Friday, January 28, 2011

Dalam Kenangan

Dato' Hjh Nafsiah binti Hj Abu Bakar (hadapan sekali ditengah)bergambar
kenangan dengan team pengurusan Bahagian

Semalam merupakan hari terakhir Pengarah saya didalam perkhdimatan awam setelah memilih untuk bersara pilihan awal setahun. Masih kukuh diingatan tentang awal perkenalan pada Ogos 2007, beliau adalah asuhan MITI yang pada masa itu diterajui Datuk Rafidah Aziz. Jadi corak pemerintahannya adalah lebih kurang sama. Saya yang baru masuk ke perkhidmatan awam pada masa itu, masih dalam proses menyesuaikan diri dan belajar. Namun masih tak mencapai standard beliau. itulah proses pembelajaran dengan beliau, semua kalau boleh kena cepat. Namun, bila dikenang banyak yang saya belajar daripada beliau. Malah pernah beliau menaja saya dan bebarapa rakan pejabat dengan duit beliau sendiri untuk pergi ke satu kursus yang banyak memberi dorongan positif kepada kami dan saya merasa sangat terharu. Dalam beliau marah-marah selalu tu (saya salah seorang pegawai yang selalu kena hehehe), rupa beliau masih mahu melihat pegawai-pegawai dibawahnya berjaya dan sentiasa memajukan diri. Sejak kami dipejabat mengetahui beliau akan bersara pilihan, kami mengimbau semula bagaimana beliau mula2 ditempatkan dipejabat ini hinggalah sekarang. Kami jatuh sayang pada beliau, mana yang muda akan terasa seperti ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Mana yang hampir seusia dengan beliau akan mengkagumi beliau. Beliau tidak pernah kering idea dalam pelbagai usaha menambah baik, bak kata rakan kepada saya, samada kami larat tak larat nak buat sahaja.

Usaha beliau dalam memantapkan rohani anggota Jabatan adalah warisan beliau yang kami belum pasti bagaimana ianya akan diteruskan selepas ketiadaan beliau. Semasa beliau ada, ustaz -ustaz seperti Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Hassan Din dan ramai lagi telah datang ke pejabat kami untuk memberikan ceramah.

Saya dan rakan-rakan pejabat yang lain mendoakan Dato' agar selamat sejahtera dan semoga Dato dirahmati Allah selalu. Banyak jasa Dato' pada kami semua dan hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

Friday, January 7, 2011

Seni Mempertahankan Diri

image credit to google

Pengumuman: Bagi anda yang duduk berhampiran Seremban jika berminat untuk mempelajari seni mempertahankan diri (silat cekak malaysia), pengijazahan (pengambilan) baru akan dibuat pada bulan feb 2011 ni. Belajar 2x seminggu dan tamat dalam masa 7 bulan.

Wednesday, January 5, 2011

Mentari Terbit Tahun 2011 di Bukit Broga

Pada awal pagi tahun baru 2011 yang lalu, pukul 3.30 pagi saya dah kejutkan anak2 untuk bangun dan bersiap-siap utk ekspedisi naik Bukit Broga untuk melihat matahari terbit. Anak2 sangat teruja.. ye lah punya lah lama mak dia janji nak bawa. Pukul 5.05 pagi kami dah tiba di Petronas Semenyih tempat yang dijanjikan untuk berkumpul. Program kali ni dikelolakan oleh Garfu dr OHM. Sambil menunggu sempat makan coklat untuk alas perut.

Pendakian Bukit Broga kali ni disertai Garfu, Sha, saya, anak2 (Syifa, Fiqa dan Muhammad) bersama 3 orang lagi kawan Zeti kalu tak silap. (sori la akak tak ingat nama korang..hehe tapi terima kasih banyak2 sebab tolong anak2 akak yang 3 orang tu masa naik dan turun) Tapi masa tiba di temapt parking, punyalah banyak kereta.. ini sure beratur nak naik atas ni. Dengarnya ada yang berkhemah untuk count down di puncak malam sebelum tu.

