Monday, June 22, 2009

Tiga Tungku

Tergelak besar pasal satu komen dr cousin aku yang sorang ni di entry yang lepas..dah lama aku tak update..tahla.. takde idea kot...dan tak sempat ye jugak..busy..cewahh.

Tiga tungku..korang penah dengar tak pasal istilah ni? Biasanya kalu kenduri yg jenis gotong royong mesti penah jumpa tungku yang berkaki tiga. Haa..nak citer sikit. Adik beradik belah abah aku ni ada 10 orang dan out of 10 tu 3 je perempuan. Mcik Anah (dah arwah), Mcik Yah dan Mcik Miah. Secara ringkasnya mereka bertiga ni memang amat rapat walaupan masa kecil mereka terpisah setelah Wan meninggal dunia (MCik Anah dan MCik Miah - Moyang jaga, manakala MCik YAh duduk dgn Atuk jaga adik2 lain yang masih kecil). Bila Mcik Anah dah meninggal, ketiadaan dia amat amat dirasai oleh lagi dua beradik tadi. So, simboliknya, ikatan mcik2 aku ni tadi umpama tungku yang kaki tiga ni tadi ler...saling kait mengait. Tapi sekarang dah kurang satu. Nak dijadikan cerita, masa nak buat kenduri arwah baru2 ni, si cousin aku ni jumpa la tungku yang kaki tiga ni kat belakang rumah dan kebetulan kakinya dah patah satu..kami dah meraung tapi takla menangis.

Kemudian dalam dok kami sama2 masak kat belakang umah tu, Mcik Miah telefon dan tetiba boleh kata yang kami bertigalah pelapis "tiga tungku"...bila aku citer kat dua lagi cousin aku..kami terdiam dan mengakui perkara tu. Bukan takde cousin pompuan lain, tapi kami bertiga mmg pretty close dari kecil..Rasa macam diberi amanat pulak untuk meneruskan amalan-amalan keluarga Kadi Hassan..Insyaallah!

Wednesday, June 10, 2009

Mencari Diri

Penah tak u all tertanya-tanya kenapa kita dilahirkan di dunia? Apa tujuan hidup kita yg sebeno-benonya? dan siapa kita ni sebenarnya di muka bumi ni? apa yang sepatutnya kita buat?...dan macam-macam lagilah...Kalu nak tahu memang ada fungsi/tempat di otak kita yang akan memikirkan perkara2 macam ni yg dipanggil God Spot.

Sebelum ni aku dah punya jawapan untuk semua tu..tapi dengan hadir ke Kursus ESQ 165 ni aku bertambah yakin dan memkukuhkan lagi jawapan kepada soalan2 yang dipersoalkan..

Hmm..kalu ikutkan banyak aku pelajari sepanjang 3 hari berkursus di PICC pada 5, 6 dan 7 Jun 2009 yang lalu. Kursus ESQ 165..sebenarnya sejak tahun lalu, bila pertama kali mendengar tentang kursus ini daripada bos aku, aku melonjak2 nak pergi, tapi budget tak mengizinkan, budget opis pula terhad.

Pada masa itu, kami berjaya menjemput Dr Rubiah Hamzah untuk memberi kursus seumpamanya di tempat kerja kami. Itu pun aku dah cukup bersyukur. Tapi Alhamdullillah...mungkin Allah nak makbulkan hajat aku, seorang hamba Allah ni sudi membiayai aku pergi ke kursus ini. Terima kasih banyak aku ucapkan pada insan mulia ni.

Kali ini, aku amat bertuah kerana trainernya adalah pengasas ESQ 165 sendiri iaitu Pak Ary Ginanjar. Modul yang digunakan adalah selama ini memang berada dalam diri kita sebagai orang Islam khasnya dan kepada manusia secara amnya. 1 - Ehsan, 6 - Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Yang bestnya tu...cara penyampaian dan persembahan semasa kursus yang menggunakan teknologi canggih dan ada kelasss.. mmg impak sangat besar dan meresap ke hati.

Didalam kursus juga dijelaskan tentang kejadian alam semesta mengikut teori Bigbang oleh Edwin Hubble pada 1920an telah terlebih dahulu telah dijelaskan didalam Al-Quran semasa diwahyukan kpd Rasulullah (aku tak ingat surah dan ayatnya)..dan banyak lagi bukti kebesaran Allah, yang mana pada zaman Rasulullah, semua itu tidak dapat diterangkan dengan teknologi seperti yang kita ada hari ini. Jadi tiada sebab untuk kita tak mengakui kebesaran Allah.

Kita umat Nabi Muhammad, adalah umat yang amat dikasihi kerana sebelum wafat baginda menyebut Umatku..umatku..umatku, tetapi adakah kita sedar bahawa tanpa baginda tak mungkin kita dapat mengenal Al-Quran..sekaligus mengenal Allah dengan jiwa dan raga.

Hmm..aku bukan le ustazah..ilmu pun belum cukup di dada, tapi alhamdullah aku merasa lebih bahagia..

