Wednesday, June 3, 2009

Dr Abu Hassan Hasbullah


Hari ini aku berpeluang mendapat ilmu baru dengan usaha bersama dengan beberapa rakan untuk menganjur satu majlis bual bicara dengan Dr Abu Hassan Hasbullah. Pertama kali melihat orangnya, pada pendapat aku, Dr ni orang yang trendy kerana kaca matanya yang outstanding..dan kasut putihnya...mencerminkan bahawa dia seorang yang berani dan tentu ada kelainan dalam ceramah yang akan disampaikan nanti. Kata rakan, Dr ni baru keluar TV semalam membicarakan tentang Kebebasan Bersuara.

Kata beliau, dalam usaha untuk melahirkan Manusia Agung, individu harus menitikberatkan 3 perkara di dalam hidupnya iaitu:-

1. tunaikan tanggungjawab/ kewajipan
2. bersedia untuk terima kritikan
3. elakkan penyelewengan

Beliau telah mencetuskan pemikiran baru untuk aku dan rakan-rakan pada hari ini dan beliau menyarankan supaya bersikap POSITIF dalam apa jua keadaan untuk maju ke depan.

(Banyak lagi yang dibicarakan..tak dapat pulak nak dihuraikan semuanya kat sini)

Friday, May 29, 2009

2 LIFE

Last few weeks, while having lunch together with my dearest mother, she said something that's really struck me. We are discussing over a topic which i couldn't recall (i'm getting old u see..heheh). She said that MAN DIED ONCE BUT LIVES TWICE. Yes, that is so trueee!!

All this while, we had always heard that WE LIVE ONLY ONCE (Hidup Hanya Sekali). So to those who feel that this life isn't great enough, work hard for the other one - life after death.

Friday, May 8, 2009

Tan Sri Datuk Arshad

Rabu lalu..office kami sangat beruntung kerana Tan Sri Datuk Arshad sudi menerima jemputan kami ke Executive Talk . Aku merasa sangat teruja kerana beliau adalah orang kuat ITM atau dikenali sebagai UiTM sekarang. Dengan tajuk Organizational Exellence beliau menceritakan pengalaman susah payah beliau membangunkan ITM. Aku sebagai salah seorang bekas pelajar institusi pengajian tersebut tumpang bangga dengan usaha dan pendekatan yang beliau gunakan.

Beliau sekarang adalah Pengerusi Lembaga Pengarah universiti Malaya. Kata beliau utk menjadikan sesebuah oragnisasi cemerlang yang pertama sekali individu didalamnya mestilah cemerlang terlebih dahulu.

Lagi satu Tan Sri ada quote satu kata mutiara ni, aku tak ingatla siapa:-

"People in power have little time to read but people who do not read have little power"

Aku le tuh...nak baca paper seminggu dua tiga pun tak sempat..inikan nak baca buku ilmiah..mana nak ada power! Kena ada azam baru ni. Aku kagum dengan sorang akak kat office aku ni. Walaupun jawatannya tak tinggi mana tapi dia kata setiap bulan dia akan allocate minumun RM50 untuk beli buku bacaan ...alamak! bagusnya dia.

Tapi bukan nak kata apa la kan..memang kalau nak jadi orang bijak pandai ni selain melalui pengalaman..mesti sentiasa cari peluang untuk tambah ilmu didada..termasuklah membaca.

Jom membaca! (*tp jangan baca yang bukan2 tau..haha..nanti tak jadi power)

Thursday, May 7, 2009

Memoir utk Mcik Anah

Aku nak cerita sikit pasal arwah mcik kesayangan aku ni yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada 22 April 2009 pukul 10.15 pagi yang lalu di ICU, hospital Putrajaya kerana lemah jantung.

Aku sempat tiba dihospital pd jam 11 pagi ketika jenazah hendak dimandikan di hospital. Aku bersempatan membantu memandikan jenazah bersama anaknya dan seorang lagi sepupu. Sayu hati tak boleh nak kata sebab arwah umpama ibu kepadaku. Pernah dulu mak sendiri macam jeles aku asyik ke rumah Mcik Anah kalu cuti semester.

Apapun aku berdoa semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman...dan aku pergi pemergian dia adalah kehendak Allah.

Saturday, May 2, 2009

Nasi Ulam Cikgu

Baru balik dr oustation Kelantan dan Terengganu semalam..penat masih terasa hingga sekarang. Pi Kelantan on last Sunday morning. Lepas check in terus pi makan kt Nasi Ulam Cikgu...aku takan boleh lupakan betapa enjoynya makan kat situ. Lauknya simple..ikan keli goreng besar lengan dan ayam goreng cecah sambal belacan atau budu sekali dengan pelbagai ulam...aduih..sedap tak boleh nak kata..bila lagi aku nak ke sana?

Friday, April 10, 2009

Wish List

Aku pasti setiap dari kita, maksud aku setiap individu pasti ada 'wish list'. Dan 'wish list' tu pulak mesti ada pelbagai kategori. Aku nak share 'wish list' yang kategori satu ni...aku harap aku dapat benda-benda ni sume satu hari nanti..dulu masa bujang tak sempat..hahaha. Aku ingat tunggu anak2 besar sikit, ajak dorang la jadi aku punye team adventure..heheh.


1. Nak dapatkan lesen scuba diving..



2. Sky diving..



3. White Water Rafting


4. Bungee jumping..


Ada lagi..tapi aku nak buat yang ni dulu..hahaha..tah bila la tu?

Tuesday, April 7, 2009

Antara Pendidik dan Pentadbir

Antara pendidik dan pentadbir...masing-masing ada peranan dan tanggungjawab tersendiri. Ni kisah beberapa bulan yang lalu, dimana masa tu aku berbelah bahagi...aku menconggak sendiri pro and kontra kedua-dua peranan, ambil kira pendapat orang-orang terdekat dan solat sunat pohon petunjuk. Setelah beberapa hari, aku tekad untuk jadi pentadbir. Bukan bermakna kerja sebagai pendidik itu kurang bagus...tapi aku rasa terdapat kesesuaian jiwa dengan kerja pentadbir sekarang.

Kalau nak ikutkan mak abah suruh aku jadi pendidik kerana katanya;

" Senang je keje jadi cikgu ni, lebih-lebih lagi bahasa inggeris, budak2 suka"

Pendapat aku:

(Ye ke senang...aku rasa nak mendidik satu tanggungjawab yang besar, dunia perguruan lebih mencabar skrg, tak macam mak abah aku dulu....mak abah pesara guru so mmg mereka akan suka kalu anak perempuan dia ni jadi guru..heheh)

Kata husband aku:

"Jadi gurulah, nanti ada banyak masa dengan anak-anak"

Pendapat aku:

(Ishh..ye la tu..aku tak boleh terima alasan ni..keje pentadbir pun boleh ada banyak masa dengan anak2..Tapi banyak masa pun tak guna kalau tak berkualiti..ye tak?)

Kata anak2 pulak:

"Mama jadilah cikgu..lepas tu Mama ngajar la kat sekolah kita!!!"

Kata aku:

"Kalau Mama jadi cikgu pun, belum tentu Mama boleh mengajar di sekolah korang...hahaha"

Tapi apa-apa pun ini soal hati ..so aku pilih jadi pentadbir. Pada pendapat aku apa jua pun pekerjaan yang kita buat, mestilah dengan niat untuk mencari rezeki yang halal dan berkat, mengumpul bekal untuk dibawa ke akhirat.

Ya Allah, semoga jalan yang aku pilih ini punya keberkatan dan permudahkan perjalanan hidupku. Amin.

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...