Wednesday, June 10, 2009

Mencari Diri

Penah tak u all tertanya-tanya kenapa kita dilahirkan di dunia? Apa tujuan hidup kita yg sebeno-benonya? dan siapa kita ni sebenarnya di muka bumi ni? apa yang sepatutnya kita buat?...dan macam-macam lagilah...Kalu nak tahu memang ada fungsi/tempat di otak kita yang akan memikirkan perkara2 macam ni yg dipanggil God Spot.

Sebelum ni aku dah punya jawapan untuk semua tu..tapi dengan hadir ke Kursus ESQ 165 ni aku bertambah yakin dan memkukuhkan lagi jawapan kepada soalan2 yang dipersoalkan..

Hmm..kalu ikutkan banyak aku pelajari sepanjang 3 hari berkursus di PICC pada 5, 6 dan 7 Jun 2009 yang lalu. Kursus ESQ 165..sebenarnya sejak tahun lalu, bila pertama kali mendengar tentang kursus ini daripada bos aku, aku melonjak2 nak pergi, tapi budget tak mengizinkan, budget opis pula terhad.

Pada masa itu, kami berjaya menjemput Dr Rubiah Hamzah untuk memberi kursus seumpamanya di tempat kerja kami. Itu pun aku dah cukup bersyukur. Tapi Alhamdullillah...mungkin Allah nak makbulkan hajat aku, seorang hamba Allah ni sudi membiayai aku pergi ke kursus ini. Terima kasih banyak aku ucapkan pada insan mulia ni.

Kali ini, aku amat bertuah kerana trainernya adalah pengasas ESQ 165 sendiri iaitu Pak Ary Ginanjar. Modul yang digunakan adalah selama ini memang berada dalam diri kita sebagai orang Islam khasnya dan kepada manusia secara amnya. 1 - Ehsan, 6 - Rukun Iman dan 5 Rukun Islam. Yang bestnya tu...cara penyampaian dan persembahan semasa kursus yang menggunakan teknologi canggih dan ada kelasss.. mmg impak sangat besar dan meresap ke hati.

Didalam kursus juga dijelaskan tentang kejadian alam semesta mengikut teori Bigbang oleh Edwin Hubble pada 1920an telah terlebih dahulu telah dijelaskan didalam Al-Quran semasa diwahyukan kpd Rasulullah (aku tak ingat surah dan ayatnya)..dan banyak lagi bukti kebesaran Allah, yang mana pada zaman Rasulullah, semua itu tidak dapat diterangkan dengan teknologi seperti yang kita ada hari ini. Jadi tiada sebab untuk kita tak mengakui kebesaran Allah.

Kita umat Nabi Muhammad, adalah umat yang amat dikasihi kerana sebelum wafat baginda menyebut Umatku..umatku..umatku, tetapi adakah kita sedar bahawa tanpa baginda tak mungkin kita dapat mengenal Al-Quran..sekaligus mengenal Allah dengan jiwa dan raga.

Hmm..aku bukan le ustazah..ilmu pun belum cukup di dada, tapi alhamdullah aku merasa lebih bahagia..

Kursus ni is highly recommeded pada semua tak kira agama dan bangsa. Masa aku pergi ari tu, Mufti Perak turut serta dalam kursus ni, Menteri Pertahanan dan team..dan ramai lagi tokoh korporat terkenal.

1 comment:

Anonymous said...

nyah..ko tak abih lg mencari diri ker..update la weh..puas dh nunggu nih..

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...