Kursus ni is highly recommeded pada semua tak kira agama dan bangsa. Masa aku pergi ari tu, Mufti Perak turut serta dalam kursus ni, Menteri Pertahanan dan team..dan ramai lagi tokoh korporat terkenal.

Wednesday, June 3, 2009

Dr Abu Hassan Hasbullah


Hari ini aku berpeluang mendapat ilmu baru dengan usaha bersama dengan beberapa rakan untuk menganjur satu majlis bual bicara dengan Dr Abu Hassan Hasbullah. Pertama kali melihat orangnya, pada pendapat aku, Dr ni orang yang trendy kerana kaca matanya yang outstanding..dan kasut putihnya...mencerminkan bahawa dia seorang yang berani dan tentu ada kelainan dalam ceramah yang akan disampaikan nanti. Kata rakan, Dr ni baru keluar TV semalam membicarakan tentang Kebebasan Bersuara.

Kata beliau, dalam usaha untuk melahirkan Manusia Agung, individu harus menitikberatkan 3 perkara di dalam hidupnya iaitu:-

1. tunaikan tanggungjawab/ kewajipan
2. bersedia untuk terima kritikan
3. elakkan penyelewengan

Beliau telah mencetuskan pemikiran baru untuk aku dan rakan-rakan pada hari ini dan beliau menyarankan supaya bersikap POSITIF dalam apa jua keadaan untuk maju ke depan.

(Banyak lagi yang dibicarakan..tak dapat pulak nak dihuraikan semuanya kat sini)

Friday, May 29, 2009

2 LIFE

Last few weeks, while having lunch together with my dearest mother, she said something that's really struck me. We are discussing over a topic which i couldn't recall (i'm getting old u see..heheh). She said that MAN DIED ONCE BUT LIVES TWICE. Yes, that is so trueee!!

All this while, we had always heard that WE LIVE ONLY ONCE (Hidup Hanya Sekali). So to those who feel that this life isn't great enough, work hard for the other one - life after death.

Friday, May 8, 2009

Tan Sri Datuk Arshad

Rabu lalu..office kami sangat beruntung kerana Tan Sri Datuk Arshad sudi menerima jemputan kami ke Executive Talk . Aku merasa sangat teruja kerana beliau adalah orang kuat ITM atau dikenali sebagai UiTM sekarang. Dengan tajuk Organizational Exellence beliau menceritakan pengalaman susah payah beliau membangunkan ITM. Aku sebagai salah seorang bekas pelajar institusi pengajian tersebut tumpang bangga dengan usaha dan pendekatan yang beliau gunakan.

Beliau sekarang adalah Pengerusi Lembaga Pengarah universiti Malaya. Kata beliau utk menjadikan sesebuah oragnisasi cemerlang yang pertama sekali individu didalamnya mestilah cemerlang terlebih dahulu.

Lagi satu Tan Sri ada quote satu kata mutiara ni, aku tak ingatla siapa:-

"People in power have little time to read but people who do not read have little power"

Aku le tuh...nak baca paper seminggu dua tiga pun tak sempat..inikan nak baca buku ilmiah..mana nak ada power! Kena ada azam baru ni. Aku kagum dengan sorang akak kat office aku ni. Walaupun jawatannya tak tinggi mana tapi dia kata setiap bulan dia akan allocate minumun RM50 untuk beli buku bacaan ...alamak! bagusnya dia.

Tapi bukan nak kata apa la kan..memang kalau nak jadi orang bijak pandai ni selain melalui pengalaman..mesti sentiasa cari peluang untuk tambah ilmu didada..termasuklah membaca.

Jom membaca! (*tp jangan baca yang bukan2 tau..haha..nanti tak jadi power)

Thursday, May 7, 2009

Memoir utk Mcik Anah

Aku nak cerita sikit pasal arwah mcik kesayangan aku ni yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada 22 April 2009 pukul 10.15 pagi yang lalu di ICU, hospital Putrajaya kerana lemah jantung.

Aku sempat tiba dihospital pd jam 11 pagi ketika jenazah hendak dimandikan di hospital. Aku bersempatan membantu memandikan jenazah bersama anaknya dan seorang lagi sepupu. Sayu hati tak boleh nak kata sebab arwah umpama ibu kepadaku. Pernah dulu mak sendiri macam jeles aku asyik ke rumah Mcik Anah kalu cuti semester.

Apapun aku berdoa semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman...dan aku pergi pemergian dia adalah kehendak Allah.

Saturday, May 2, 2009

Nasi Ulam Cikgu

Baru balik dr oustation Kelantan dan Terengganu semalam..penat masih terasa hingga sekarang. Pi Kelantan on last Sunday morning. Lepas check in terus pi makan kt Nasi Ulam Cikgu...aku takan boleh lupakan betapa enjoynya makan kat situ. Lauknya simple..ikan keli goreng besar lengan dan ayam goreng cecah sambal belacan atau budu sekali dengan pelbagai ulam...aduih..sedap tak boleh nak kata..bila lagi aku nak ke sana?

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...