Bukit Broga ni ada 4 puncak, kami mendaki tiba kat puncak pertama, dah ramai yang ambil port memasing tunggu matahari naik, kami teruskan untuk ke puncak 2, pun ramai.. lepas skit pucak 2 kami cari port utk rehat sambil tunggu matahari naik, puncak 3 nampak dah crowded.. tunggu matahari naik baru naik ke puncak 3 dan 4. Sambil tunggu matahari naik, memasing bukak bekal utk isi perut dan ada yang menunaikan solat subuh,

yang cahaya putih skit2 tu matahari bakal nak naik

muhammad dgn tourch light..almaklumla..camera hp mak dia takde flash

fiqa yang disuluh oleh kakaknya

muhammad

ni gambar dah turun dari puncak 3 & 4, syifa sakit kaki.. sehari sebelum kaki dia dihempap kerusi dan lembab ibu jari kaki, tapi masih nak ikut

beratur haa nak turun

fiqah


punya lah dahaga.. gulp gulp
Pukal 8.45 pagi kami dah samapai ke bawah semula.. nak turun pun beratur

Lepas bersalam-salam dgn geng OHM, saya dan anak2 pun buat keputusan untuk pi menyejukkan badan di Sg Tekala. Ye lah berpeluh2.. sangat best kalau dapat mandi air sejuk. Pelampung anak2 mmg dah dok dalam bonet tak dikeluarkan sejak minggu lepas pi Ulu Bendul. Khemah pun ada bawak.. lepas mandi boleh baring2 jap.. cewahh.

airnya jernih, walaupun tak dalam tetap nak pakai pelampung dorang ni hehe


khemah biru kami punya



crystal clear

Hujung minggu ni OHM ada aktiviti naik Gunung Angsi pulak dan Saya masih menimbangkan samada nak pergi atau tidak. Anak2 kalau tau mesti nak ikut jugak tu..

Thursday, December 30, 2010

Selamat Tinggal 2010

Tetiba aku ambil masa sikit flash back semula, beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun 2010 ni. Yelah kan macam kat di suratkhabar tu. Muhasabah diri. Sebenarnya banyak juga perkara yang boleh dianggap penting atau besar yang berlaku pada tahun ni. Macam benda penting yang telah saya present masa perbentangan perancangan SKT 2011 minggu lepas depan bos.

Walaupun ada yang baik dan ada yang kurang baik, saya merasakan akhirnya yang kurang baik menjadi baik juga. Ish, faham ke kalau orang baca ni. Sesungguhnya Allah Lagi Maha Mengetahui. Yakin dan tawakal ajelah dgn Allah. Wallahualam.

Thursday, December 9, 2010

Urusetia Kursus

Weekend lepas bertugas mengurusetia kursus di Tekam Plantation Resort, Jerantut. Aktiviti dan penceramahnya bagus.

Berpeluang memasuki Gua Kota Gelangi, bas rosak, bina dan naik rakit dll.. mmg seronok tumpang seronok peserta2 jugak


team urusetia


lepas naik rakit

Thursday, December 2, 2010

Buat Baik DiBalas Baik?

Kita sebagai seorang manusia biasa memang sentiasa mengharapkan orang lain berbuat baik pada kita, menghormati kita, menyayangi kita dan mempertahankan kita atau apa-apa sahaja yang baik-baik dan yang indah-indah.

Tapi jarang kita sedar bahawa untuk mendapatkan semua itu, kita sendiri perlu melakukan semua kebaikan-kebaikan tersebut terlebih dahulu.

Tentu sedih rasanya apabila madu yang dibagi tapi mendapat hempedu sebagai balasan.

Kita juga kekadang merasa sangat yakin bahawa kebaikan-kebaikan yang telah kita lakukan itu adalah yang terbaik dan sangat memadai. Betulkah terbaik? Betulkah memadai? Adakah ianya cukup untuk kita mendapatkan kebaikan juga sebagai balasannya?

Selalulah fikir bahawa kebaikan yang kita buat kepada orang lain itu takan penah cukup untuk memuaskan hati mereka, Itulah manusia. Tapi Allah sentiasa memberikan rahmat dan nikmat tanpa kita sedar. Walaupun manusia kekadang alpa dengan suruhanNya. Tapi Dia Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi. Sentiasa ada peluang kedua, sentiasa ada keampunan, sentiasa mencurahkan kebaikan-kebaikan buat kita. Alhamdulillah.

Monday, November 29, 2010

Rindu

Dua minggu ni anak-anak di rumah Atuk dan Nenek mereka di Skudai Johor, rasa sunyi dan rindu pada mereka. Anak2 usahkan lagi. Tiap2 hari menelefon paling kurang SMS. Mentang2lah saya baru belikan akaun prepaid untuk mereka dengan hp lama sy tu. Baru satu hari dah kata rindu dan tanya bila nak jemput...aduhai. Mamanye pun rindu jugak..huhu






HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...