kang takut jadi lupa diri pulak.
senyum cam dia niha..senyum tu sedekah (gambar ihsan google)
hmmm..baru balik dr JB Isnin lepas, badan masih rasa kurang sihat. Mungkin sebab penangan merewang utk adik ipar kawin. Dedolu rasanya steady je buat-buat keje kenduri kawin ni. Tapi ye la, mungkin faktor usia adalah penyebab tenaga dan kudrat tak macam dulu. Gambar ada le sikit, nanti kalau rajin boleh buat entry skit pasal wedding adik ipar saya ni.
image ihsan google
Aktiviti outdoor dah banyak tak ikut huhu. KOHM ke sana ke sini, takat baca je le. Dalam hati ronta-ronta nak ikut hahahaha. Bukan apa, acik banyak komitmen, especially komitmen family ni. Family come first. Aktiviti silat pun dah stop sementara sebab patner tgh ngandung. Kena la tunggu dia bersalin dan abis pantang baru sambung amik sijil.
gambar ihsan google
Bak kata bos saya, jangan nak tamak, buat apa yang kita mampu.. yelah bos, tapi jangan nak ngomel kata saya takde keje plak, jangan nak ngomel kalau saya balik on time ye huhu..
Repekan Orang Demam
Thursday, January 19, 2012
Naik Kuda
Ni kejadian masa cuti tahun baru tempoh hari.. memasing merasa naik kuda, bukan kuda padi ok..kuda racing lagi (oo berlagaknya bunyi) takde sebenarnya kuda-kuda ni ada bekas kuda lumba tapi sebab dah tua atau pernah cedera jadi owner tempatkan mereka di tempat kawan suami saya ni. Anak-anak paling seronok dapat naik kuda, Muhd terutamanya confident je dia, tak takut pun. Si Kak Ngah le dia kalut kalut skit hehehe.
Si penjaga kuda tu, lupa pulak nak tanya nama dia, ada suruh masukkan budak-budak ni kelas menunggang kuda. Bagus kata dia. tak mahal RM350 je, pastu dapat sijil. Lepas tu boleh, beli kuda seekor untuk tunggang sambil beriadah. Mak oii, dia suggest cam la saya ni ada duit berguni. Hehe. Kalau ikutkan berkuda ni adalah salah satu sukan yang digalakkan dalam islam. Tapi ongkosnya tinggi. Cemana tu? Tapi kalau suggest kat KOHM untuk buat aktiviti riadah meredah hutan dengan menunggang kuda best jugak kan? (cc AJK KOHM)
si kecik ni, dia pulak ajar Mama dia nak tali tu cemana
sikit lagi nak kena cium dengan kuda ni hahaha
susah nak suruh kakak2 yang dua org ni bergambar dgn kuda tu sbb takut kena cium hahahah
fiqah..
syifa
Wednesday, January 18, 2012
Satu Kepuasan Seorang Ibu
entry emosi seorang ibu lagi..(sila muntah hijau hehe)
Sejak dua menjak ni busy manjang, balik pun lewat. Bila En Asben bagi komen dia compare pulak saya dengan Dato Maznah yang kerja 14 jam. Aduhai (itu makna saya tak dapat tagih kesian dr dia hehe). Jadi saya dengan rasmi membawa kereta yangtakberapanaklawaitu berulang dari Seremban ke Putrajaya hari-hari mulai Isnin lepas. Tapi dalam pada itu, saya berpeluang menyediakan sarapan yang lengkap (sebelum ni buat air je, Wan dorang buat selebihnya, bersarapan bersama (ini paling best, sebab bila tgk anak2 makan dengan semangat dan laju je lps tu anak puji sedap..uih rasa bangga), menghantar mereka ke sekolah dan yang paling mahal dapat salam, peluk, cium dan lambai 'bye-bye' kepada mereka bertiga hari-hari (sebelum ni saya lepas subuh dah kejar naik bas, sempat bangunkan dorang je untuk gi sekolah). Ahh rasa seronok pulak. Rasa bertambah motivasi untuk memulakan hari dan datang bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
HERBA MAHARANI
Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...
-
Assalamualaikum Selamat Pagi Hampir lupa saya pada blog ini. Insyaallah saya akan kembali menulis di sini #azambaru
-
Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...






