alhamdulillah syukur dengan limpah rahmat Allah
masih bernafas
dan dikurniakan banyak nikmat dan rezeki dariNya
walau kadang tidak begitu menyedari
hanya dengan duduk diam dan berfikir
baru nampak jelas
moga Allah beri rezeki ketabahan pada diri
untuk terus mencari redha di dunia ini untuk kemudian hari
lagi 3 bulan lebih
cabaran satu lagi amanah
semoga 3 amanah sebelum ini dapat telah dan diteruskan
didikan dengan baik
kadang fikir macam tak mampu
tapi yakin dan tawakal dengan Allah
ini semua cabaran buat hambaNya
Moga Allah permudahkan
Friday, December 4, 2015
Private Blog Sementara
Buat masa ni..blog ni diprivatekan kerana sebab-sebab tertentu. Tak tahu lagi sampai bila. Tengok keadaan mungkin.
Saturday, June 20, 2015
Ramadhan Kareem
Salam Ramadhan
lama betul tidak mencoret di sini
kesian en blog
3 ramadhan hari ni
ramadhan kali ni akan mencabar rasanya
berperang dengan lemau dan loya
belum check lagi
Moga dipermudahkan
risau juga kerana faktor usia
hmm
Sunday, September 14, 2014
Aidilfitri 2014
Dah basi dah citer ni...dok simpan dalam draf heheh..
Ini gambar saya dan anak2 otw balik ke Rengit BP. Konon nak berkonvoi dengan En Suami yang btolak dari rumahnya di KL, tapi jem di highway PLUS Bangi-Nilai..dia patah balik ikut LEKAS. Tahun ni, highway agak jammed berbanding tahun lepas. Ke saya yang bertolak lambat skit dari Seremban? Hahaha. Takpelah janji sampai ke umah mertua dengan selamat.
Adik ipar kedua dan ketiga serta keluarga dah sampai sehari sebelum raya lagi. Adik ipar yang perempuan bongsu tu jer sampai lewat petang. Meriah jugakla raya umah mertua.
Wednesday, July 2, 2014
House Hunting
Ramadhan Al-Mubarak, moga kita semua diberkati Allah
Hari ke-4,
Baru-baru ni semangat untuk mencari rumah dan duduk sendiri makin meluap-luap. Yelah, lama duduk dengan mak abah sejak keje kerajaan ni. Sana sini google website agen hartanah. Asalnya nak beli rumah second hand jer..kalu boleh yang lelong bawah market price gitu. So, pada satu Sabtu pada akhir bulan Jun, meronda dengan anak tengok-tengok rumah yang telah saya telah listkan terlebih dahulu. Memula survey are Forest Height tapi sumer umah dua tingkat, gated pulak sekarang, camner nak ronda. Kemudian tengok beberapa rumah area senawang anak-anak tak berkenan. tak berkenan dengan kejiranan katanya.
Terus ke Nusa Intan pulak. on the way kat jalan masuk je dah terbentang permandangan Gunung Angsi yang menghijau..Subhanallah ..cantik sungguh...sejuk je mata. Banyak jugak rumah dah siap. Niat nak tengok ada satu rumah lelong...tapi rasanya dah terjual. round lagi tengok-tengok kawasan ada dua tiga bijik rumah teres setingkat untuk dijual, ambil contact no. Tapi rasa berkenan sangat dengan design rumah teres setingkat kat sini.Lagipun kat Seremban ni dah susah nak cari rumah setingkat baru, dua tingkat banyak la. Pastu nampak showhouse. Tengok-tengok..ish macam best je. Anak-anak lagi ler eksaited. Amik no contact salesperson (SP). Masa tu SP incharge takde, pergi tunjukkan rumah pada client rasanya.
Malam tu terus sms salesperson untuk tanya jika ada unit yang available lagi. Dia kata ada dan ada satu yang reject loan, harga masa launch murah sikit. Setelah minta pendapat orang-orang kesayangan dan kira-kira bajet saya decide untuk book rumah tu. Esok terus gi book bayar RM1k kepada developer. Unit yang direkomen oleh SP tu saya tak berapa nak berkenan lokasinya jadi amik unit lain dan harga dia ada beza sikit. Telling myself that this is for investment...fuhh. Macam tak percaya je rasanya nak beli benda yang paling mahal dalam hidup huhu.
Then esoknya jugak bersilat buat sendiri surat dan dokumen tuk confirmation dan lusanya hantar ke SPA..Sabtu lepas da sign S&P, sekarang memang tunggu surat dari SPA jer untuk next step. Moga Allah permudahkan urusan saya ini. Amin
Thursday, May 15, 2014
hampir setengah tahun berlalu
Kesian blog ni..lama sangat tak menulis di sini.
Nak ceritakan apa ye? Sekarang ni saya banyak ambil sikap lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. Jadi bila diapplikasikan konsep yang sama dalam dunia cyber atau maklumat dihujung jari ni, saya lebih banyak membaca daripada mengomen atau menulis. Kadangkala rasa sedih melihat komen2 yang 'outspoken' di media sosial. Hilang budaya cakap berlapik kita orang timur. Dan makin nampak dangkalnya pemikiran sesetengah pekomentar namun masih hendak meluahkan rasa walaupun tanpa memfikirkan akibatnya.
Namun begitu kehidupan harus diteruskan. Kalau boleh saya mahu menggelak daripada mengambil tahu perkara atau berita yang menyakitkan hati begini terutamanya bila berkaitan politik. Tapi kena juga amik tahu sebab negara ini lah tempat bumi di pijak ye tak?
Ok lepas ni insyaallah saya akan rajin menulis semula hahaha..
Ok lepas ni insyaallah saya akan rajin menulis semula hahaha..
Saturday, December 14, 2013
Lama Sudah
Dah bersawang nampaknya blog ni...ditinggalkkan lebih 6 bulan kerana menjalani kursus jangka pendek..
Kini ditempatkan semula di pejabat berdekatan dengan rumah setelah dimohon untuk bertukar..
Insyaallah..moga semuanya dipermudahkan
Kini ditempatkan semula di pejabat berdekatan dengan rumah setelah dimohon untuk bertukar..
Insyaallah..moga semuanya dipermudahkan
Subscribe to:
Posts (Atom)
HERBA MAHARANI
Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...
-
Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...
-
lepas clean-up camp site..bergambar dgn sampah yg berjaya dikutip selepas keluar gua..yea berjaya Tempat : Hutan Lipur Gua Batu Maloi Tarik...

